April 16th, 2020

Siapa sahaja yang tak tahu tentang pasangan Risteena Munim dan Isa Khan yang langsung tak segan menayangkan sisi romantik mereka kepada semua orang. Sudah pun mengikat tali pertunangan sejak Oktober lepas, mereka masih lagi dilamun badai cinta.

Pun begitu, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga 28 April nanti, mereka sudah pastinya tidak dapat bertemu muka bagi menyahut seruan kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 ini.

risteena rindu nak suap isa khan makan

Betul orang kata bahawa usaha adalah tangga kejayaan kerana arahan penjarakan sosial ini tidak menghalang Risteena daripada menghantar makanan kepada tunangannya menerusi perkhidmatan Grab sebelum ini. Punyalah sayang!

Terbaru, mungkin rindu yang dipendam sudah terlampau sarat, pelakon wanita itu akhirnya meluahkan di laman Instagramnya bahawa dia merindukan saat romantik bersama Isa Khan di mana mereka sering menyuap antara satu sama lain ketika menjamu selera.

 

View this post on Instagram

 

Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagi la tambah selera makan ? Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun. . Lagi-lagi orang yang ada masalah: •perut buncit •double chin •pipi bulat . @lovit_hq . Just sharing. Goodnight guys!?? p/s: nak cantik, kena tidur awal?

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Risteena juga menyatakan selera makannya mesti bertambah apabila tunang kesayangan menyuapnya makan. Namun dek halangan PKP, mereka tidak mampu bermanja buat sementara waktu ini.

Alahai manjanya! Nanti lepas dah tamat PKP, mesti selera nak makan naik balik.

January 21st, 2020

Kehangatan cinta pasangan Risteena Munim dan Isa Khan sedang hangat membara dan jelas sekali mereka kelihatan bahagia bersama. Hati mereka sedang berbunga-bunga dan begitu terbuka berkongsi setiap momen indah bersama di media sosial. Bak kata Risteena, dia adalah wanita paling bertuah kerana mempunyai tunang yang baik dan mencintainya sepenuh hati.

Tidak kisah dikecam terlalu menayang kebahagiaan bersama, Risteena baru-baru ini memuat lagi video romantis mereka berdua sedang menari.

Video tersebut turut memaparkan aksi mesra Isa sedang mendukung Risteena sambil kedua-duanya saling bertentangan mata. Menerusi perkongsiannya itu, Risteena sempat menitipkan pesanan selamat tinggal buat ‘haters’ di luar sana. Tidak lagi peduli dengan kecaman tentang kemesraan mereka.

Aksi dukung mesra, hangat dilamun cinta

 

 

kongsi-video-aksi-berdukung-risteena-tidak-kisah-dikecam

Cepat-cepatlah kahwin

risteena isa khan risteena isa khan

risteena isa khan

Rata-rata netizen yang melihat aksi mesra pasangan ini meminta agar mereka cepat-cepat kahwin. Bila hubungan itu sudah halal barulah bertambah manis dan tidak akan menimbulkan fitnah. Buat masa ini, cubalah untuk menjaga batas pergaulan.

Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.

January 13th, 2020

Kisah cinta pelakon Risteena Munim dan Isa Khan bukan lagi rahsia. Hati mereka sedang berbunga-bunga dan begitu terbuka berkongsi setiap momen indah bersama di media sosial.

risteena isa khan

Kehangatan cinta pasangan ini sedang hangat membara dan menerusi satu video pendek di Instagram, Risteena mendedahkan sikap tunangnya yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk membahagiakannya.

Risteena memuat naik perbualan romantis bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.

“Alasannya untuk bahagiakan saya”

 

risteena isa khan

Difahamkan, pasangan ini sedang bekerja keras membangunkan perniagaan yang dijalankan bersama.

Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.

December 26th, 2019

Sah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu, pasangan romantis Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Boleh kata, hampir setiap hari, mereka akan memuat naik video atau foto momen mesra serta bahagia bersama di media sosial.

risteena munim isa khan

Tidak dinafikan, ada netizen yang kurang senang melihat aksi mereka yang terlalu sakan menayang kebahagiaan. Bukan apa, kata mereka lebih baik manja atau cinta menjadi rahsia mereka berdua sahaja, lebih istimewa.

Menurut Risteena, Isa sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya. Hidup ini singkat, jadi nikmatilah setiap saat indah yang dikecapi.

Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.

Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Bila nak naik pelamin? Kata orang perkara baik harus dipercepatkan, barulah bertambah ‘sweet’ bila hubungan yang terjalin sudah halal.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Budak Tadika