March 27th, 2018

Terus-terusan dikecam sehingga ada yang ingin memboikot episod yang menampilkan dirinya sebagai artis jemputan dalam rancangan masakan, pelakon Izreen Azminda bagaimanapun tidak terkesan dengan komen-komen negatif netizen.

Izreen menjalani kehidupannya seperti biasa dan sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sering mengambil berat tentang dirinya.

Alhamdulillah, saya jalani hidup seperti biasa dan baik-baik sahaja. Jangan bimbang.

Izreen dihimpit kontroversi sejak beliau mendedahkan sudah berkahwin secara rahsia dengan pemuzik bebas Ude Wahid pada Ogos 2017 dan hidup bermadu. Izreen dikecam teruk oleh netizen sehingga dilabel sebagai perampas dan punca rumah tangga Ude dan Intan Liana Saleh hancur sehingga pasangan itu sah bercerai talak satu minggu lalu.

Sumber Berita : Utusan Online

Advertisement
January 23rd, 2018

Tidak lama lagi Anugerah MeleTOP Era bakal kembali dan mereka sudah pun mengeluarkan senarai artis yang tercalon dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Namun, apa yang menjadi bualan hangat netizen ialah pasangan Izreen Azminda dan Ude yang boleh tercalon dalam kategori Couple MeleTOP AME 2018.

Rata-rata kurang bersetuju dengan pencalonan itu memandangkan perkahwinan Izreen penuh dengan kontroversi sehingga beliau dilabel sebagai perampas suami orang sebelum ini kerana merahsiakan pernikahan tersebut daripada isteri pertama Ude.

Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana. Dikecam sebagai perampas, Izreen tampil memberitahu beliau tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan tetapi hanya “extend” sahaja masjid itu.

Advertisement