May 9th, 2019

Tentunya ramai yang masih ingat kes penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kata-kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya, berhubung isu fitnah jururawat.

Linda ketika itu memberitahu, apa yang berlaku memberikan kesan yang cukup mendalam buat beliau sebagai seorang selebriti sehingga imej dan reputasi keluarganya juga tercalar.

Terbaru, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Linda mengambil keputusan untuk tidak lagi menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap netizen yang sebelum ini memfitnah dirinya. Malah, beliau juga turut memohon maaf kepada netizen yang terasa hati dengannya.

Linda akui, walaupun tindakan undang-undang sudah diambil berikutan isu itu, hatinya tetap berasa tidak tenang.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan keikhlasan hati Linda membuat permohona maaf terbuka itu.

Hasil tinjaun kami mendapati, permohonon maaf itu dibuat oleh Linda berdasarkan persetujuan bersama pihak Delegation of Nurses (Delegasi Jururawat) untuk menyelesaikan kes saman mereka.

 Baguslah kalau kes ini sudah dapat diselesaikan. Harap apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sumber Berita : Delegation of Nurses

April 1st, 2019

Tentunya ada yang masih ingat tentang isu penyanyi Linda Rafar bersama jururawat sehingga badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda demi menegakkan keadilan bagi jururawat.

Terbaru, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) atas dakwaan menjejaskan reputasinya.

Linda terpaksa membuat tuntutan tersebut selepas pihak DON tidak memberikan sebarang respon berkenaan surat tuntutan yang telah dihantar.

Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf. Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang. Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.

Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Pihak peguam Linda memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung isu terbabit.  Merupakan selebriti pertama yang mengemukakan saman terhadap netizen, tindakan Linda itu mendapat pujian daripada rakan artis.

Sumber Berita : Harian Metro

January 31st, 2019

Selepas memfailkan saman terhadap lebih 100 individu gara-gara menulis komen yang keterlaluan berhubunga isu fitnah jururawat, penyanyi Linda Rafar menerima banyak mesej daripada netizen yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Insta Stories mereka.

Buat masa sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan untuk pengecualian notis. Seperti yang dimaklumkan semalam, permohonan maaf itu perlu dibuat secara jelas dan terperinci. Bukan hanya hantar menghantar mesej minta maaf saja. Saya akui ada yang tak mahu beri kerjasama ketika diminta berbuat sedemikian. Alasan yang diberikan mereka malu orang akan tahu jika mereka memuat naik permohonan maaf itu.

Ada yang menghantar mesej mereka menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru pula mereka nak fikir perkara itu salah.

Permohonan maaf itu perlu beradab dan jelas serta dibuat secara terbuka. Saya akan memuat naik permohonan maaf yang sudah diluluskan peguam di Instragram.

Bagaimanapun, mereka yang masih berdegil untuk minta maaf, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka tetap akan dihantar atau mereka bakal berdepan dengan tindakan saman.

Merupakan selebriti pertama yang mengemukakan saman terhadap netizen, tindakan Linda itu mendapat pujian daripada rakan artis.

Sumber Berita : Harian Metro

January 29th, 2019

Isu penyanyi Linda Rafar yang didakwa memfitnah jururawat sebelum ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah badan NGO mewakili jururawat yang ingin mengemukakan saman terhadap beliau.

Terbaru, Linda bersama peguam yang mewakilinya tengah hari tadi mengadakan satu sidang media khas.  Anggota kumpulan Elita itu memberitahu beliau akan memfailkan saman terhadap lebih 100 individu yang melemparkan kata-kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya berhubung isu fitnah jururawat yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Apa yang berlaku memberikan kesan yang cukup mendalam buat Linda sebagai seorang selebriti sehingga imej dan reputasi keluarga juga tercalar.

Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial.

Pada awalnya Linda tidak mahu mengemukakan saman berkenaan tetapi beliau tetap dikecam serta dicemuh meskipun ibunya sudah meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Belum pernah terjadi dalam industri hiburan tanah air ada artis yang ingin mengambil tindakan saman terhadap netizen. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : H Live