August 21st, 2018

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) telah pun melabuhkan tirainya minggu lalu, namun masih ada lagi isu melibatkan selebriti pada acara berkenaan yang masih belum reda.

Antara selebriti yang mendapat perhatian ramai pada acara pertunjukan fesyen itu ialah Fazura. Apatah lagi beliau turut mengetengahkan mesej wanita perkasa dan juga ‘ Beauty Comes In All Sizes’.

Terbaru, pelakon Sharifah Sakinah sudah diibaratkan sebagai kaunter aduan pula apabila ada yang meminta beliau untuk untuk menegur ‘sikap hipokrit’ Fazura. Menerusi akaun Instagramnya, Sakinah juga ada memuat naik e-mail aduan yang diterima olehnya.

Fazura dilabel sebagai seorang yang cakap tidak serupa bikin. Aktres itu menggunakan model berbadan gempal sebagai gimik dalam pertunjukan fesyen Fazbulous tetapi hakikatnya Fazura tetap mempromosikan ubat pelangsingan badan di media sosial beliau.

Menurut Sakinah, sebagai seorang selebriti masyrakat tetap akan mencari kesalahan mereka walau apa pun yang dilakukan. Pada masa yang sama, beliau menasihati pengirim e-mel tersebut untuk ‘move on’ dan lupakan kes Fazura itu.

Kesian pula dekat Sakinah, dah macam wakil rakyat yang kena dengar setiap keluhan dan aduan orang ramai. Pendapat beliau itu ada betulnya, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Pilihan ada ditangan anda.

Sumber Berita : mStar Online

August 19th, 2018

Kembali lagi bersama Beautifulnara portal hiburan sensasi. Seperti biasa kita akan recap lima gosip dan kontroversi yang paling meletup, paling tular dan paling mendapat perhatian netizen sepanjang minggu ini. Kalau kita dengar pun memang panas betul berita ni.

Nampaknya, kali ini pelbagai isu tertumpu kepada selebrti yang terlibat dalam acara KLFW 2018. Ada isu tiru konsep pereka fesyen luar negara  dan selebriti bersaing untuk mendapatkan rekaan baju yang sama.

Tidak lupa juga, dengan dakwaan seorang lagi artis BBNU yang dikatakan berlagak diva. Siapa pula tu?  ada pula berita mengejutkan dimana seorang pelakon wanita difitnah sudah muflis. Selain itu ada pula seorang peyampai radio yang dengki dengan mereka yang berniaga tepi jalan.

Jom layan top 5  gosip terhangat minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

1) FAZURA TIRU IDEA ORANG LAIN UNTUK GIMIK MODEL TERBARING

Semua orang terpukau apabila Fazura melakukan gimik model terbaring dan beliau ‘catwalk’ dengan penuh keyakinan ketika acara KLFW2018 diadakan. Kata orang memang gempak habis sehingga mendapat pujian ramai. Namun, timbul dakwaan mengatakan beliau sebenarnya hanya meniru konsep serta idea kreatif pereka fesyen lain.

BACA : (VIDEO) Gimik Model Terbaring, Fazura Didakwa Tiru Konsep Dries Van Noten

2) LINDA ONN TIDAK BERNIAT JEJASKAN PERIUK NASI PENIAGA TEPI JALAN

Tweet pengacara dan penyampai radio Linda Onn mengenai pihak MPAJ yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga tepi jalan tanpa lesen berniaga menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah yang mengatakan beliau dengaki dengan peniaga tersebut. Walaubagaimanapun, Linda menafikan beliau sengaja ingin warung tepi jalan bungkus.

BACA : Linda Onn Nafi Dengki, Sengaja Ingin Warung Tepi Jalan Bungkus

3) NEELOFA INGIN ‘CARAS’ FAZURA, PAKAI BAJU SAMA

Dilihat memakai baju dari koleksi yang sama, Neelofa digosipkan sengaja ingin ‘caras’ Fazura yang sememangnya mengidamkan untuk menggayakan busana yang sama setelah melihat model memperagakan koleksi tersebut di KLFW2018.

BACA : Pakai Baju Sama, Netizen Speku Neelofa Mahu ‘Caras’ Fazura?

4) ELFIRA LOY DIFITNAH BANKRAP

Seorang wanita mencetuskan berita panas apabila memuat naik  foto fail notis bankrap yang tertera nama pelakon Elfira Loy. Ramai yang tertanya apakah yang sudah berlaku sedangkan sebelum ini Elfira tidak pernah menghadapi sebarang masalah kewangan. Namun, Elfira menjelaskan ia adalah salah satu fitnah yang direka oleh pihak tertentu untuk mejatuhkan namanya.

BACA: Ura-Ura Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

5) JURUGAMBAR LABEL ISMAIL IZZANI BERLAGAK DIVA

Penyanyi BBNU, Ismail Izzani mula dikatakan sebagai artis sombong ‘acah tahap dewa’ kerana mengendahkan permintaan seorang jurugambar yang ingin mengambil fotonya. Apa yang berlaku?

BACA : Jurugambar Terkejut Ismail Izzani Sombong, ‘Acah Tahap Dewa’ Di KLFW

August 18th, 2018

Penyanyi Ismail Izzani menafikan dirinya sombong seperti yang didakwa oleh seorang jurugambar di laman Twitter baru-baru ini. Kata Ismail, beliau lebih mengenali siapa dirinya dan pasti tidak akan bersikap sebegitu.

Tidak kisah dengan gelaran ‘sombong tahap dewa’, Ismail bagaimanapun tetap merendahkan diri dan memohon maaf kerana tidak perasan ataupun menyedari jurugambar itu mahu mengambil foto beliau di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) yang lalu.

Isu ini nampaknya sudah selesai apabila jurugambar itu yang dikenali dengan nama Akram Ibrahim sudah pun memaafkan Ismail atas apa yang berlaku.

Kadang-kadang dalam acara yang ramai orang, memang akan ada kejadian terlepas pandang ataupun tidak perasan bila ada orang lain yang tegur. Apa-apa pun, bagus kerana tidak memanjangkan lagi isu tersebut dan saling bermaafan.

August 17th, 2018

Seorang jurugambar mendakwa telah mendekati penyanyi Ismail Izzani yang popular dengan lagu ‘luar biasa’ untuk mengambil gambarnya, namun tidak diendahkan. Kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW) yang baru berlangsung.Dia seterusnya menceritakan mengenai kejadian itu di Twitter.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jurugambar itu, Akram Ibrahim, turut mengambil gambar selebtiti lain namun tidak mengalami masalah, malah Elfira Loy turut menunjukkan penghargaan kepada Akram di akaun Instagramnya. Elfira berterima kasih kepada jurugambar yang dianggap membantu pendedahan selebriti semasa minggu fesyen tersebut dan meningkatkan populariti mereka.

Pendedahan Akram itu mendapat sokongan beberapa pengguna Twitter yang mendakwa Ismail Izzani sememangnya berperangai sedemikian.


Beberapa pengguna Twitter lain mendakwa mungkin Ismail tidak mendengar pelawaan tersebut dan mengatakan Ismail seorang yang peramah.

Bagaimanapun, dia dikatakan peminat Ismail yang sudah tentu akan mempertahankan pemuda itu.

Ada yang mengatakan, mungkin Ismail hanya melayan perempuan sahaja.


Akram juga memberitahu, dia mendapat pas jurugambar untuk mengambil foto semasa KLFW, jika tidak, dia memang tidak mahu mengambil gambar Ismail.

Tweet Akram kini menjadi viral di Twitter dan mendapat lebih lima ribu retweets. – beautifulnara.com