Written by serenity | October 26th, 2017

Bekas anggota kumpulan Elite, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, diperintah membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status rakan kumpulannya, Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan, yang diisytiharkan muflis sejak 2013.Bernama melaporkan, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Rasyihah Ghazali di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Hana, 39, bersama-sama peguamnya Samir Zainal manakala Watie, 41, tidak diwakili peguam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”

Semuanya bermula apabila Hana mendakwa beliau telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kereta itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie kerana pelakon itu tidak layak membuat pinjaman.

Hana selaku plaintif mendakwa selepas Watie memiliki kenderaan itu, beliau gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk tidak membuat bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank yang menyebabkan Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013.

Screen_Shot_2017-10-26_at_9.37.55_AMSamir ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan Watie membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November ini.

Watie perlu membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi sehinggalah jabatan berkenaan mengeluarkan satu surat pembatalan kebankrapan bagi mengesahkan Hana bebas dari status muflis.

Samir berkata bayaran kepada Jabatan Insolvensi itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan hutang Watie sebanyak RM707,351.83 yang perlu dibayar kepada Hana.

Sehubungan itu, mahkamah turut memerintahkan Watie membayar RM2,500 kepada rakannya itu pada 25 haribulan setiap bulan bermula Januari tahun depan sehinggalah hutang berkenaan selesai dilunaskan.

Hana, yang memenang kes saman terhadap Watie  pada 10 Mac 2015, memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lepas setelah pelakon itu gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang ditetapkan kepadanya sehingga kini.

Dalam saman penghutang itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar hutang itu.

Sementara itu, Hana, 39, berkata beliau berasa lega selepas penantiannya selama ini berakhir.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan akhirnya saya dapat menjalani kehidupan saya seperti biasa. Kini, saya telah bebas dan dapat berjumpa dua anak, Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami.

Bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Watie yang hadir pada prosiding hari ini dengan ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey, selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sebelum dilihat menaiki sebuah kenderaan.

Tinjauan penulis di akaun Instagram Hana mendapati Hana dihujani ucapan tahniah dari sahabat dan pengikutnya berikutan keputusan terbaru bagi membebaskannya dari status muflis tersebut- via BERNAMA

75 responses to Watie Sadali Diperintah Bayar RM102,490.05 Untuk Bebaskan Hana Adnan Dari Status Muflis

  1. Mat Sahdo says:

    102k…hahahah…padan muka. habis ko watie. nak bayar dgn apa?
    bulu ketiak???

    31

    0
    • pengat pisang says:

      inilah yang dinamakan..biar papa asalkan bergaya. xukur baju ke badan. kalau budget xcukup, xyah la pakai kereta besar2 kak oiii. memadai pakai honda ct 76 ribu. hidup biar bersederhana kan elok tu. kerana hawa nafsu ..ego ko watie…kawan baik ko jdi mangsa.

      36

      0
      • senah gemenceh says:

        maaf..dua2 bodoh. yg kasi pinjam duit pun bengap. yg meminjam pun bengap.
        dh tahu diri sendiri tk berape nk ada duit, ko gagahi buat bank loan utk member ko tu dh kenape? bank loan…’interest’ tetap bjalan ye. akhirnya.. ???

        2

        25
        • Kiah says:

          kan..sendiri yng cari pyakit…mdapt lah. kawan mkn kawan byk. zaman skrg kalu kasi pinjam duit rm500-1k jgn harap kawan tu nk serius byr. bila kita mintak jawapan diberi..alahhh setakat rm500 pun kecoh.

          14

          2
        • Anonymous says:

          akhirnya ….duduk dlm bilik dok gentel2 kerang pikir camner nak cari duit bayor utang.

          6

          1
        • Patah Mematah says:

          Retis lah katakan. Xkan lah pakai kereta Myvii yunk hoi.
          Jatuh lah status iols. Paling busuk…BMW. Nanti valet kt KLCC tengok pelik. hihihiks

          17

          0
        • anon says:

          mmg betol, dua2 bodoh. Nasihat aku jgn sekali2 buat pinjaman utk kawan or jadi penjamin utk kawan. Seblm dpt mmg kawan, lps dpt, kita jadi lawan pulak. Dua2 hilang, duit hilang, kawan pun hilang. Yg sekor tu kalau dah tau tak mampu, buat ape nak menunjuk. Melayu mmg suka berpegang pd pepatah…”biar papa asal bergaya…”. Yg tak berduit selalu nak menunjuk, mcm lah org heran sngt. And yg berduit sikit tu jgn duk sebok2 nak tolong kawan. In the end jadi musuh. Buat baik biar berpada2..

