Written by Bella | November 30th, 2017

Susulan kontroversi pelakon Izreen Azminda sudah berkahwin dengan suami orang, seorang wanita yang mengakui sebagai isteri pemuzik bebas yang bertugas di GV 2017 mendedahkan suaminya sudah sah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon yang dipercayai adalah Izreen.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan mengakui terkejut dengan berita perkahwinan suaminya kerana hubungan mereka suami isteri tidak mempunyai sebarang masalah.

Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri. Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan.

Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.  Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami.

Intan dan pemuzik yang lebih dikenali sebagai Uda itu mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 3 tahun dan 11 bulan.

Terdahulu, Izreen mengakui sedanga menjalin hubungan dengan pemuzik berkenaan tetapi menafikan dakwaan kekasihnya itu adalah suami orang.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 29th, 2017

Segala spekulasi mengenai pelakon Izreen Azminda yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemuzik  yang bertugas di rancangan Gegar Vaganza 2017 bakal terjawab apabila portal mStar Online melaporkan beliau bakal berkahwin dengan Mr. R ataupun Uda dalam waktu terdekat.

Difahamkan,  Izreen bakal mengadakan satu sidang media khas berhubung berita perkahwinannya itu tetapi hanya beberapa sahaja rakan media yang akan dipanggil untuk membuat liputan. Pelakon wanita itu juga akan mengadakan majlis doa selamat pada 1 Disember depan di sebuah kondominum terletak di Damansara Perdana pada jam 8 malam.

Terdahulu, Izreen enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip beliau telah melangsungkan perkahwinan sebagai isteri kedua seorang pemuzik. Menurut Izreen, Mr. R ialah seorang bujang dan bukanlah suami orang seperti yang didakwa.

Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jurukamera pada tahun 2012 sebelum berpisah sekitar tahun 2014. Hasil perkahwinan, Izreen dan bekas suami dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 21st, 2017

Lama juga Izreen Azminda tidak hangat dengan sebarang gosip percintaan, terbaru hati Izreen nampaknya sedang berbunga-bunga dan sering memuat naik foto dengan kapsyen romantis. Adakah hati Izreen sudah dimiliki?

Beberapa foto beliau bersama seorang jejaka juga turut dimuat naik ke akaun Instagramnya dan ia menguatkan lagi dakwaan beliau kini mempunyai teman istimewa meskipun wajah lelaki tersebut tidak kelihatan.

Menurut Miss K di portal Astro Gempak, khabarnya Izreen sedang menjalinkan hubungan dengan ahli muzik yang berstatus suami orang. Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran berita tersebut tidaklah diketahui.

Harapnya nanti Izreen sudi berkongsi status terkini beliau kepada semua agar tidak timbul spekulasi liar.

Sumber Berita : Astro Gempak