January 18th, 2019

Kontroversi video parti sakan di kelab malam dan arak membabitkan peserta Dewi Remaja Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen masih lagi belum reda dan keluar pula isu hangat lain.

Enggan berdiam diri dan terus dikecam netizen, Ernisha menerusi Insta Stories mendedahkan ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja.

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila Ernisha turut mendedahkan ‘screenshot’ perbualan Whatsapp antara seorang lagi finalis Dewi Remaja.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ernisha seakan memberikan gambaran bahawa Anna Jobling adalah dalang disebalik penyebaran video itu.

Meskipun tuduhan itu belum diketahui kebenarannya, netizen suda mula ‘menyerang’ Instagram Anna dengan pelbagai komen.

Buat masa ini, kita janganlah mudah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan di media sosial. Lebih baik tunggu sahaja perkembangan lanjut berkaitan kontroversi ini.

Sumber Berita : Twitter

January 18th, 2019

Setelah gelaran Haneesya Hanee sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 telah ditarik balik gara-gara kontroversi kelab malam dan meminum arak serta didapati melanggar kontrak penyertaan pertandingan tersebut, ada pihak yang mula berpendapat keputusan itu agak tidak adil.

Antara yang memberikan komen mengenai isu tersebut adalah model Alicia Amin. Katanya, tidak salah sekiranya peserta ingin meraikan kemenangan mereka. Tidak perlu membuat satu keputusan drastik hanya berdasarkan tindakan peribadi.

Terdahulu, Haneesya hanya sempat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya pada Ahad lalu kurang dari 72 jam. Pihak penganjur juga mengumumkan tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim ini.

January 18th, 2019

Selain Haneesya Hanee yang dikecam kerana berhibur di kelab malam dan meneguk arak, dua lagi peserta Dewi Remaja yang turut berada dalam video kontroversi itu juga menjadi bualan hangat netizen.

Antara yang turut menerima kecaman ialah Erni Nurshahira ataupun lebih dikenali sebagai Ernisha. Rata-rata netizen terkejut dengan penampilannya seksi berbikini dan memakai topi di kelab malam tersebut

Ada netizen yang mengatakan beliau seorang yang hipokrit kerana Ernisha di dalam pertandingan Dewi Remaja tampil dengan imej  seorang gadis yang sopan santun dan memakai tudung.

Semalam tindakan tatatertib telah dikenakan terhadap ketiga-tiga Dewi Remaja yang terlibat dalam kontroversi itu. Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya ditarik balik manakala Ernisha dan Fazreen pula tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran finalis Dewi Remaja untuk karier mereka pada masa akan datang.

Sumber Berita : Twitter 

January 17th, 2019

Susulan kontroversi berhibur di kelab malam dan meminum arak, gelaran Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak  serta syarat-syarat yang telah ditandatanganinya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh pihak Nu Ideaktiv tengah hari tadi, Haneesya yang sedih dengan apa yang berlaku menyerahkan semula  mahkota kemenangannya, trofi serta selempang Dewi Remaja.

Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman, tiada sesiapa yang akan ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru bagi edisi 2018/2019.  Tempat kedua masih milik Tia Sarah begitu juga dengan Sherin Amiri di tempat ketiga.

Difahamkan, video yang tersebar itu berlaku sebulan sebelum pertandingan akhir rancangan pencarian bakat itu. Malah, pada malam kemenangan 13 Januari lalu, Haneesya berada di rumah bersama keluarganya.

Kami harap Haneesya akan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan janganlah mensia-siakan bakat yang anda miliki. Semoga terus maju jaya walaupun tidak lagi bergelar Dewi Remaja.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : Facebook  Remaja & Instagram Majalah Remaja