Written by Bella | March 20th, 2018

Kontroversi rumah tangga madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh dan Ude Wahid membuka pintu rezeki yang luas buat wanita itu dan anak-anaknya sehingga dilantik sebagai duta serta model terbaru tudung keluaran jutawan terkenal Aliff Syukri.

Menurut Aliff, aura Intan memberikan impak serta sambutan luar biasa dan jualan tudungnya begitu laris.

Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus. Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik.

Tujuan beliau mengambil Intan sebagai model adalah untuk menambah pendapat Intan sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Aliff memberitahu Intan mempunyai bakat tetapi masih terlalu mentah dan naif. Beliau berharap Intan akan lebih yakin dan menyerlah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | March 8th, 2018

Isu antara Intan Liana, Ude Wahid dan Izreen Azminda betul-betul memberikan kesan dan menjadi perhatian masyarakat.  Ramai yang bersimpati dengan nasib Intan serta dua orang anaknya dan menganggap beliau sebagai seorang wanita dianiaya hanya kerana orang lain ingin mencipta kebahagiaan mereka sendiri.

Antara orang yang mahu membantu Intan untuk berdikari dan bangkit dengan semangat baru adalah Datuk Seri Aliff Syukri.

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagram memuat naik foto bersama Intan dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada wanita itu.  Ramai yang menyokong usaha murni Aliff.

Terbaru, Intan muncul bersama Datin Seri Shahida sebagai model muslimah bagi tudung keluaran jenama Aliff sendiri. Intan kelihatan begitu cantik dan manis sekali.

Netizen yang melihat Intan muncul dalam iklan tersebut memuji dan menghargai usaha Aliff menawarkan pekerjaan kepada Intan dan berdoa agar rezeki jutawan kosmetik itu semakin murah dan diberkati Allah SWT.

Sebelum ini ramai yang mengecam Aliff , tetapi setiap orang itu mempunyai kebaikan dan sisi positif mereka sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau dan juga Intan.

Written by Bella | March 7th, 2018

Apa perasaan anda jika kita disalahkan atas perkara yang kita tidak lakukan dan menerima pelbagai hinaan daripada masyarakat? Geram, marah semua ada bukan? Itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang sudah rimas dan bengang apabila turut menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara kontroversi rumah tangga Izreen Azminda.

Rita menegaskan beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah pasangan itu dan berharap masyarakat berhenti mengecam dan menunding jari kepada dirinya.

Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri.

Saya sendiri pernah berdepan dengan kecaman daripada netizen, jadi hadapilah (kesan daripada) tindak-tanduk kita sendiri. Janganlah buat orang yang tiada kena mengena terpalit sama pula. Pada mulanya saya boleh berdiam diri apabila dikecam, namun lama-kelamaan ia semakin menjadi-jadi pula. Saya berharap, mereka di luar sana janganlah menghakimi tanpa usul periksa.

Kesabaran Rita tidak dapat dibendung lagi dan merasa terkilan kerana memberikan kesan buruk terhadap anak-anaknya juga. Rita tidak akan berdiam diri sekiranya sesuatu isu itu sudah melibatkan keluarganya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 7th, 2018

Walaupun dirinya terluka dengan apa yang berlaku dan bakal diceraikan tanpa sebarang sebab kukuh, Intan Liana mengakui beliau tetap bersimpati dengan Ude Wahid yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan kontroversi rumah tangga mereka.

Intan berkata sedemikian selepas mengetahui ada pihak yang mewujudkan “fanpage” Facebook khas untuk memberikan sokongan kepada dirinya. Bagaimanapun, laman tersebut menjadi tempat untuk netizen mengecam Ude dan pelakon Izreen Azminda.

Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri.

Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media.

Begitu tabah dan ikhlasnya hati seorang isteri yang masih menyayangi suaminya meskipun di uji dengan dugaan yang berat sehingga rumah tangganya bakal musnah. Semoga Intan dan anak-anak bertemu bahagia mereka sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro