Written by AbangNara | February 11th, 2014

Ada apa dengan Lana Nordin sehingga namanya sering dikaitkan dengan para jejaka di luar sana? Yang peliknya, Lana sendiri tak tahu menahu bagaimana desas-desus dirinya menjadi punca keretakan hubungan antara Adira dan Shahrul boleh wujud. Senang cerita, Lana sendiri berada di dalam keadaan terpinga-pinga apabila membaca khabar angin ini.

lana nordin shahrul

Nasib baiklah Lana Nordin ini jenis orang tenang. Tak ada nak melatah apa-apa. Setakat dugaan sebegini apalah sangat berbanding dengan percintaan sekejapnya bersama Johan As’ari satu ketika dahulu. Kata Lana kepada Harian Metro:-

Demi Allah saya tak pernah amil tahu dan tak ada kena mengena. Mungkini kalau betul gosip itu, dia (Shahrul) ada hubungan dengan orang lain bernama Lana, bukan saya.

Atau mungkin juga orang kaitkan saya sebab tak nak nama saya hilang daripada publisiti. Asal duduk diam je orang usik.

lana nordin

Kalau anda sudah bercita-cita mahu mengorat Lana Nordin selepas membaca berita ini, silalah lupakan hasrat anda. Kini Lana Nordin sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Seperti bisaa, identiti lelaki itu tidak dimaklumkan. Namun yang pasti bukanlah Shahrul. Kata Lana:-

Kawan baru saya ini orang luar dan bukan doktor atau Shahrul seperti didakwa. Kami baru kenal sebulan. Namanya juga tak ada kaitan langsung dengan huruf S. Jauh sangat abjadnya tapi saya bersedia nak dedahkan dulu.

Bolehlah Adira menarik nafas lega membaca kata-kata Lana Nordin ini. Jangan risau Lana tak mengorat kekasih anda. Mungkin Adira dan Shahrul boleh cuba baiki hubungan yang dikatakan sudah retak itu. Mesti semua ini adalah salah faham belaka. Kepada Lana, tahniah kerana telah bertemu teman baru. Hati-hati bercinta, jangan dipermainkan seperti yang pernah anda lalui dulu.

Written by AbangNara | November 28th, 2013

Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.

lana nordin dan johan as'ari

Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu

menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

lana nordin dan johan as'ari

Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin.

P.S: Toyota Previa (Estima) sudah tiba di Malaysia

Written by AbangNara | November 9th, 2012

Wow. Kacaknya kekasih baru Lana Nordin yang dikenali dengan gelaran Pamela Anderson Malaysia. Abang Nara yang lelaki sejati ini pun mengakui kekacakan Parvel yang berasal daripada Republik Czech. Untunglah Lana dapat pakwe hensem.

kekasih baru lana nordin

Tambah best ialah apabila umur si Parvel ini masih muda lagi iaitu 24 tahun. Untuk makluman, Lana Nordin berusia 33 tahun. Memang bertuah badan si Lana dapat pakwe kacak dan muda. Semoga hubungan Lana dan Parvel ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Ikan genetik berwarna pink.

Written by AbangNara | October 8th, 2010

lana nordin

Kami tahu ramai yang tidak mengenali siapa itu Lana Nordin. Berita pentingnya di sini bukanlah tentang Lana Nordin tetapi tentang lelaki di dalam gambar di atas yang “self-claim” bahawa dia ialah anak Sultan Brunei. Berikut adalah screenshot yang ditulis di blognya (memanggil Sultan Brunei sebagai Papa).

lana nordin

Kami tahu ramai pembaca dari Brunei di sini, jadi kami mintak jasa baik anda untuk sahkan sama ada memang betul lelaki di dalam gambar di atas adalah anak Sultan Brunei. Nampak gaya macam bukan tapi siapa tahu kan? Kalau betullah anak Sultan Brunei, memang beruntung gila Lana Nordin mendapat kekasih hati yang ayahnya super duper muper kaya.

Lagi gambar lelaki yang “self-claim” dirinya anak Sultan Brunei dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info kepada RotiKaya dan Ohbulan.

Update: Dari info yang diterima mamat nie memang bukan anak Sultan Brunei. Malah dah ada satu laporan polis telah dilakukan terhadap blognya kerana mengutuk Pekida dan Perdana Menteri kita. Sekian terima kasih.

Update 2: Gambar di atas bukannya gambar pemilik blog Luqiee. Mereka adalah 2 orang yang berbeza. Maaf atas kesilapan.