Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Hero Ketiga, Izreen Azminda Dan Ude Timang Anak Lelaki

Izreen Azminda

Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda yang dilaporkan telah selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan bertempat di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi Selasa lalu.

Advertisement

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam,36, menimang cahaya mata lelaki seberat 2.87 kilogram menerusi kaedah pembedahan.

Bersyukur dengan kelahiran itu, Izreen turut berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Izreen juga berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Syukur alhamdulillah..lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby.

Dia yang dihubungi media memaklumkan bahawa keadaan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik serta akan mengumumkan nama anak ketiganya itu pada hari tujuh kelahiran.

Bersalin secara pembedahan buat kali ketiga agak sakit buat saya, namun apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil. Namanya saya akan beritahu selepas seminggu kelahiran, manakala wajahnya bergantung kepada keadaan mungkin selepas habis pantang.

Advertisement

Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Kedua-duanya turut mempunyai anak hasil daripada perkahwinan yang sebelumnya.

Tahniah diucapkan buat Izreen dan suami!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Sabri Ali @ Nick

    September 22, 2021 at 8:07 pm

    TOTALLY GARBAGE

  2. pening lah

    September 22, 2021 at 9:53 am

    hiss, dah ada anak 3 dgn Ude, anak sebelah sana diabaikan, pasal banyak terjadi,

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top