September 4th, 2019

Bengang rasanya kalau kita tidak pernah kacau kehidupan orang lain tetapi diri difitnah. Memang panas hati tiba-tiba dikaitkan dengan perkara negatif.

rita rudaini

Itulah juga yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini. Menerusi akaun Instagramnya, Rita meluahkan rasa geram terhadap seorang wanita yang sering menjaja cerita buruk tentang dirinya sedangkan dia tidak pernah mencampuri urusan individu tersebut.

rita rudaini naik anginrita rudaini

Pada Rita, manusia sebegitu sebenarnya tidak mempunyai kehidupan yang bahagia dan hati yang tenang.

Rata-rata netizen menasihati Rita untuk bersabar dan tidak tertekan dengan segala provokasi yang dilakukan oleh individu yang sengaja ingin memburukkannya itu.

rita rudaini instagramrita rudaini difitnah

Bukan semua orang suka lihat kita bahagia, ada yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan diri kita. Harapnya Rita bertabah.

August 26th, 2019

Setiap kali Rita Rudaini berkongsikan sesuatu tentang dirinya dan anak-anak di laman sosial, pastinya netizen tidak akan melepaskan peluang untuk mengaitkannya dengan bekas suami pelakon jelita tersebut, Aidil Zafuan. Telah berpisah sejak 6 tahun yang lalu, Rita memaklumkan dia tidak pernah lagi mengaitkan dirinya dengan dengan bekas suami namun hanya berkongsikan tentang kisah anak-anaknya di media sosial.
rita rudainiSenang cakap, Rita Rudaini dah lama move on, cuma netizen sahaja yang masih suka mengaitkan apa sahaja yang dilakukan oleh Rita dengan bekas suaminya itu. Kesian juga jadi Rita kan? Orang lain pula kononnya lebih tahu tentang perasaan dirinya.

Kata Rita:-

Kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu dan saya tidak pernah sesekali berkongsi mengenai kisahnya di media sosial sejak itu lagi. Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. Apabila saya kongsikan mengenai anak-anak mereka akan kaitkan posting tersebut dengan bekas suami.

Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya? Bagi saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarganya sendiri sekarang

rita rudaini

Sebenarnya ada satu cara yang mudah untuk membuktikan kepada netizen bahawa Rita sudah benar-benar move on. Caranya tak lain tak bukan ialah berkahwin sekali lagi. Selesai segala masalah. Hehehe. Namun bukan mudah nak mencari calon suami yang benar-benar memahami kita di zaman serba moden ini. Sama-samalah kita doakan agar Rita bertemu jodoh di masa hadapan, sekaligus menamatkan spekulasi daripada netizen. Sumber Astro Gempak.

March 27th, 2014

Rita Rudaini tidak menangis ketika perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal baru-baru ini, akan tetapi Abang Nara yang sebak apabila membaca temubual pelakon hebat ini bersama Utusan Malaysia. Memang tabah dan cekal sungguh hati seorang insan bernama Rita Rudaini ini. Sesungguhnya Abang Nara respek dan kagum dengan kekuatan semangatnya selepas gagal dalam rumah tangga dan menghadapi cabaran membesarkan 2 orang anaknya.

rita dan aidil

Ditanya apakah perasaannya pada hari bekas suaminya berkahwin sekali lagi, Rita menjawab:-

Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu?

Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.

Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).

rita dan aidil

Dan kerespekan Abang Nara terhadap Aidil Zafuan juga bertambah apabila pemain bola sepak ini menghabiskan masa selama 2 minggu untuk bersama anak-anaknya. Cerita Rita:-

Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri.

Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah.

rita dan aidil
Apa yang Abang Nara dapat simpulkan ialah Rita Rudaini redha dan gembira melihat Aidil kini bahagia di samping isterinya, Zarema Zainal. Itu satu sikap yang harus kita puji. Tiada perasaan dengki, cemburu ataupun benci. Memang kecekalan Rita harus dijadikan contoh kepada wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa. Sama-samalah kita doakan agar Rita juga akan menemui kebahagiaanya satu hari nanti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk temuramah penuh Rita bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.

CERITA cinta mereka telah berlalu, tetapi jutaan peminat tetap mahu tahu apa yang berlaku terhadap kisah Rita dan Aidil selepas bertahun-tahun mereka ?dipisahkan? oleh takdir. Dengan dua anak lelaki yang kini semakin membesar dan cerdik, Rayyan dan Arjuna, kisah hidup dramatis popular ini barangkali lebih menarik untuk diceritakan berbanding dengan kisah lakonannya di layar kaca.

