September 21st, 2015

Sudah mula mendedahkan percintaan beliau kepada umum, Shah Iskandar akhirnya mengakui beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati Siti Sarah sekitar tahun hadapan selepas foto mereka berkunjung ke Registry Of Muslim Marriage (ROMM) di akaun Instagram mereka beberapa hari lepas mula mencetuskan tanda tanya.

Berkenalan dengan Sarah kira-kira dua tahun lepas, mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan sudah dapat merasakan keserasian bersama. Malah, Shah nampaknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi.

Selepas makin kenal diri masing-masing dan bertemu keluarga, kami jadi lebih rapat. Umur saya pun makin meningkat. Saya sudah 33 tahun, dia pula 30 tahun. Saya kenal dia pun melalui kakaknya. Ketika itu, kakaknya menyuruh saya membuat ulasan dan promosi produk di laman Instagram.

Buat Sarah, Shah merupakan seorang yang kelakar dan periang orangnya. Bersama Shah, beliau percaya aktor itu mampu untuk membuat beliau bahagia dan gembira.

Dari mula berkawan, kami cepat jadi serasi dan ngam. Sebelum ini saya tak berminat untuk ada kekasih. 10 tahun juga saya hidup tanpa cinta. Tapi dengan Shah mungkin juga saya terbuka hati untuk menerimanya. Daripada kawan, lama-lama terbit rasa sayang. Dia memang lelaki yang baik. Lepas kami membuat keputusan nak kahwin, dia punya ‘sweet’ itu lagi lain macam.

Alhamdullilah, harapnya segala persiapan untuk berkahwin akan dipermudahkan. Pupuklah sifat sabar selalu jika ada ujian yang melanda. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu.

Sumber Berita :  Berita Harian


Comments are closed.

Loading...