Sila Buat Laporan Polis Sekiranya Ada Pihak Yang Melanggar SOP Termasuklah Majlis Kahwin Dan Pertunangan

COVID-19

Sila Buat Laporan Polis Sekiranya Ada Pihak Yang Melanggar SOP Termasuklah Majlis Kahwin Dan Pertunangan

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan sehingga 18 Februari. Berikutan itu, aktiviti keramaian seperti majlis perkahwinan dan pertunangan masih tidak boleh dilaksanakan.

Memetik laporan mStar, orang ramai yang mengetahui mana-mana pihak yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu PKP boleh membuat laporan kepada pihak polis.

Advertisement

Ada segelintir pihak yang membuat majlis keramaian lalu memuat naik video dan gambar sehingga tersebar di media sosial. Hal ini juga boleh membantu pihak polis untuk mengambil tindakan kepada segelintir pihak yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Majlis keramaian juga berpotensi untuk menjadikan kes Covid-19 semakin meningkat di Malaysia.

Beliau berkata juga aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa patuh SOP sebagai usaha untuk membantu mengurangkan kadar kes Covid-19 di Malaysia.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...