Written by AbangNara | November 28th, 2013

Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.

lana nordin dan johan as'ari

Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu

menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

lana nordin dan johan as'ari

Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin.

P.S: Toyota Previa (Estima) sudah tiba di Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

213 responses to Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin

  1. cik kim says:

    Memang frust kalau orang yang kita suka, sanjung tetiba pilih orang lain. X pe Shila.. Life goes on. Allah dah bagi jalan yang terbaik untuk kita. Kalau itulah jodohnya terima dengan hati terbuka. Mungkin kita nampak dari luaran orang itu yang terbaik untuk kita walhal Allah dah ada perancangan lain. Apa2 pon komen2 tu.. simpan dalam hati.

    Bagi aku la. Biar lelaki yang lebih mencintai seorang wanita dan bukan sebaliknya. Dan memang ada lelaki yang memang suka challenge diri sendiri. Kalau berjaya dalam hal ini, ganjarannya Allah berikan, wallahua’lam. Setiap perempuan memang inginkan suami yang boleh menjadi pembimbingnya. Macamana teruk pon perangai sehingga ke tahap yang tak bole diselamatkan sekalipon, harapan seorang wanita adalah datangnya penyelamat samada daripada dirinya sendiri ataupon dari orang lain. It’s a human nature. Kita tak payah jadik judge mengutuk2 sebab setiap yang kita taip esok jari2 kita ni yang akan menjawab.
    For the new couple, berbaik-baiklah dengan bakal in-law. Restu ibubapa penting. May Allah bless three of you. Good Luck

    • anti-ppuanpenyembahmacho says:

      ppuan bengap dan ngok aje yg *inginkan suami yg boleh menjadi pembimbingnya* !! Masing2 bertangung jawab atas kebahagian masing2 lah. Dah dewasa besar pon tak mampu berfikir harap org lain buat kerja. Kenapa kena di *bimbing*. Lembu ke? Kepala otak ppuan terencat ke? Selagi menaruk kebahagian mu di dalam tangan org lain ( lagi lah jantan melayu) asik kecewa jer nanti. Find wisdom in your own self.

  2. nana says:

    jgn la kutuk si lana ni. jodoh itu rahsia Allah. kita sebagai manusia hanya mampu merancang. untuk shila anggap la ini sebagai dugaan dari Nya. Semua org ada masa lepas. So jgn hina org based on masa lepas dia. Boleh jadi, masa lepas dia tu masa depan kita..

  3. Hamba says:

    salam,

    Insya’allah, saya percaya Lana akan menjadi seorang isteri yang soleha. Jika saya Ibu kepada Johan, saya terima Lana seadanya, beri kesempatan pada Lana. Yang Seksi tak semesti nya terseksa dineraka.

    Sebagai Ibu & Bapa, doa lah yang terbaik untuk anak2.. Akan baik lah jadi nya.

    Buat Lana, tahniah!! moga hubungan anda hingga ke akhir hayat.. Amin x 3

    Lana and Johan ada chemistry. Raut wajah pun sepadan.. Sekali lagi mudah-mudahan jodoh anda berkekalan.. Amin x 3

  4. Hamba says:

    Salam,

    Tahniah Lana dan Johan, moga Jodoh anda hingga ke akhir hayat.

    Mohon pada Allah untuk yang terbaik. Saya percaya Lana akan menjadi Isteri yang soleha.

    Sebagai Ibu & Bapa doa itu adalah terbaik buat anak2.. Terima seadanya dan doa Ibu ada lah doa yang paling di makbul Allah.

    Jangan terlalu menyangka buruk pada seseorang. Tidak semesti nya yang membuka aurat itu ke neraka. Kerana tiada siapa ketahui nawaitu atau ibadah seseorang melain Allah itu rahsia nya.

    Saya ada zuriat dan saya juga sedang belajar untuk redha.. It is easy say than done.. But at least do our best to be the best!

  5. amie says:

    ala…rilek la shila amzah.kite sebaya ape???aku pon xde bf…ape lg nk kawen.sementare msih mude ni bnyak bende laen nk kene buat.enjoy puas2 dlu.stacy yg sebaya ko pon wt derk je wpun x tawen lg

  6. lalalala says:

    Hmm,,,kesian mak johan,,,sebagai ibu yg ada anak bujang aku benar2 dpt rasakan kesedihan yg ibu johan rasakan,,,moga dipermudahkan dan sabar dgn dugaan ini,,,,

  7. kak ton says:

    baru kenal 3 hari dah berbay ber sayang bagaiiiiiii lah kan…?
    kalau kenal 3 minggu…apa plak…? kalau 3 bln…???
    ni semua poyoo….kalau tgk betol2 …pilihan ni johan ni …kecuali izreen azmida n shila amzah..yg lain tu semua ala2 mcm seksaaa sikit la,..si SA pun seksa gak even bertudung,.baju nak ketat jerrrrr….hahaha…:p

  8. kak mahh says:

    Jodoh itu Rahsia Allah. Semua terkejut!