March 26th, 2012

Kalau dulu tragedi yang hampir sama telah terjadi kepada protege Ziana Zain, kini ianya terjadi kepada Wanie. Semalam di konsert pertama, Wanie telah digantikan oleh protege Ferhad yang baru iaitu Tisha. Menurut info daripada pihak TV3, Wanie dinasihat untuk menarik diri kerana memiliki “low blood pressure”. Namun Wanie menafikan dia dengan rela hati menarik diri sebaliknya disingkirkan.

wanie mentor 6

Wanie tidak menyalahkan mentornya Ferhad kerana baginya Ferhad sudah cukup banyak menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Semalam semasa konsert Mentor berlangsung pun Abang Nara dapat nampak riak wajah Ferhad agak kurang selesa.

wanie mentor 6

Malah hari ini Wanie telah memberikan kenyataan pada portal GUA yang dia sebenarnya tidak memiliki “low blood pressure”. Kata Wanie:-

Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.

Ada betulnya juga kata-kata Wanie itu. Mungkin sudah bukan rezeki Wanie untuk berjuang di dalam Mentor. Kalau benar-benar berminat untuk menjadi seorang penyanyi, banyak lagi caranya. Mungkin Wanie boleh cuba masuk pertandingan yang lain pulak. Tak gitu?

P.S: 10 gambar street adversiting yang kreatif.

Advertisement
March 15th, 2012

Walaupun agak stress akibat drama yang over apabila melayan Mentor 6, namun tidak dinafikan ramai juga yang tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menjadi protege 6 orang mentor yang hebat-hebat belaka. Akhirnya semalam senarai protege telah pun dikeluarkan. Sekali tengok, kesemuanya ada pakej yang tersendiri.

peserta mentor 6

Memang masing-masing ada aura mereka yang tersendiri. Abang Nara paling tak sabar nak tengok Ella mengajar protegenya. Mesti gaya-gaya manja. Adam AF pula pastinya akan mengajar gerak tari yang menarik kepada protege lelakinya. Kepada protege Ogy, diharap anda tabah hati sekiranya Kak Ogy garang dengan anda.

6 gambar dan biodata protege Mentor 6 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Adakah anda akan layan Mentor 6 kali ini selepas melihat protege-protegenya?

peserta mentor 6

Protege Ferhad

Nama : Salwani Sawi
Nama Samaran : Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun

peserta mentor 6

Protege Adam

Nama : Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Samaran : KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew
dan Borneo Soul Breakers

peserta mentor 6

Protege Ella

Nama : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Samaran : Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun

peserta mentor 6

Protege Ramlah Ram

Nama : Ana Syuhada Noor Asram
Nama Samaran : Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)

peserta mentor 6

Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud

Nama : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran : Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun

peserta mentor 6

Protege Faizal Tahir

Nama : Anas Bin Ridzuan
Nama Samaran : Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka

Advertisement
December 28th, 2011

Fuh. Memang nama-nama besar semuanya. Abang Nara teruja melihat nama seperti Faizal Tahir dan Ella yang bakal menggalas tugas menjadi mentor untuk program Mentor 6 tidak lama lagi. Namun keterujaan itu agak berkurangan apabila melihat nama Adam AF. Apakah Adam layak menjadi mentor?

program mentor 6

Ogy, Ramlah Ram dan Ferhad sememangnya layak kerana mereka memang sudah lama dan banyak pengalaman. Ikhlas dari hati Abang Nara, tak nampak di mana sesuainya Adam AF menggalas tugas seorang mentor. Menurut pihak penerbit program Mentor 6, mereka mahukan seorang mentor yang kuat dari segi pop dance(ala-ala Kpop la nie) untuk memeriahkan lagi Mentor 6 kali ini.

Kami ada satu kriteria di mana hasil dari perbincangan, kami nak cari satu kelainan dalam program ini. Kami nak variasi dan cari artis yang mempunyai genre yang berbeza di mana kami rasa Adam sesuai untuk mereka yang minat dengan muzik Pop Dance. Bagi saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri dan tak semestinya yang baru itu tidak bagus.

Apa pun sama-sama kita nantikan program Mentor 6 yang akan ke udara di TV3 tahun hadapan. Kredit gambar dan berita pada portal GUA.

Advertisement