          6

          1
      • Kak Mahm says:

        Sebab itu lah pentingnya menabung. Tengok akak, menabung sejak kecil..dah boleh beli berlian.

        21

        0
    • kisah benar says:

      pernah nampak si hana ni dulukat area kl. wah ko ye. kemain heret mat salleh mana entah. punya handsome lah mamat tu. dalam pikiran aku, jelas nya tengok. glamer sangat lifestyle engko.
      hari ni…wah bertuahnya hidup aku. walaupun laki aku pendek dan botak, kepala aku x serabut dengan hutang. hahahaha

      0

      35
    • panaurama kehidupan moden says:

      tipikal lah gais. bitch2 kt kl byk lah mcm ni. pakai handbag2 berjenam aje, gucci lah, prada lah, lv lah…. pergi cuci rambut kat saloon. kereta berkilat brand new plastik pon xbuang lgi. kasut beratus-ratus sepasang. kasut vincci katanya kurang ber class lah kak. tudung fuh beb beratus-ratus sutera chiffon tu. padahal kew, hidop serabut dgn hutang2. kalau miss sebulan-2 bulan gaji ..xleh cover expenses bulanan. makan sardin…

      10

      0
    • shida says:

      pompuan2 clubbing kl mcm ni lah contohnya. dulu aku kerja jaga pintu disko. muka2 diaorang ni ker….regular lah. sekarang entah pergi club lagi ke dak?
      selalu lah nmpk muka diaorang ni. kalau tengok hamboi..yesss glamer dan cantik tapi bukan reti cari duit. syok org pandang2…gedik2. tudulu lah, skrg entah la dah berkepam kut dimamah usia. aku pun x kerja tempat2 mcm tu lagi dah.

      4

      2
    • Zaza says:

      Tu laaa…masa mula2 bincang dulu kan Hana dh bagi 300k je.dh tu ko wat bodo je..buat2 tk tau.mesti mastu ko rasa “ah,peduli apa aku,ko ingat aq nk byr ke? Polis boleh buat apa je kt aku?”
      Sekrg semuanya dh terlmbat.hutang dh naik jd 700k ok! Kalau lah ko bijak sikit masatu dn ambik sikap bertngjwb.mesti ko xkan berhutang teruk mcm ni.ni aq rasa 700k ni smpai anak cucu ko yg kene smbung byr ni wati.hahaha.

      15

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      terpaksa watie kena kerja keras lah untok bayar ini semua hutang dia ngan hana..padan muka lu watie dh sedap pakai kereta ha sekarang sendiri tangung..! banyak kn berlakon biar boleh bayar hutang2 tu secepat kilat..huh ! semoga di permudahkn membayar tiap2 bulan…kumpul duit dari sekarang untok jan nanti huh !! tkde sakit sendiri cari penyakit..!

      6

      0
  2. wekkkkkkk says:

    lepas ni muka nampk kerepot dn uban byklah, sbb $ dh x ada nk tokok beli perhiasan diri

    2

    0
  3. Ayu says:

    bhati-hatilah jadi penjamin dizaman skrg. walau adik beradik sekali pun.. bukan semua orang ikhlas lebih2 lagi manusia bernama “kawan”. kasi pinjam duit lagi la. bila kita mintak hutang, kita pulak yg dipersalahkan. dah serik.

    26

    0
  4. mok cute says:

    job dah suam2…nk byr pakai apa tu…nk minjam kat kwn2 kompem la org dah blacklist ko…jenis pinjam liat nak byr…sumer x berani nak bg pinjam…kwn2 sumer cabur lari…krik krik krik…

    len kali pandai hutang pandai la byr…hidup nak berlagak kaya…konon keta msia x men la…tau2 sok pki keta msia gak…aniaya org lagi….kan dah kena balik…KIFARAH…

    5

    0
  5. Siti Kassem says:

    pada beli kereta beratus-ratus ribu…baik ko beli rumah dik. kereta 10 thn nilai makin susut. skrg ko serabut dgn kes hutang piutang. bijak..bijak melayu zaman skrg.

