Written by serenity | October 26th, 2017

Bekas anggota kumpulan Elite, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, diperintah membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status rakan kumpulannya, Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan, yang diisytiharkan muflis sejak 2013.Bernama melaporkan, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Rasyihah Ghazali di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Hana, 39, bersama-sama peguamnya Samir Zainal manakala Watie, 41, tidak diwakili peguam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”

 
Written by AbangNara | October 12th, 2017

Hari ini berlangsung prosiding untuk menentukan cara Watie Elite membayar kawannya, Hana Elite selepas bekas penyanyi kumpulan popular itu mengakui tidak mampu membayar sebanyak RM707,351.83 yang dituntut oleh Hana. Memberi keterangan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali, Watie Elite memaklumkan yang dia hanya mampu membayar RM2,500 sebulan sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi rakan sekumpulannya, Hana.
watie eliteKata Watie Elite:-

Berpandukan kepada penyata bank milik saya, jumlah pendapatan pada 2015 hanyalah RM69,610 manakala pada 2016 hanya RM34,200. Manakala bagi 2017 dari Januari hingga Jun hanya RM2,500 yang dimasukkan ke dalam akaun.

Tahun ini saya akui ada terima bayaran RM900 sehari bagi 40 episod drama bersiri. Ia diterima secara tunai tetapi itu saja yang diterima. Pendapatan saya tidak menentukan kadang-kadang RM5,000 atau RM12,000 bergantung kepada apa yang saya buat.

Semua bayaran di kongsi bersama dengan suami. Jika saya ada duit, saya akan bayar dan jika suami ada duit, dia yang akan bayar. Saya tidak mempunyai simpanan dan saya tidak rasa akan memperoleh sebarang pinjaman jika mahu menyelesaikan hutang Hana secara langsai. Saya sanggup buat pinjaman jika itu boleh menyelesaikan hutang itu tetapi pelakon seperti saya tidak mungkin

watie dan hana elite

Rupa-rupanya tidaklah seindah mana kehidupan menjadi seorang selebriti ini. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Diharapkan Hana Elite akan dapat memperolehi wang yang dituntutnya kembali. RM2,500 sebulan pun tak apa. Yang penting ini semua menjadi pengajaran kepada “kawan-kawan” yang sanggup tikam kawan demi untuk berlagak hidup mewah. Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | September 11th, 2017

Sedih sungguh Abang Nara membaca nasib yang menimpa Hana Elite. Akibat ditipu oleh rakannya sendiri iaitu Watie Elite sehingga diisytiharkan muflis, Hana tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya yang menetap di London kerana disekat daripada keluar negara. Bukan sebulan dua, sudah 2 tahun Hana tidak dapat melepaskan rindu berjumpa cahaya matanya itu. Tak boleh bayang betapa sedih dan rindunya perasaan seorang ibu yang terpaksa menanggung akibat kesalahan orang lain.

hana elite

Kata Hana Elite:-

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung! Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara. Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain.

hana elite

Untuk makluman, Watie Elite memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak diberi peluang membela diri dan tidak mampu untuk membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83. Menurut penjelasan Hana Elite, tuntutan asal adalah sekitar RM300,000 tetapi kedegilan Watie Elite yang acuh tak acuh menyebabkan hutang itu meningkat. Terang Hana Elite:-

Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja. Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun.

hana elite

Apa yang penting, Hana Elite sudah serik dan tidak akan memaafkan Watie Elite atas apa yang telah dilakukan. Abang Nara sokong keputusan yang diambil oleh Hana ini. Sebelum ini, Hana telah cuba menyelesaikan secara baik tetapi Watie tidak mengendahkannya. Bila dah kalah di mahkamah barulah nak buat ayat “dulu kami berkawan baik dan sebagainya”. Kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Kalau betul anda seorang kawan, takkanlah sanggup perlakukan kawan lain sampai muflis. Itu bukan kawan namanya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Written by serenity | September 8th, 2017

Rasanya ramai pembaca BeautifulNara kenal dengan Watie Sadali yang kini sering melakonkan watak ibu mertua vogue dalam drama-drama Melayu bersiri.
watiehana
Pada 10 Mac 2015, Watie telah diperintahkan untuk  membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83 yang difailkan oleh bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang.

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan yang Watie ketika ditemui berkata, jumlah yang dituntut Hana di luar kemampuannya dan turut membuat rayuan di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali ketika mendengar kes itu hari ini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.