Written by Bella | September 2nd, 2015

Jika sesetengah artis merasa seronok untuk berkongsi aktiviti mereka bersama keluarga di setiap platform media sosial, lain pula bagi penyanyi Ziana Zain yang memilih untuk tidak  terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya bersama keluarga kerana ingin menghormati privasi mereka selain faktor keselamatan.

Pada pendapat Ziana, beliau tidak menafikan bahawa media sosial kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.  Namun, bukan semua perkara perlu kita kongsi kepada umum kerana ia sedikit sebanyak mempunyai sisi negatif yang memudaratkan.

Anak-anak saya, terutamanya anak lelaki enggan wajah mereka dikongsikan di akaun Instagram saya. Namun, ada pengecualian dan saya minta izin untuk memuat naik foto keluarga ketika sambutan Syawal. Berbeza pula dengan anak perempuan yang sering minta saya memuat naik gambarnya. Lain anak lain perangainya.

Tidak dinafikan media sosial adalah penting tetapi tidak semua perlu dikongsikan di laman sosial. Terlalu banyak perkongsian juga boleh memudaratkan.

Berbicara mengenai isu dimana setiap selebriti wanita yang berhijrah dan sudah bertudung pasti akan mendapat kritikan negatif daripada orang ramai, Ziana menyifatkan ia sebagai asam garam bergelar artis dimana ada yang akan memuji dan ada pula yang akan menghina .

Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji. Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna. Kadang kala kata-kata yang dilemparkan itu begitu kasar.

Media sosial dah jadi sebahagian daripada hidup kita, tetapi kalau terlalu mendedahkan aktivit seharian lebih-lebih lagi siap tag lokasi anda, memang ia akan mengundang mata-mata jahat yang hanya ingin mengambil kesempatan. So, sebelum tekan butang upload tu beringatlah.

Sumber Berita: Berita Harian

22 responses to Bukan Semua Perkara Perlu Dikongsikan Di Media Sosial – Ziana Zain

  1. Lovelyvic says:

    Pelan2 ye Kak Ziana…
    Akak mmg vogue, baik, merendah diri….
    Cuma tang baju ketat tu je kena improve sket…
    Lain sumer ok..

    0

    0
    • Anonymous says:

      betol tu k.ZZ.
      INI ADE YG GETAH SPENDA LOOSE pn nak share

      0

      0
    • zizan kalah ABP says:

      Kak Ziana dan adiknya Anuar mmg terbaik… Well educated in social life n media as well.. Dia ada cara tersendiri untuk kekal popular dan diminati. Bukan kerek atau kekwat, tpi diorang berdua mmg ada kelas dan kualiti berbanding retis yg tiap minit nk pose selfie. Belakon ntah ke tanah. Nyanyi ntah ke laut.. Hapeee pn x jadi

      0

      0
    • Anonymous says:

      Berbeza kan ziàna zain dgn zain saidin.
      Eh..

      0

      0
  2. hihihihihiii says:

    terbaekkkk kak zz… setuju 999%

    0

    0
  3. adudu says:

    artis lain perlu contohi kak ziana

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Dah besar aiman…

    0

    0
  5. bellawong says:

    rasa tua ja.tgok anak sulong zz dh bsar tinggi…dulu masa kcil comel ja…smoga kekal bhagia famili zz. tp mmg btul zz kata apa..xpyh la smua nk kongsi…wlupun artis tp kna simpan ckit privasi tu..ini tidak smua nk tayang lam ig..ini kalu msia ada paparazi, smpai paparazi pun meluat nk ambik gmbr mereka .hahahah oh my malay

    0

    0
  6. suka zz says:

    setuju dgn zz, tak perlu nk share semuanya. lps tue klu tak suka org btanya2 / bg komen, jgn share terus.

    0

    0
  7. mawar says:

    betul tu kak ziana…len x kalo pegang mic jgn pakai losyen nanti terbang kwang kwang kwang ;)

    0

    0
  8. anon says:

    Sangat2 setuju…….jgn kongsi semua bende. Termasuk lah selfie2 yg mekap tebal 5 inci dgn contact lens kaler2 & gambar2 yg berbaju sendat ketat tak yah kongsi. Peminat2 tak nak tengok semua tu. Kongsi yg sopan2 je,.,,,,ye makcik ziana…

    0

    0
  9. zaza says:

    teringin nk dgr anak kak ziana tu menyanyi.. sedap ke tk. ada org parent penyanyi pon tp si anak xdpt pon bakat nyanyian tu.kesian. cthnya anak whitney houston.

    0

    0
  10. Privacy says:

    Mmg elok sesngat,mak pnyanyi..xyah libatkn ank2.i pn ske mcm didie alias.
    Tp klu boleh jgn lh mcm che tar jln yg tgh d turap..klu blh ank2 pn nk d heret sma.prasan bebenor ank2 tu hensem bngat.sado bgai.mk ko yg brlakon,ank2 yg lbih.

    0

    0
  11. peminatzianaselamanya says:

    ziana zain adalah artis malaysia yang boleh dijadikan contoh dengan sikap beliau yang begitu merendah diri. Pernah bekerjasama ketika ziana menjadi penyanyi jemputan majlis konvensyen, cukup cuak bila masa untuk sound check terlewat, ingatkan ziana mengamuk tapi sangkaan begitu meleset. rupanya ziana begitu profesional dan cukup bertoleransi. Tak sia-sia sokongan aku pada ziana sejak kemunculannya pada tahun 1994. Selamanya akan meminati dan menyokong ziana. Harap ada pihak yang sudi membantu ziana membuat konsert. Percayalah, masih ramai yang menyokong dan meminati ziana. terima kasih

    0

    0
  12. Timah says:

    Eh jaman kak Ziana dulu lgi terok !!
    Nk speaking Om putih aje kalau ada interbiu.
    Padahal Semua yg dia cakap tu KE LAUT !!!
    Enjoice u ollss

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Timah, jangan teruskan berhati busuk. Cuba lebih berhati dan bersangka baik. Ada ganjarannya.. insyaallahhh.

    0

    0
  14. taun dpn kaler ijau says:

    cantik retis pakai baju raya ijau..sk gak baju raya stacie & akim :)

    0

    0
  15. Fandom says:

    Artis2 zaman Ziana Zain sampai ke Siti Nurhaliza rata2nya mmg diva2 yang merendah diri. Sebab zaman depa mereka sangat bergantung pada media. So depa paham pentingnya untuk jaga hubungan silaturahim dengan banyak pihak. Itu yg depa tak menyombong. Kalo ada gosip pun, masing2 reti nk jernihkan balik. Bukan mcm sesetengah (sesetengah je) artis sekarang. Depa sangka karier depa ni bergantung semata2 pada INSTAGRAM TWITTER je.

    0

    0
  16. divaaaa says:

    pernah terserempak ngan ZZ with her family… mmg down to earth sgt.. yg paling penting mmg awet muda sgt muka ZZ ni ha..

    0

    0