Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ella, Faizal Tahir, Ogy, Ramlah Ram, Ferhad Dan Adam AF Bakal Jadi Mentor Untuk Program Mentor 6

Fuh. Memang nama-nama besar semuanya. Abang Nara teruja melihat nama seperti Faizal Tahir dan Ella yang bakal menggalas tugas menjadi mentor untuk program Mentor 6 tidak lama lagi. Namun keterujaan itu agak berkurangan apabila melihat nama Adam AF. Apakah Adam layak menjadi mentor?

program mentor 6

Advertisement

Ogy, Ramlah Ram dan Ferhad sememangnya layak kerana mereka memang sudah lama dan banyak pengalaman. Ikhlas dari hati Abang Nara, tak nampak di mana sesuainya Adam AF menggalas tugas seorang mentor. Menurut pihak penerbit program Mentor 6, mereka mahukan seorang mentor yang kuat dari segi pop dance(ala-ala Kpop la nie) untuk memeriahkan lagi Mentor 6 kali ini.

Kami ada satu kriteria di mana hasil dari perbincangan, kami nak cari satu kelainan dalam program ini. Kami nak variasi dan cari artis yang mempunyai genre yang berbeza di mana kami rasa Adam sesuai untuk mereka yang minat dengan muzik Pop Dance. Bagi saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri dan tak semestinya yang baru itu tidak bagus.

Apa pun sama-sama kita nantikan program Mentor 6 yang akan ke udara di TV3 tahun hadapan. Kredit gambar dan berita pada portal GUA.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

134 Comments

  1. Gambar Izara Aishah tengah berkemban

    June 8, 2012 at 1:32 am

    saya pilih ella

Loading...
To Top