Sebelum ini Atikah Suhaime diberitakan telah pulang ke negara kelahirannya iaitu Singapura setelah tidak lagi mendapat tawaran lakonan susulan satu kontroversi. Wang simpanannya semakin kehabisan setelah tidak ditawarkan pekerjaan selama enam bulan menyebabkan dia kembali ke sana untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran.
Terkini, Atikah mengumumkan selamat bertunang dengan penyanyi rock Awi Rafael, semalam.
Keduanya sama berasal dari Singapura. Majlis mereka berlangsung di sebuah restoran terkenal di sana.
Kepada BH Online, Awi Rafael memberitahu mereka telah berkawan sejak enam tahun lepas namun membuat keputusan untuk bertunang Januari lepas. Perkahwinan mereka akan berlangsung pada 17 Mac 2019.
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga tarikh perkahwinan. – beautifulnara.com
Sumber: Atikah Suhaime
mak cute
March 21, 2018 at 8:57 am
zmn ni bertunang dah cm nikah…siap cm bsanding atas pelamin…xyah over sgt…ko tgk la elfira tu siap buat persalinan bju alih2 putus tunang…ikut style abam bocey…tau2 nikah baru la di war2kan
akak bawang
March 18, 2018 at 11:05 pm
lopa bakal jadi menantu pak jib n mak mah,tip top kelass korang semua pegi kupas bawang lagi bagusss