Ketika bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak memilih untuk kembali ke alam perkahwinan dengan mengahwini kekasih hati, Zarema Zainal hanya setelah beberapa bulan perceraian dengan Rita disahkan, banyak yang meminta Mega untuk menyelami perasaan Rita sebagai bekas isteri. Awalnya, Rita yang menghabiskan tempoh edahnya pada November 2013, menolak untuk dipotretkan dengan anak-anak. Dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atas kebahagiaan orang lain ketika ini. Pun, beberapa kali dipujuk, dia akhirnya menjemput kami ke rumahnya untuk sesi khas ini. Mega memilih untuk bertanya soalan-soalan jujur kepada Rita.

Hits: Banyak yang ingin tahu, bagaimana sebenarnya perasaan Rita pada hari bekas suami akhiri zaman duda minggu lepas?

Rita: Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu? Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.

Hari Aidil bernikah, hanya berteman anak-anak?

Ya. Saya kebetulan cuti, tak buat apa-apa pun. Layan anak-anak macam biasa. Saya tak fikir sangat pun dia hendak kahwin ke apa. Kisah dia sudah berakhir, yang ada hanya kisah dia dengan anak-anak sahaja. Perasaan anak-anak lebih penting buat saya ketika ini.

Sedikitpun Rita tidak menangis?

Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).

Sebelum berkahwin, Aidil ada berjumpa dengan anak-anak?

Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri.

Bila tu?

Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah.

Anak-anak masih kenal Aidil?

Hmmm, masa mula-mula mereka bertemu, Rayyan boleh tanya ?Siapa ni Mommy?” Kasihan juga pada Aidil, saya nampak dia sedih. Tetapi dia pun faham sebab sudah lebih sembilan bulan dia tidak berjumpa dengan anak-anak, budak-budak cepat lupa. Dik Mok (Arjuna) pula, langsung tak kenal dia, tidak mahu dekat dengan Aidil dan awalnya buat tak peduli sahaja. Tetapi setelah beberapa jam, akhirnya dia okey dan boleh bermain bersama-sama. Sekarang Dik Mok pun sudah pandai panggil Daddy. Cuma sekarang ni saya susah pula nak menjawab bila anak anak tanya: ?Kenapa daddy sudah lama tak datang? Kenapa Daddy tinggalkan Dik Mok semula?”

Apa Rita jawab?

Apa lagi? Saya beritahu, daddy sibuk di padang bola! (Ketawa).

Kononnya Rita menghalang anak-anak daripada bertemu Aidil sebelum ini? Kenapa?

Tidaklah! Itu hanya fitnah. Selama ini saya tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu anak-anak.Sebagai ibu, saya selalu fikir, biarlah anak-anak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa sepenuhnya, saya cuba dekatkan mereka. Saya fikir, walaupun ibu bapa telah bercerai, anak-anak ada hak untuk mendapat sepenuh kasih sayang kami berdua. Cuma perkara begini kena buat bersama-sama, kalau saya seorang saja usaha tidak akan menjadi. Mungkin kerana keadaan, ada halangan lain, dia tidak dapat datang jumpa anak-anak sebelum ini.

Apa yang Rita harapkan daripada ?penyatuan? semula anak-anak dan bapa ini?

Saya harap, dia akan terus bersama-sama membantu saya demi kebahagiaan anak-anak. Itu juga yang dia janji sebelum dia berkahwin. Dia kata mahu memberikan semula kasih-sayang yang sempurna kepada anak-anak yang selama ini diabaikan. Saya harap dia tunaikan kerana anak-anak sudah faham dan tahu yang mereka juga ada Daddy. Jika kita sudah lama hidup, anak-anak pula baharu hendak kenal dunia. Jadi, dahulukan anak-anak dalam apa juga perkara. Jangan pinggirkan anak-anak lagi, walau apa sekalipun berlaku.

Aidil sudah berkahwin semula, Rita bila lagi? Selagi Rita belum ada pengganti, orang akan bertanya, sampai bila mahu sendiri?

Hmmm… sampai berapa lama boleh hidup sendiri, saya pun tak tahu. Jujur saya katakan, ketika ini tiada hati untuk menjalin hubungan dengan sesiapa pun. Langsung tak ada rasa untuk kembali bercinta. Mungkin sibuk dengan anak-anak, aktiviti harian saya penuh. Walaupun dunia saya hanya di rumah dan di lokasi, ia memang memenatkan. Jadi, saya mahu enjoy menikmati tanggungjawab membesarkan anak-anak ini dengan sebaik-baiknya, tanpa gangguan pihak lain. Solo pun boleh bahagia juga, kan?

Tidak risau orang akan cakap, seolah-olah Rita tidak boleh lupakan dia?

