September 19th, 2016

Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga kini masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluar, tetapi sehingga kini Kamal dan Emma tetap berdiam diri mengenai setiap gosip tentang percintaan mereka.

Terbaru, menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, Kamal nampaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memikat kembali hati Emma dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.

Untuk berada di sisi Emma, Kamal dikatakan sanggup untuk mengambil cuti daripada penggambaran hanya untuk menemani Emma ke acara hiburan.

Malah, Kamal juga cuba memujuk Emma dengan membelikan pelbagai hadiah  untuknya.

Kadang-kadang seseorang wanita itu boleh “cair” dengan usaha teman lelaki mereka untuk membaiki hubungan yang sudah dingin.  Harapnya usaha Kamal Adli untuk cuba memenangi hati Emma Maembong akan berhasil. Terus terang mereka berdua agak sepadan.

Sumber Berita : Harian Metro

September 9th, 2016

Kemunculan Emma Maembong dan Kamal Adli bersama di FFM28 baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas gosip yang bertebaran mengatakan hubungan mereka percintaan mereka sedang bergolak.

Tentu sekali pada acara berkenaan, wartawan tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang status hubungan mereka yang terkini.

Menerusi sebuah video pendek di mStar Online, Emma menjelaskan beliau dan Kamal hanyalah sekadar teman rapat.

Saya dengan Kamal masih kawan macam dahulu, kitorang tidak ada apa-apapun. So dia adalah saya punya partner untuk malam ini, saya ok je la.  Bila masa saya cakap boyfriend?

Kamal yang turut berada disebelah Emma hanya tersenyum dan  enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan yang dibuat oleh Emma itu.

Sekejap ya sekejap tidak, mana satu yang betul sebenarnya Emma dan Kamal? Hmmmph..tidak mengapalah, apa-apapun kalau memang mereka ada jodoh bersama, tunggu sahajalah perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka.

Buat masa ini, biarlah mereka terus berdolak dalih dan bermain teka teki dengan peminat. Mungkin juga mereka tengah mencuba untuk memperbaiki masalah didalam perhubungan mereka. Wallahualam.

Sumber Berita : mStar Online

September 5th, 2016

Berita mengenai Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran memang menjadi bualan hangat krew produksi.

Perkara itu diakui oleh Kamal sendiri dimana beliau memberitahu mutu kerjanya agak mengecewakan kerana emosi beliau terganggu selepas percintaan beliau dan Emma Maembong dikatakan mempunyai masalah.

Tipulah kalau saya katakan saya tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku di antara dengan dan Emma.

Menurut Kamal, beliau tahu semua orang sedar dengan perubahan sikapnya itu dan akan cuba untuk mencari kembali semangat yang hilang untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Saya seorang yang bekerja keras kerana saya fikirkan mengenai masa depan. Ini kerana saya mahu melangsungkan perkahwinan memandangkan usia semakin meningkat.

Insya-Allah, saya akan cuba cari semula semangat yang hilang itu. Maklumlah apabila berlaku perkara begini ibarat patah sebelah kaki. Bagaimanapun ketika bekerja saya tetap memberi sepenuh tumpuan.

Semua orang pasti akan murung dan penuh emosi apabila berhadapan dengan masalah percintaan. Kadang-kadang ada yang boleh sorok perasaan mereka dan ada pula yang sebaliknya. Namun, kami harap Kamal Adli dapat mengharungi segala ujian percintaan dengan tabah dan jangan biarkan ia menjejaskan kerjaya anda.

Sumber Berita : Harian Metro

August 15th, 2016

Emma Maembong dan Kamal Adli, dahulunya pasangan yang cukup manis dan kelihatan manis bersama. Kisah cinta mereka menjadi kegemaran ramai, malah ada yang mahu menjadi seperti pasangan tersebut.

Namun, hari tidak selalunya indah. Kadang-kadang pasti hujan dan ribut akan melanda menguji kasih sayang, kesetiaan dan cinta.

Bermula daripada kenyataan Emma yang menggambarkan hubungan mereka bermasalah, pengakuan Kamal tentang kesilapannya serta gosip kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka, semuanya menjadi satu tanda tanya.

Sebelum ini kita tahu Emma menanti kepulangan Kamal daripada luar negara untuk berbincang tentang hala tuju hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, terbaru menurut Raja Mawar di Bipop, hubungan Emma dan Kamal sebenarnya sudah berakhir minggu lepas. Menurut sumber Raja Mawar, Emma sendiri yang membuat pengakuan tersebut.

Hmmmph, mungkinkah Emma sudah terasa hati dengan sikap Kamal? Sayangnya ramai yang mengharapkan hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin memandangkan Emma dan Kamal pernah melalui episod cinta yang agak sedih bersama bekas kekasih masing-masing.

Mungkin ini lah sebabnya orang tua-tua berkata, kalau bercinta jangan lama-lama. Kamal, kalau anda dan Emma sudah betul-betul saling mencintai, masuk meminang sahaja dan buktikan kasih sayang anda pada pasangan.

Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Emma Maembong sendiri, adakah benar hubungan beliau dan Kamal sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian