Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(GOSIP)Shah Iskandar Kini Bercinta Dengan Diana Nasir?

Shah Iskandar ini sememangnya sedang hangat di pasaran. Iyerlah. Orangnya kacak, tampan, senyuman memikat dan hebat pula berlakon. Sejak kebelakangan ini memang banyak cerita tentang wanita yang kononnya berjaya mencuri hati Shah Iskandar. Persoalannya siapakah yang sebenarnya bertuah berjaya menjadi kekasih Shah Iskandar?
shah iskandar dan diana nasirSebelum ini Abang Nara ada kongsikan satu artikel mengenai Shah Iskandar dengan seorang gadis bertudung. Namun membaca Kosmo Ahad baru-baru ini, wanita tersebut dikatakan peminat sahaja. Khabarnya Shah Iskandar kini sedang rapat dengan kakak Anzalna iaitu Diana Nasir (gambar di atas). Sekali pandang memang terserlah kegembiraan di wajah mereka berdua kan?
shah iskandar dan diana nasir
Kalau betul bercinta, apa salahnya kan? Kedua-duanya pun single lagi. Kalau berkawan pun tak apa. Masa bujang inilah nak mengenal hati budi ramai wanita sebelum memilih seorang untuk dijadikan teman hidup. Yang penting Shah Iskandar bahagia dengan kehidupannya. Cuma kalau nak kahwin nanti jangan sorokkan pulak. Kang tak pasal-pasal kontroversi melanda diri. Hehe.

P.S: Proton Preve LE dilancarkan

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top