Written by AbangNara | July 14th, 2014

Terkejut Abang Nara membaca ruangan Miss J di Pancaindera semalam. Mana tidaknya, pelakon kacak Adi Putra dikatakan sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya, Aida. Kesibukan Adi Putra menguruskan pakej umrah milik syarikatnya menyebabkan Adi tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga. Iyerlah, asyik terbang ke sana ke mari kan.
adi putra dan aidaDikatakan alasan sibuk menyebabkan hubungan Adi Putra dan Aida semakin renggang. Lebih-lebih lagi apabila kes skandal dengan isteri orang bakal dibuka semula menyebabkan mereka berdua didakwa ‘kurang bercakap’ antara satu sama lain. Macam susah nak percaya kan? Adakah ia benar-benar sedang berlaku?
adi putra dan aida

Hmmmm. Abang Nara mengambil keputusan untuk tidak mempercayai desas-desus ini dan menganggap ia tidak berasas sama sekali. Daripada pemerhatian Abang Nara, Aida baru sahaja berkongsi gambarnya dengan suami tercinta di lapangan kapal terbang. Aida ke situ untuk menghantar Adi terbang menguruskan umrah di Tanah Suci. Malah ada juga gambar mereka berdua melayan peminat di majlis berbuka puasa. Nampak bahagia, mesra dan gembira.
adi putra dan aida

Sebenarnya apabila melibatkan diri dalam perniagaan, inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Masa untuk bersama keluarga memang akan jadi terhad. Namun itu semua untuk masa depan yang lebih gemilang. Awal-awal ini memang confirm Adi Putra sibuk gila. Lama-kelamaan bila dah biasa, Insya Allah akan ada lebih masa bersama keluarga. Buat Adi, semoga perniagaan anda bertambah maju. Kalau ada masa terluang, jangan lupa habiskan bersama isteri dan anak. Mereka itu pembawa rezeki buat kita. Tak gitu?

P.S: 10 bandar paling teruk traffic jem

Written by AbangNara | December 16th, 2013

Melihat kesungguhan suami Nooraida (wanita yang didakwa mempunyai skandal denan Adi Putra) Amiruddin Othman, nampak gayanya kes ini akan terus hangat sehinggalah siasatan mengenainya dibuka semula. Amiruddin semalam menerusi Kosmo Ahad mempertikaikan kesucian Adi Putra sehinggakan kesemua kesalahan diletakkan pada isterinya.

nooraida

Kata Amiruddin:-

Saya bukan gila untuk mereka cerita ini, saya ini bukan daripada industri hiburan dan hanya orang biasa. Terlalu sucikah Adi Putra sehinggakan semua kesalahan diletakkan pada isteri saya, Nooraida? Jika lelaki tidak memujuk atau memikat, perempuan tidak akan cair. Saya percaya perara ini benar. Saya sebagai suami berani membuat laporan polis supaya keadilan dapat dibela.

nooraida

Nooriada pula mengakui dia melayan mesej Adi Putra kerana keromantikan pelakon itu. Kata Nooraida:-

Pada mulanya saya cuma hantar ucapan ketika Adi pergi umrah. Itu sahaja. Saya memang minat dia. Saya terus layan mesej sebab dia romantik jadi saya memang teruja.

adi

Sementara itu isteri Adi Putra, Aida Yusof pula menyatakan yang mereka tidak gentar dan tidak kisah sekiranya kes ini dibuka semula. Kata Aida:-

Kami tidak kisah jika kes tersebut mahu dibuka semula kerana tuduhan berat sebelah itu dilemparkan oleh suami Nooraida iaitu Amiruddin Othman sedangkan kes tersebut sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Kami sedia beri kerjasama sekali lagi kepada pihak polis.

Sama-samalah kita nantikan keputusan terkini mengenai kes ini. Kedua-dua pihak nampak yakin bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Kalau kes ini dapat diselesaikan secara baik, itu sudah tentu lebih bagus. Mungkin kesemua pihak yang terlibat boleh duduk semeja untuk berbincang. Mana tahu boleh jumpa jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada mereka semua.

Written by AbangNara | November 20th, 2013

Sehingga ke hari ini, kita masih tertunggu-tunggu keputusan laporan polis mengenai dakwaan skandal Adi Putra dengan isteri orang yang telah terjadi beberapa bulan lalu. Abang Nara tak boleh bayangkan betapa tertekannya mereka yang terlibat di dalam kes ini, lebih-lebih lagi Adi Putra yang merupakan seorang selebriti pujaan ramai.
adi putraPada pendapat Abang Nara, lagi cepat keputusan keluar, lagi cepatlah namanya dapat dibersihkan daripada kontroversi yang telah mencalit reputasi baiknya ini. Namun apa yang Abang Nara respek ialah tindakan Adi Putra yang menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak pernah lari walaupun dirundung kontroversi sebegini besar. Kata Adi kepada portal GUA:-

Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya.

Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua. Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya.

adi putraDitanya mengenai dakwaan dirinya menggunakan orang berpengaruh untuk menggugurkan kes ini, Adi menjelaskan:-

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya. Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya,. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan

Semoga pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan mengumumkan keputusannya secepat mungkin. Lebih lama kes ini diheret, lebih banyak tohmahan, dakwaan dan teori yang akan dikeluarkan oleh orang ramai. Kepada Adi dan keluarga, teruskan hidup seperti biasa. Kata orang, takut kerana salah, berani kerana benar. Semoga kebenaran akan terbukti jua kelak.

P.S: Kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya

Written by AbangNara | October 22nd, 2013

Susulan dakwaan  menggunakan individu berpengaruh untuk menggugurkan kes polisnya, isteri Adi Putra iaitu Aida tampil ke hadapan untuk menjelaskan dakwaan tersebut. Menurut Aida, kes tersebut masih di dalam siasatan dan mereka berdua tidak pernah berjumpa sesiapa untuk menggugurkan kes tersebut.

isteri aida putra

Kata Aida kepada Sinar Harian:-

Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan

adi putra

Malah menurut Aida lagi, sidang media akan diadakan sebaik sahaja keputusan kes ini diperolehi daripada pihak polis. Sementara menunggu, sama-samalah kita menanti dengan penuh kesabaran. Abang Nara pasti ramai yang mahu tahu kebenaran di sebalik kontroversi yang melanda Adi Putra. Sama-sama kita nantikan.