    10

    0
    • 123 says:

      aku beli rumah taun 2008 ..rege 75 ribu je, skrg dh nilai 200k..skrg proses nk jual, x lama lgi dpt 10% , pas tu x lama lagi baki…
      hoyeeee..
      skrg pakai saga lama je..taon 2010..

      19

      0
      • 123 says:

        tapi bkn semua melayu ye, aku keja dgn bkn melayu dh lama, belajr dri mereka. Masa aku beli rmh tu walaupun murh, mereka kata saya pndai, baru 3 tahun keja di sykt ni, dh beli rmh. Tapi mereka2 tu di opis (bkn melayu) dh ada lebih dari 1 rmh.

        6

        0
        • wekkkkkkk says:

          dn mereka (bkn melayu) hari2 tapao dri rmh..jimat gila.

          5

          0
        • Anonymous says:

          Sebab orang2 melayu pola pemikiran kita lain. Lebih suka pikir apa yang orang akan kata. Kaum Cina.. lantak lah apa orang nak kata… janji aku tak kacau orang…saham/unit trust aku beranak pinak dlm bank. Taukeh si apek tua naik lah van buruk tahun 80an pergi kedai pakai baju lusuh seluar pendek baju putih Tshirt pagoda. Anak2.. masing2 hantar ke Australia, UK dan Amerika sambung belajar. Anak2 Melayu2..pergi UiTM sebulan lepas graduation… kawin bukan nak bantu mak bapak!!!

          42

          0
        • wekkkkkkk says:

          tpi jgn x tahu ye Anon..mereka2 ni pun pertikaian “kemasukan” pelajar bumi % lebih byk di UiTM dri mereka. Aku tau lah. Sok sek sok sek mereka tau.

          Tapi kalau di bhg politk pulak.. mereka kata, nnti suatu hari nnti kalau Anuar Ibrahim ada cucu, kenapa datoknyer masuk penjara, liwat tu ape…(umur cucu kecik lagi)..so ape nk jwb kn pada cucu tu. Oh ye..itu ke atok aku.
          kihkihkihkihkih

          3

          7
        • Anonymous says:

          bodoh….takkan la air mani saiful bertakung dlm jubur saiful. saiful berak x cebok mcm ko ke weekkk??? bodoh nya balaci2 umngok.

          5

          4
        • wekkkkkkk says:

          wekkkkkkk

          0

          0
      • Siti Kassems says:

        ko memang bijak nok. rumah, tanah…tu ye… pelaburan.
        kereta bukan pelaburan ye. tapi biasalah kan masyarakat kita ni, kereta itu yang dipentingkan theyols. itu belum road tax, service, minyak, tol, parking…
        kalau gaji setakat rm2000 sebulan sekarang mmm..belum tentu cukup nak pakai kereta. kawan akak arkitek, pakai hyudai je. pergi kerja naik lrt dan monorel tpi rumah…penthouse!

        11

        0
  6. Kakak kau punya Adek says:

    So apalagi tunggu ??? Buat lah POLE DANCING carik DANA CEPAT!!!

    1

    1
  7. wawa says:

    semoga menjadi penagajaran buat watie, hutang jangan dibuat main.

    10

    0
  8. Anonymous says:

    Erm…
    Sebenarnya si bankrap boleh keluar negeri dengan kebenaran Insolvensi contohnya demi tujuan melihat anak konvokesyen, kematian saudara, majikan hantar untuk menjalani.kursus dan anak di bawah jagaan suami warganegara US.

    Provided, buat permohonan 2 bulan kepada Insolvensi kepada pegawai Insolvensi yang jaga fail anda dan jangan kata pergi melawat saudara + melancong. Part melancong ni Insolvensi sensitif.

    Selalu saya handle kes klien saya sebagai peguam.

    18

    1
  9. anon says:

    bayar jangan tak bayar. ingat senang ke status muflis ni. nak pergi oversea pun tak boleh tahu tak. macam sedara aku, jadi penjamin sampai muflis…sekarang keje dia membayar hutang bulan2 kat insolvenci tu.. nak saman tak boleh sebab tak de duit nak bayar lawyer semua tu..

