December 26th, 2019

Sah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu, pasangan romantis Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Boleh kata, hampir setiap hari, mereka akan memuat naik video atau foto momen mesra serta bahagia bersama di media sosial.

risteena munim isa khan

Tidak dinafikan, ada netizen yang kurang senang melihat aksi mereka yang terlalu sakan menayang kebahagiaan. Bukan apa, kata mereka lebih baik manja atau cinta menjadi rahsia mereka berdua sahaja, lebih istimewa.

Menurut Risteena, Isa sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya. Hidup ini singkat, jadi nikmatilah setiap saat indah yang dikecapi.

Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.

Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Bila nak naik pelamin? Kata orang perkara baik harus dipercepatkan, barulah bertambah ‘sweet’ bila hubungan yang terjalin sudah halal.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Budak Tadika


17 responses to “Hidup Ini Singkat, Tak Tahu Bila Nak Mati – Risteena Tidak Malu Tayang Kebahagiaan”

  1. syaitoonnnn says:

    dah tau hidop ni singkat..buat amal ibadat..bkn buat benda bodoh keji lepas tu bangga tayang kat org…statement ni pon dah nampak otak ko tahap mana..bodohnya la haihh..ko kawen dulu baru tau erti sbnr kebahagiaan..

  2. Anonymous says:

    *blm kawen kot

Loading...