Apa yang berlaku pada bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana Saleh, yang diceraikan setelah Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda Aznam sebagai isteri keduanya menimbulkan simpati ramai pihak.
Ude dan Izreen masih belum berhenti menerima kecaman Netizen ekoran keputusan mereka, manakala Intan Liana yang sebelum ini seorang surirumah dihujani pelbagai tawaran menjadi model pakaian dan membuat ulasan produk.
Minggu lepas, Intan Liana telah muncul untuk ditemubual di rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Namun terdapat pihak yang mempersoalkan mengapa dia muncul di program itu sedangkan dia tidak terbabit dalam kerjaya seni. Bagi mereka, adalah lebih sesuai untuk Intan Liana muncul dalam rancangan seperti Wanita Hari Ini dan Motif Viral.
Melalui akaun Instagramnya, Intan telah membuat penjelasan:
Betul juga kata Intan, dia hanya memenuhi undangan mereka. MeleTop mengundang Intan untuk ditemu bual juga mungkin berkaitan dengan Anugerah MeleTop Era 2018 di mana pasangan Izreen dan Ude tercalon dalam kategori Couple MeleTop.
Kemunculan Intan Liana boleh ditonton di bawah di rangkaian rasmi MeleTop di YouTube:
Apa pun selamat maju jaya buat Intan Liana. Sikapnya yang kelihatan sabar dan positif dalam menghadapi apa yang telah berlaku ternyata telah memenangkan sokongan Netizen buatnya, walaupun ada mendakwa Ude telah memerli Intan melalui muat naik satu gambar di Instagram baru-baru ini. Stay positive! – beautifulnara.com
Mimi
April 9, 2018 at 9:18 am
Minit ke 0.58 so sweet. Hehe Aish, she’s too sweet for Ude.
Anonymous
April 9, 2018 at 8:20 am
Meluat pulak dah aku ngan intan ni…pandai meraih simpati….
boikot izreen
April 9, 2018 at 9:04 am
keh keh klon jering detected….
tu tanda ko ni xde hati perut mcm jering…
dh ko nak die mcm mana? gelak mengilai sepanjang masa??
hurmmm xguna tulis byk2…kalau HATI DAH HITAM…benak tu mmg x boleh di pulihkan dh
Anonymous
April 9, 2018 at 8:20 am
Meluat pulak dah aku ngan intan ni…
Notbawang
April 8, 2018 at 9:52 pm
Neelofa tidak mampu berbahasa Melayu penuh ke?
Anonymous
April 8, 2018 at 10:02 pm
Tau takpe. Rindu pengacara yang hebat seperti Fafau. Lancar je nak tanya soalan. Soalan pun bijak je. Kenapa yang ni macam takde persediaan eh? Kita, penonton, kena terima je lah tahap ‘show’ macam ni? Ni menggambarkan mentaliti rakyat Malaysia jugak ni, sedikit sebanyak.