Written by serenity | May 9th, 2018

Hari ini ialah hari mengundi untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke-14. Rakyat Malaysia berduyun-duyun pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi demi masa depan negara.

Bagi sesetengah selebriti, mereka tetap menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara dengan mengundi. 

Terpancar kepuasan dan kegembiraan di riak wajah masing-masing kerana berjaya melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 8th, 2018

Apa yang berlaku pada bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana Saleh, yang diceraikan setelah Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda Aznam sebagai isteri keduanya menimbulkan simpati ramai pihak.

Ude dan Izreen masih belum berhenti menerima kecaman Netizen ekoran keputusan mereka, manakala Intan Liana yang sebelum ini seorang surirumah dihujani pelbagai tawaran menjadi model pakaian dan membuat ulasan produk.

Minggu lepas, Intan Liana telah muncul untuk ditemubual di rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Namun terdapat pihak yang mempersoalkan mengapa dia muncul di program itu sedangkan dia tidak terbabit dalam kerjaya seni. Bagi mereka, adalah lebih sesuai untuk Intan Liana muncul dalam rancangan seperti Wanita Hari Ini dan Motif Viral.

Melalui akaun Instagramnya, Intan telah membuat penjelasan:


Betul juga kata Intan, dia hanya memenuhi undangan mereka. MeleTop mengundang Intan untuk ditemu bual juga mungkin berkaitan dengan Anugerah MeleTop Era 2018 di mana pasangan Izreen dan Ude tercalon dalam kategori Couple MeleTop.

Kemunculan Intan Liana boleh ditonton di bawah di rangkaian rasmi MeleTop di YouTube:

Apa pun selamat maju jaya buat Intan Liana. Sikapnya yang kelihatan sabar dan positif dalam menghadapi apa yang telah berlaku ternyata telah memenangkan sokongan Netizen buatnya, walaupun ada mendakwa Ude telah memerli Intan melalui muat naik satu gambar di Instagram baru-baru ini. Stay positive! – beautifulnara.com

 

Written by serenity | August 26th, 2015

Pada usia 24 tahun, Amyra Rosli boleh dikatakan antara pelakon baru yang berjaya. Wajah yang cantik diiringi dengan bakat lakonan yang baik, Amyra juga mendapat pujian ramai kerana kurang terbabit dengan kontroversi buruk.

Bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke 24, para peminat Amyra yang dipanggil Amyra Rosli Supporters telah mengadakan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran buatnya pada 24 Ogos lepas.


 photo 11930816_1695751357322210_1840563789_n.jpg

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Amar Baharim (ehem, ada apa-apa ke???)

Para peminat dan Amyra kelihatan begitu gembira di majlis harijadi beliau. Untunglah, cantik, berbakat dan ramai fans pula.

Lagi 50 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar fotocantikstudio.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015