September 21st, 2015

Sudah mula mendedahkan percintaan beliau kepada umum, Shah Iskandar akhirnya mengakui beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati Siti Sarah sekitar tahun hadapan selepas foto mereka berkunjung ke Registry Of Muslim Marriage (ROMM) di akaun Instagram mereka beberapa hari lepas mula mencetuskan tanda tanya.

Berkenalan dengan Sarah kira-kira dua tahun lepas, mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan sudah dapat merasakan keserasian bersama. Malah, Shah nampaknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi.

Selepas makin kenal diri masing-masing dan bertemu keluarga, kami jadi lebih rapat. Umur saya pun makin meningkat. Saya sudah 33 tahun, dia pula 30 tahun. Saya kenal dia pun melalui kakaknya. Ketika itu, kakaknya menyuruh saya membuat ulasan dan promosi produk di laman Instagram.

Buat Sarah, Shah merupakan seorang yang kelakar dan periang orangnya. Bersama Shah, beliau percaya aktor itu mampu untuk membuat beliau bahagia dan gembira.

Dari mula berkawan, kami cepat jadi serasi dan ngam. Sebelum ini saya tak berminat untuk ada kekasih. 10 tahun juga saya hidup tanpa cinta. Tapi dengan Shah mungkin juga saya terbuka hati untuk menerimanya. Daripada kawan, lama-lama terbit rasa sayang. Dia memang lelaki yang baik. Lepas kami membuat keputusan nak kahwin, dia punya ‘sweet’ itu lagi lain macam.

Alhamdullilah, harapnya segala persiapan untuk berkahwin akan dipermudahkan. Pupuklah sifat sabar selalu jika ada ujian yang melanda. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu.

Sumber Berita :  Berita Harian

September 7th, 2015

Pernah di kaitkan dengan kakak Anzalna Nasir dan juga penyanyi Rafidah Ibrahim baru-baru ini, hati Shah Iskandar nampaknya sudah dimiliki orang yang bukan daripada bidang seni, apabila beliau telah berkongsi foto cinta hatinya itu di Instagram.

Sering memuat naik foto mereka bersama, Shah kini kelihatan lebih terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya kepada ummum.

Terus terang, kekasihnya yang dikenali di Instagram dengan nama iamsarahnorris mempunyai rupa paras ala Chinese sedikit dan kalau di lihat mereka memang cukup sepadan dan ramai peminat Shah mendoakan agar mereka berdua bahagia.

Berikut beberapa lagi foto Shah Iskandar dan kekasihnya khas buat peminat beliau.

Sumber Berita: Berita Harian

October 22nd, 2013

Argh ~~ Pasti pedih hati Diana Nasir membaca kata-kata Shah Iskandar ini. Mana taknya, sebelum Shah berangkat ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor 2, rupa-rupanya Diana Nasir telah menulis status Facebook yang agak jiwang jugak. Abang Nara baca pun boleh cair dibuatnya. Romantis gila!!!

diana nasir

Sekali baca pun anda mesti menganggap bahawa Diana Nasir dan Shah Iskandar ada hubungan yang lebih istimewa daripada sekadar kawan. Sayangnya Shah Iskandar mengakui tiada hati dan perasaan terhadap Diana Nasir. Hanya sekadar kawan biasa sahaja. Kata Shah kepada MediaHiburan:-

Saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu. Dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna. Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai. Tidak pernah lagi berdua.

Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut. Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Dan saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain di sekeliling kami

Kalau tanya akan hubungan kami, apa yang saya boleh katakan adalah saya menganggapnya sebagai kawan biasa. Bulum ada hati dan perasaan. Tapi, tidak tahu lah pula dia. Bila saya balik Malaysia nanti, saya pasti akan bertanyakan sendiri dengannya akan status tersebut.

diana nasir

Adakah Diana Nasir bertepuk sebelah tangan? Pasti Diana kecewa sekiranya cintanya terhadap Shah tidak berbalas. Tak apalah Diana. Kumbang bukan seekor. Lagipun dengan kecunnan dan kecantikan Diana, pasti ramai lelaki di luar sana yang menanti. Kalau Shah tak mahu, orang lain mahu. Tak gitu?

October 22nd, 2013

Shah Iskandar ini sememangnya sedang hangat di pasaran. Iyerlah. Orangnya kacak, tampan, senyuman memikat dan hebat pula berlakon. Sejak kebelakangan ini memang banyak cerita tentang wanita yang kononnya berjaya mencuri hati Shah Iskandar. Persoalannya siapakah yang sebenarnya bertuah berjaya menjadi kekasih Shah Iskandar?
shah iskandar dan diana nasirSebelum ini Abang Nara ada kongsikan satu artikel mengenai Shah Iskandar dengan seorang gadis bertudung. Namun membaca Kosmo Ahad baru-baru ini, wanita tersebut dikatakan peminat sahaja. Khabarnya Shah Iskandar kini sedang rapat dengan kakak Anzalna iaitu Diana Nasir (gambar di atas). Sekali pandang memang terserlah kegembiraan di wajah mereka berdua kan?
shah iskandar dan diana nasir
Kalau betul bercinta, apa salahnya kan? Kedua-duanya pun single lagi. Kalau berkawan pun tak apa. Masa bujang inilah nak mengenal hati budi ramai wanita sebelum memilih seorang untuk dijadikan teman hidup. Yang penting Shah Iskandar bahagia dengan kehidupannya. Cuma kalau nak kahwin nanti jangan sorokkan pulak. Kang tak pasal-pasal kontroversi melanda diri. Hehe.

P.S: Proton Preve LE dilancarkan