January 29th, 2019

Isu penyanyi Linda Rafar yang didakwa memfitnah jururawat sebelum ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah badan NGO mewakili jururawat yang ingin mengemukakan saman terhadap beliau.

Terbaru, Linda bersama peguam yang mewakilinya tengah hari tadi mengadakan satu sidang media khas.  Anggota kumpulan Elita itu memberitahu beliau akan memfailkan saman terhadap lebih 100 individu yang melemparkan kata-kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya berhubung isu fitnah jururawat yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Apa yang berlaku memberikan kesan yang cukup mendalam buat Linda sebagai seorang selebriti sehingga imej dan reputasi keluarga juga tercalar.

Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial.

Pada awalnya Linda tidak mahu mengemukakan saman berkenaan tetapi beliau tetap dikecam serta dicemuh meskipun ibunya sudah meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Belum pernah terjadi dalam industri hiburan tanah air ada artis yang ingin mengambil tindakan saman terhadap netizen. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : H Live


54 responses to “Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat : Linda Rafar Saman 100 Netizen”

  1. Embun pagi says:

    Jika Linda berjaya dlm kes ni, pasti satu pengajaran buat netizen , bagus jgk ajar sikit jari2 hantu yg main peranan utama dlm mengkomen.

  2. kak maghia says:

    dia pon up gambar nurse tu bkn mengaibkan org and buli org ke kat socmed…kemon la sama2 buat…bila terkena kat batang hidung dia baru tau meroyan

  3. Kinokuyania says:

    100 pengkomen tu mostly dari kalangan2 jururawat jgk.

  4. Anonymous says:

    GO FOR IT LINDA!!… TAK YAH NK MINTAK MAAF KAT NURSE TU..FOR SURE NETIZEN2 YG KECAM TU TGH MENGGELUPUR G IG LINDA CHECK SEMULA APER YG DIAORG TYPE..HAHAHA…BARU BERAKAL… AJAR SIKIT MULUT2 LONGKANG TU.. PROVOK LG ORG YG TGH SEDIH… TAK HORMAT LGSG..MESTI YG KOMEN TUPUN ADER KAT SINI..

Loading...