October 21st, 2013

Terkejut beruk Abang Nara membaca ruangan Zubir (ruangan favourite Abang Nara) di BiPop semalam. Seperti yang anda ketahui, kes Adi Putra dengan seorang isteri orang kini masih lagi di dalam siasatan polis. Menariknya apabila Zubir mendakwa bahawa kononnya Adi telah bertemu dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

adi putra

Menurut Zubir, laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit dan isteri orang itu sudah pun diperoleh. Abang Nara secara jujur tak sabar juga untuk mengetahui hasil siasatan pihak polis. Iyerlah, nak tahu siapa benar siapa salah. Itu yang Abang Nara agak pelik apabila membaca dakwaan Zubir tentang Adi yang mahu kes ini digugurkan demi menyelamatkan kariernya.

adi putra

Namun entah benar entah tidak dakwaan Zubir ini. Kita nantikan sahaja. Lagipun kalau berada di pihak yang benar, buat apa nak minta gugurkan kes. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Abang Nara yakin Adi Putra berada di pihak yang benar. Diharap pihak polis cepat-cepat mengeluarkan keputusan siasatan untuk semua pihak tahu kebenaran kes ini. Sama-samalah kita nantikan.
running manP.S: Anda penggemar Runningman? Ikuti aksi mendebarkan, kelakar pecah perut, dan drama air mata. Kini, siri Runningman diterbitkan dalam bentuk komik yang pasti mencuit hati. Stiker percuma untuk setiap pembelian komik ini. Dapatkan segera di www.bookcafe.com.my atau kedai-kedai buku berhampiran anda sekarang!

Advertisement
February 18th, 2012

Kalau Abang Nara tanya anda, di antara Ady Putra ataupun Aaron Aziz yang mana satu menjadi pilihan hati, sudah tentu ramai yang berfikir panjang untuk memberikan jawapan. Kedua-duanya memang kacak dan macho, namun bagi Abang Nara, Ady Putra nampak lebih jantan sedikit berbanding Aaron. Mungkin kerana warna kulitnya yang agak gelap.

ady putra

Namun kalau anda ada bercita-cita untuk melakukan hubungan skandal dengan Ady Putra, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Seperti Aaron, Ady Putra juga sedang bahagia di samping keluarga tercinta. Jangan cuba bermimpi untuk mengorat Ady Putra. Eh, baru Abang Nara perasan yang kedua-dua pelakon pujaan ramai ini berasal dari Singapura. Mungkinkah orang Singapura memang lebih berbakat berlakon berbanding orang Malaysia?

ady putra

Dan sebelum ini Mingguan Wanita turut menampilkan Ally Iskandar dan Farah Lee sebagai penghias muka depannya. So tunggu apa lagi, dapatkan majalah ini sekarang juga di pasaran untuk mengupdate diri anda tentang kisah Ady Putra, Ally Iskandar dan Farah Lee.

Advertisement