Written by Bella | September 18th, 2015

Sering mengikuti perkembangan semasa dalam berfesyen, penyanyi Ziana Zain sering tampil dengan gaya yang cukup anggun dalam setiap majlis yang beliau hadir. Kata orang, memang setiap pakaian yang beliau pakai bersesuaian dengan dirinya.

Walaubagaimanapun, Ziana berpendapat ada artis baharu yang tidak peka dengan fesyen terkini tetapi sudah perasan cantik tapi sebenarnya tidak. Lebih-lebih lagi jika mereka terlalu terbuka tentang kehidupan seharian mereka di media sosial. Bagi Ziana, seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka.

Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feeling cantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal.

Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon.

Tambah Ziana, beliau memperuntukkan hampir RM300 setiap bulan untuk  membeli majalah dan mengambil beberapa contoh fesyen terkini  sebagai rujukan beliau.

Kalau dengar ayat Ziana Zain terhadap fesyen artis baharu ini memang boleh sentap dibuatnya, tetapi beliau pun hanya ingin menasihati mereka bukan sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni.  Tidak dinafikan, ada artis yang rasa gaya mereka sudah cantik tapi kadang-kala ia kurang bersesuain dengan mereka.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by AbangNara | September 8th, 2015

Lebih 20 tahun dalam industri seni tanah air, Ziana Zain mempunyai satu pegangan yang bagi Abang Nara cukup berguna di zaman serba canggih ini. Dengan kewujudan laman sosial, pelbagai gosip liar, kritikan, cacian dan kutukan boleh disampaikan kepada selebriti-selebriti tanah air tanpa sebarang sekatan. Namun Ziana Zain buat tidak tahu sahaja tentang kata-kata negatif yang ditujukan kepadanya. Satu tindakan yang amat bijak.

ziana zain

Iyerlah ada segelintir pengguna laman sosial ini gilakan populariti dan ingin cepat glamer. Ada yang bergembira apabila kata-kata nista mereka dibalas oleh selebriti. Bagi mereka, yang penting dapat perhatian. Boleh bangga dengan kawan-kawan yang si selebriti jawab komennya. Macam-macam taktik di laman sosial ini. Memang boleh pening kepala kalau melayan. Lagi sedih bila individu yang sering berbuat begini adalah remaja dan mengenakan tudung. Ish,ish,ish. Kata Ziana Zain:-

Kenapa hendak sakitkan hati membaca perkara-perkara yang kita tahu tidak benar? Saya ada banyak lagi benda penting untuk difikirkan, setakat orang menulis tanpa usul periksa, biarkanlah mereka dengan dunia mereka.

Saya bukan tidak boleh menerima kritikan atau merasakan diri ini baik tetapi tidak salah jika teguran itu diucapkan dengan cara yang sedikit berhemah.

Kadang-kadang apabila saya melihat profil mereka yang mengata dan menulis perkara kurang manis, orangnya masih lagi remaja dan berhijab. Bagaimanapun, kata-katanya langsung tidak melambangkan keperibadian orang bertudung.

Ini adalah antara masalah generasi Y kerana terlalu banyak persoalan yang mereka hamburkan. Malah, kalau disuruh biarkan sahaja isu itu berlalu, dibalas mereka ada hak bersuara. Barangkali itu cara mereka, saya tidak boleh menyuruh orang mengikut pendekatan serupa dengan saya

ziana zain

Secara jujur memang langkah terbaik adalah buat tak tahu dengan mereka yang suka bagi komen negatif ini. Namun kadangkala terbakar juga jiwa apabila orang yang sama memberikan komen tak masuk akal setiap masa. Tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Lama-lama dimaki, siapa yang boleh tahan kan? Apa pun, ia bergantung kepada setiap individu. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengendalikan ‘haters’ sebegini. Fikirlah mana yang terbaik untuk diri anda. Sumber Kosmo.

Written by Bella | September 2nd, 2015

Jika sesetengah artis merasa seronok untuk berkongsi aktiviti mereka bersama keluarga di setiap platform media sosial, lain pula bagi penyanyi Ziana Zain yang memilih untuk tidak  terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya bersama keluarga kerana ingin menghormati privasi mereka selain faktor keselamatan.

Pada pendapat Ziana, beliau tidak menafikan bahawa media sosial kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.  Namun, bukan semua perkara perlu kita kongsi kepada umum kerana ia sedikit sebanyak mempunyai sisi negatif yang memudaratkan.

Anak-anak saya, terutamanya anak lelaki enggan wajah mereka dikongsikan di akaun Instagram saya. Namun, ada pengecualian dan saya minta izin untuk memuat naik foto keluarga ketika sambutan Syawal. Berbeza pula dengan anak perempuan yang sering minta saya memuat naik gambarnya. Lain anak lain perangainya.

Tidak dinafikan media sosial adalah penting tetapi tidak semua perlu dikongsikan di laman sosial. Terlalu banyak perkongsian juga boleh memudaratkan.

Berbicara mengenai isu dimana setiap selebriti wanita yang berhijrah dan sudah bertudung pasti akan mendapat kritikan negatif daripada orang ramai, Ziana menyifatkan ia sebagai asam garam bergelar artis dimana ada yang akan memuji dan ada pula yang akan menghina .

Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji. Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna. Kadang kala kata-kata yang dilemparkan itu begitu kasar.

Media sosial dah jadi sebahagian daripada hidup kita, tetapi kalau terlalu mendedahkan aktivit seharian lebih-lebih lagi siap tag lokasi anda, memang ia akan mengundang mata-mata jahat yang hanya ingin mengambil kesempatan. So, sebelum tekan butang upload tu beringatlah.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by AbangNara | May 25th, 2015

Gorgeous!!! Amazing!!! Beautiful. Itu yang Abang Nara nampak apabila melihat fesyen Ziana Zain di Festival Fesyen Islamik (IFF) yang telah berlangsung di Cannes, Perancis. Baju hebat ini telah direka oleh Rizman Ruzaini yang sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi kebolehannya. Untuk makluman, IFF telah diilhamkan oleh Datuk Shah Rezza sudah dimulakan sejak 2006 atas paksi memartabatkan tradisi, budaya dan warisan dunia Muslim menerusi interpretasi fesyen.

ziana zain

Tidak dinafikan baju yang dipakai oleh Ziana Zain nampak ketat dan sendat. Oleh kerana itu, para peminat diva ini telah bertelagah di laman Instagram Ziana Zain. Ada yang menegur dengan sopan, ada yang mengkritik dengan kekasaran, ada yang membackup penyanyi ini dan macam-macam lagi. Masing-masing meluahkan pendapat mereka yang sendiri.

ziana zain

Semua orang pendapat yang tersendiri. Secara jujur memang agak ketat dan sendat fesyen yang dipakai oleh Ziana Zain. Mungkin di masa hadapan pereka fesyen akan lebih peka lebih-lebih ketika membuat pakaian untuk festival antarabangsa sebegini. Taknaklah orang bukan Islam percaya dengan apa yang mereka lihat, sedangkan itu bukan yang sebenarnya diajar oleh Islam.

ziana zain

Apa pun ini adalah satu usaha baik untuk memperkenalkan nama Islam menerusi fesyen. Semoga ia diteruskan dan diperbaiki lagi di masa hadapan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram @iamzianazain.