March 26th, 2012

Kalau dulu tragedi yang hampir sama telah terjadi kepada protege Ziana Zain, kini ianya terjadi kepada Wanie. Semalam di konsert pertama, Wanie telah digantikan oleh protege Ferhad yang baru iaitu Tisha. Menurut info daripada pihak TV3, Wanie dinasihat untuk menarik diri kerana memiliki “low blood pressure”. Namun Wanie menafikan dia dengan rela hati menarik diri sebaliknya disingkirkan.

wanie mentor 6

Wanie tidak menyalahkan mentornya Ferhad kerana baginya Ferhad sudah cukup banyak menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Semalam semasa konsert Mentor berlangsung pun Abang Nara dapat nampak riak wajah Ferhad agak kurang selesa.

wanie mentor 6

Malah hari ini Wanie telah memberikan kenyataan pada portal GUA yang dia sebenarnya tidak memiliki “low blood pressure”. Kata Wanie:-

Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.

Ada betulnya juga kata-kata Wanie itu. Mungkin sudah bukan rezeki Wanie untuk berjuang di dalam Mentor. Kalau benar-benar berminat untuk menjadi seorang penyanyi, banyak lagi caranya. Mungkin Wanie boleh cuba masuk pertandingan yang lain pulak. Tak gitu?

P.S: 10 gambar street adversiting yang kreatif.


103 responses to “Saya Disingkirkan, Bukan Tarik Diri – Wanie Mentor 6”

  1. cipbites says:

    mula2 sekali i’m sorry to say wanie,memang suara you TAK BOLEH cari makan…
    mentor ni pon sebenarnya program tv3 cari makan..kalu you wakil labuan..agak2 berapa ramai org labuan nak undi awak..klu bagi tisha tu masuk agak2nya tv3 rasa sikap kenegerian org kelantan ni tinggi lah kot..

  2. mawar says:

    erm..
    tanpa kontroversi, siapalah Mentor..
    yg penting, masa konsert pengenalan, semua protege mcm terlebih makan ubat suda..terutamanye protege Ogy..oppss~
    terus perasaan nak tengok Mentor jatuh merudum!

Loading...