    6

    0
  10. Anonymous says:

    hutang kat bank macam mana pun kena bayar. tapi tak boleh senyap. harus berurusan dgn bank. pergi tanya mereka cara nak selesai hutang walaupun tak berduit nak langsai jumpah sebenar. jangan lari bila berhutang bank.

    8

    0
    • wekkkkkkk says:

      dn org keja banksss mmg SGT SELESA.

      0

      0
      • Anonymous says:

        kerja bank gaji pun x byk mana nk banding kerja gomen skrng..

        2

        0
        • wekkkkkkk says:

          SGT SELESA yg saya maksudkan..(bukan pasal gaji)..ada di bahagian “miscellaneous” yg tersembunyi yg mereka dpt kelebihan sbb interest bankssss kn tinggi, walau apa pun keadaan hutang yg di ambil.
          Bukan gaji ye.

          2

          0
        • nur fatihah says:

          eh..eh…sepupu saya kerja bank dapat bonus 6-8 bulan… Awak keja bank apa? Gomen dapat bonus ke?

          0

          0
        • oh sakura says:

          gomen lah gaji kecik… swasta gaji besar. kalau engkau keje gomen di putrajaya… kau kategori miskin bandar.

          1

          0
        • kerani lawyer says:

          Kerja gomen ke kerja swasta ktu nk banding byk faktor..jawatan ape?? Alahai..tapi yg kerja gomen gaji xlh kecik sgt tapi ada pencen jaminan masa tua nk loan bagai pun org percaya even bukak buku 555..kalau swasta setakat bonus jelh..kena jimat menabung x de disiplin tua nnti hauk..kerja smpai mati..skrg ni gomenlh untung sikit dpd swasta..hrp kwsp pun takut ada jamin ke..dh najib beli kapal terbang kau…haru

          2

          0
        • wekkkkkkk says:

          Nur fatihah
          says: October 26, 2017 at 5:47 pm

          U kata..sepupu kerja dpt 6-8 bulan gaji..itu bonus ye..kami fhm, sbb bonus. Kenapa byk dpt ..itulah salah satu miscelleaanous yg saya ckp tu..belum lagi miscellanesous yg lain., sbb apa selesa yg saya kata, interest semua bank amat tinggi. Byk lagi sgt selesa..x perlu saya taip di sini. Bila tinggi ssh kan rakyat marhean, interest sama sata baik yg golongan mewah atau miskin sama je bagi..
          wekkkkkkkk

          0

          0
        • wekkkkkkk says:

          kerani lawyer.

          itu hari ada org nk beli rumah saya, anggaran rmh tu kos RM250K. Org tu kerja gomen, x ada epf, tapi ada pencen, masa nk beli rumah, bank bagi loan 80% shj, maknenya dia kena cari RM50k. Nk kuar duit epf x ada, kalau nk buat loan kt bank x dpt anggaran RM50k tu, maka bila x ada $ nk byr 20% tu, maka x jadi beli rumah saya..apa citer ni..
          bukan semua pekerja gomen boleh loan lulus 100%..

          0

          0
  11. Anonymous says:

    pompuan clubbing..what do you expect? berangan je lebih.

    0

    2
  12. r says:

    andaikata laa lps beberapa thn akan dtg watie gagal byr RM2500 tu krn sakit ke, meninggal dunia ke, hlg pekerjaan ke… siapa pulak yg kena byr hutang2 tu? joey ke?pencerahan plz

    4

    0
    • wekkkkkkk says:

      saya rasa x mungkin joey..joey x kena mengena kt dlm nama bank tu…itu kot je.
      biasanya kalau kita beli rmh, kalau kita mati dn atas nama kita, kita akan ada MRTA..(mati rumah tetap ada)..
      tapi kes kereta, kalau kereta ada boleh tarik, kalau kereta x ada, maka nama si penghutang je dlm bank tu.

      ok next..sila bgi pencerahn lagi..

