Danial Zaini Akui Terharu Dapat Layak Ke Final Maharaja Lawak Mega 2021

Hiburan

Danial Zaini Akui Terharu Dapat Layak Ke Final Maharaja Lawak Mega 2021

Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya berasa amat terharu selepas berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulannya, Tiro.

Danial Zaini
2 years ago

"Dah Enam Tahun Dalam Industri Asyik Jadi Peserta, Sekarang Jadi Juga Host" - Danial Zaini

Advertisement

Menurut Danial, dia sebenarnya pernah berasa tawar hati untuk bertanding di pentas besar tersebut selepas penyertaannya pada tahun 2017 disifatkan sebagai gagal.

Rezeki itu Hak Milik Allah SWT. Selepas 5 tahun. Satu titik hitam yang tak mahu saya ulangi tapi pintu hati terbuka untuk sertai MLM tahun ini untuk penuhi hajat mak saya.

Bagaimanapun, Danial menyifatkan penglibatannya pada edisi kali ini sebenarnya adalah bagi memenuhi permintaan ibunya.

Luahan tersebut dikongsikan Danial menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Dalam pada itu, Danial turut merakamkan ucapan penghargaan buat rakan kumpulannya iaitu Sharif Zero dan Syaiful Zero yang sama-sama berjuang sepanjang penganjuran pertandingan itu.

Danial Zaini

Tambah Danial lagi, dia ingin menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kerana rezeki tidak pernah salah alamat, masa dan waktu.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa bangga selain mendoakan semoga Danial akan lebih sukses lagi selepas ini.

Sekadar info, antara kumpulan lain yang turut melayakkan diri ke pentas akhir MLM2021 selain Tiro adalah Tobat, Puteh, Bahye dan Boro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...