Tak boleh lupakan dia? (Beberapa saat terdiam, mengambil nafas panjang). Beginilah, kisah kami sudah lama berlalu. Kalau orang kata saya tak mahu kahwin lagi sebab tidak boleh lupakan Aidil, itu salah sama sekali. Salah! Untuk menjalin hubungan baharu, kena ada rasa suka, ada keinginan untuk bercinta lagi. Tetapi buat masa sekarang, hati saya masih kosong, tanpa rasa. Kalau kahwin lagi pun, saya selalu fikir, ada ke lelaki yang boleh sayangkan anak aku? Atau dia hanya suka aku? Saya takkan cari ?lelaki? lain hanya kerana tanggapan orang yang sebegitu.

Kasih sayang boleh dipupuk, kenapa mahu lari daripada cinta baharu?

Saya fikir anak orang tetap anak orang, berbeza dengan anak sendiri. Ada ke orang hendak sayangkan anak kita, sama macam kasih sayang ibu bapanya sendiri? Saya pasrah dan reda kalau saya akan jadi ibu tunggal sampai ke usia tua. Bukan cakap takbur, tetapi jujur saya katakan ruang sunyi sedikit pun tak ada dalam diri saya ketika ini. Sebab itu saya tak pernah fikir soal lelaki. Kalau hendak kata perempuan tak boleh hidup tanpa suami tu, tak semestinya. Sekarang pun anak-anak sudah semakin membesar, kesusahan sudah hampir berlalu. Masalah pun sudah tak banyak. Jadi, saya tak perlu risau kalau hidup sendirian.

Jangan bohong, tidakkah ada waktu ?lemah? seorang Rita Rudaini?

Ada, memang ada. Waktu paling lemah bila malam menjelang, anak-anak sudah tidur, suasana sunyi sepi. Waktu itu saya selalu akan menangis. Saya jadi tak kuat apabila tengok anak tidur, saya sendiri. Rasa bersalah kepada anak-anak datang tiba-tiba. Selalu terfikir, kenapa orang buat kami sampai jadi macam ni? Pernah juga terfikir, kenapa dulu kami tak boleh korbankan perasaan sendiri, tolak ego, berkorban perasaan untuk anak-anak sendiri? Kenapa juga orang di sekeliling hidup kami lebih pentingkan untuk menjaga perasaan mereka sendiri daripada pentingkan kehidupan kami anak-beranak? Sekarang adalah masa untuk kami tebus dosa pada anak-anak.Kesilapan saya, saya akui, kesilapan orang lain saya tak nak ambil tahu lagi.

Apa rancangan untuk anak-anak selepas ini?

Banyak yang saya rancang untuk anak-anak. Memandangkan mereka hanya ada saya sebagai ibu dan bapa seharian, saya fikir perlu kurangkan aktiviti seni. Mereka tidak mempunyai pengasuh atau penghibur hati yang lain.Jadi, dunia saya sepenuhnya untuk mereka. Sekarang saya pun sudah ada perniagaan sendiri, lebih mudah untuk uruskan soal hidup termasuk soal kewangan dan waktu kerja. Saya juga lebih banyak menyimpan untuk anak-anak berbanding diri sendiri, itu pun tujuan saya berniaga. Saya selalu katakan kepada diri sendiri, seorang lelaki pergi, diberikan-Nya kepada saya dua lagi lelaki. Lelaki-lelaki kecil ini adalah dunia yang membuatkan saya mampu terus hidup.

Petang itu, setelah lebih enam jam bersama di rumahnya, kami tinggalkan Rita dengan doa dan harapan. Semoga suatu hari nanti, hadir seorang lelaki yang baik, yang mampu menjaganya untuk seluruh kehidupan dan memimpin seorang Rita Rudaini ke syurga firdausi…Amin!

August 23rd, 2013

Susulan tuduhan kurang didikan agama terhadap bekas mertuanya, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mula memandang serong terhadap Rita Rudaini. Ada yang menggelar Rita sebagai “wanita bermulut jahat” kerana kata-katanya yang agak kasar. Namun buat Rita, dia tidak kisah sekiranya masyakat memandang seorng terhadap.
rita rudainiMenerusi Berita Harian hari ini, Rita Rudaini memaklumkan kebahagiaan rumahtangga yang dikecapinya hanya bertahan selama 9 bulan sahaja. Kata Rita:-

Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.

Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,

rita rudaini

Biasalah tue kalau isteri tak balik sekali dengan suami, pasti si suami akan dinasihati oleh keluarganya. Menariknya Rita turut berkongsi pengalaman dirinya dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Kata Rita lagi:-

Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda

rita rudaini

Entahlah Abang Nara pun susah nak cakap siapa yang benar. Rita cakap macam nie, Aidil cakap macam tue. Kalau dua-dua boleh diam memang terbaik. Tak perlu keluarkan lagi apa-apa kenyataan. Buat pening dan serabut kepala orangnya. Lagi teruk kalau mula-mula kasihan lama-lama jadi benci sebab banyak sangat cerita keluar. Tak gitu?