February 27th, 2020

Mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil memakai hijab pada tahun 2017, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakannya seakan mempermainkan agama. Hanya mengenakan snowcap sahaja tanpa hijab, ramai boleh menjangkakan pelakon itu akan membuka tudung.

liyana jasmay buka tudung

Baru-baru ini, Liyana menerusi akaun Instagramnya semakin berani berkongsi foto dirinya tidak bertudung ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia.

Disindir netizen

liyana jasmay buka tudung liyana jasmay buka tudung

Foto itu mendapat kecaman teruk dari netizen yang menganggap Liyana tidak menghormati agama Islam. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin aktres itu terdesak untuk mencari publisiti kerana tiada ‘job’.

Liyana enggan komen isu buka tudung

liyana jasmay buka tudung

Meskipun dirinya teruk dikecam, Liyana bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai isu dia membuka tudung. Jelas akstres itu, dia hanya akan memberikan komen berkaitan dengan kerjayanya sahaja.

Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja.

Pada pendapat kami, jika benar Liyana sudah tidak berhijab lagi lebih baik untuk dia berterus-terang dan berlaku jujur. Sekurang-kurangnya tidak lagi mengundang fitnah.

Sumber Berita : Astro Gempak & Harian Metro

January 22nd, 2020

Sebelum ini, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakan dia mempermainkan agama. Ada segelintir netizen mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti. Namun, pada Liyana ramai yang tidak tahu apa itu fesyen dan tidak perlu sibuk mengkritik cara dia berhijab.

liyana jasmay muat naik foto tidak bertudung

Terbaru, nama Liyana sekali lagi hangat diperkatakan apabila dia memuat naik foto tidak bertudung ketika sedang menikmati hidangan di restoran luar negara bersama suami dan dua orang anaknya. Ramai yang tertanya-tanya, adakah Liyana sudah buka tudung?

“Tudung dah terbang, melayang terus”

liyana jasmay muat naik foto tidak bertudung liyana jasmay muat naik foto tidak bertudung liyana jasmay buka tudung liyana jasmay buka tudung

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut tertanya-tanya, adakah Liyana sudah buka tudung? Tidak kurang juga yang memerli tindakannya itu.

Bagaimanapun, ada yang berkata ia mungkin gambar lama. Kalau betul, mungkin kurang sesuai untuk dimuat naik semula. Hanya timbulkan salah faham dan fitnah sahaja. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada tuan empunya badan.

January 13th, 2020

Mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil memakai hijab pada tahun 2017, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakannya seakan mempermainkan agama.

liyana jasmay

Liyana nampaknya lebih selesa memakai topi atau ‘snowcap’ dengan pelbagai gaya. Penampilannya itu dikritik hebat dan ada netizen mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.

liyana jasmay

Tidak hanya berdiam diri, segala kritikan dan kecaman netizen itu dibalas Liyana. Dia meminta agar orang ramai tidak perlu terlalu sibuk mencampuri urusannya dan mengritik cara pamakaian hijabnya yang dikatakan tidak menepati syarak.

“Tidak tahu fesyen, so kampung”

liyana jasmay tudung

“Kenapa bitter? Nak hina orang kampung pula

liyana jasmay liyana jasmay liyana jasmay liyana jasmay

Mungkin penampilan Liyana itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai tetapi lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja agar dia terus istiqamah untuk menutup aurat.

 

May 28th, 2019

Sebelum ini, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakan beliau mempermainkan agama.

Kini ada pula gosip kononnya Liyana sudah tidak lagi memakai tudung. Eh, betul ke? Rata-rata netizen keliru dengan foto terbaru yang dimuat naik olehnya di Instagram ketika mempromosikan koleksi baju raya.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai soalan dan kritikan, Liyana nampaknya masih lagi berdiam diri, enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, ada yang berkata ia mungkin gambar lama. Kalau betul ianya foto  lama, mungkin kurang sesuai untuk dimuat naik semula kerana menimbulkan salah faham. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon Liyana berkaitan isu ini.