      1

      0
  13. adriana says:

    Kita yg kasi hutang dh berbudi kat kwn tu akhirnya kita jadi musuh dia..trjumpa tgh jln elak2..apalagi talipon..lama2 put us silaturahim..dulu tidur sebantal..kita tau dia skrg dh mewah..sedih sgt

    3

    0
  14. bunga lalang says:

    sederet baju sedondon…watie dan lawyer2nya…wakakakaka

    1

    4
  15. Kesuma dewi says:

    Alhamdulillah… Finally Allah dah bayar cash dekat watie. Aq mmg fallow case ni dan berharap hana menang dan aq bkn fan hana pun cuma aq marah dan bencikn watie. Padan muka ko watie. Dulu sebelum ko kahwin dgn ayie n berkahwin dgn jantan dr klang yg ada bisness kayu jati apa yg ko buat. Ko mendrem jantan tu sampai dia lupa anak… Lupa bini… Lupa family dia sendiri. Sampai jantan tu jadi biawak hidup ko mendremkan dia. Bukan ko xtau bini dia xberkerja n menjaga 4 org anak yg masih kecil pada waktu itu. Nasib baiklah bapa jantan tu ahli masjid so dia berusaha berubatkan anak dia dari jauh dgn ustaz2 dimana shj sebab dia lihatkan anak dia dh melidi n membenci anak kandung sendiri serta bisnes semakin lingkup. Setelah hampir 2 tahun setengah ketika jantan tu dah sedar n ceraikan ko…. Xlama slps tu jantan tu pun meninggal. Aq cerita bukan rekaan tapi benar2 terjadi sebab jantan tu adalah abg aq sendiri dan bapak AQ pun dah arwah. Masa tu kakak ipar aq tinggal dgn kami Dan AQ lihat sendiri kesengsaraan dia atas perbuatan ko n abg aq juga. Aq mmg berdendam dgn ko bertapa aq benci ko sampai aq xboleh dengar langsung nama ko apalagi tgk wajah hina ko. Alahamdulillah…. Syukur2 padamu ya allah akhir.

    4

    0
    • Wanita Prihatin says:

      masha allah, kalau cerita ni benar memang allah sedang memberikan balasan kepada dia, saya pun follow cerita dorang ni dan memang harap sangat si watie ni dihukum, alhamdulillah hana menang, walaupun bukan fans hana tapi cerita mereka serupa dengan kes saya sebelum ni, orang yang teraniaya doanya makbul

      1

      0
    • KkPL says:

      Amin amin amin…
      selepas baca luahan ko ni .. aku cadangkan Watie ni buat Pole Dancing depan VVIP hanya pakai KAIN BATEK aje utk bayar balik Dana dgn cepat .
      Tak nk semoga semoga lagi alasannya , kita nk cepat kita nk express!!! bangsat . Dah HUTANG pinjam blh plk buat lupa kata tak mampu PUIHHH!!!!

      0

      0
  16. pulpa says:

    haha..nak hidup berlagak padahal poket koyak..ini lah jadi..
    yg memberi pinjam nama utk suami/kawan/ahlikeluarga pun tak kurang bodohnya..saja letak pisau kat leher, nak buat apa…yg jadi penjamin pun sama bengap gak..kalau tak mampu buat cara tak mampu..setakat nak beli kereta [email protected] yg murah pun kena pakai 2 nama, sorg peminjam, sorg penjamin..tapi kesan menurut undang2 adalah sama ke atas kedua2nya.. so kalau ada ahli keluarga/suami/isteri minta kita jd penjamin utk loan mereka, cakap je “pergi berambus”..

    0

    1
  17. melati says:

    Kompius skit..!! bukan sokong Watie, tapi kete tu nama Hana….boleh plak Mahkamah arah kan Watie yg Bayar.? setahu saya mana2 Kete tak kira lah sambung bayar @ buat Report kew…Bank Tetap tuntut nama tuan punya Kete , tak tahu plak ada undang2 ” Ko pakai Kete aku pastu ko tak bayar nama aku Blacklist kerana ko.” Ko yg kena tanggung..!!!! hmmmmmmm

    0

    5
    • wekkkkkkk says:

      Melati, Melati. ini saya terangkan:
      Watie nk beli kereta dgn nilai RM150,000.00..tapi bank x lulus. Maka Watie meminta kawan baik dia Hana tolong belikan guna nama Hana. Maka Hana setuju dgn syarat Watie mesti byr hutang dgn cantik bulanan. Tapi bila kereta dh dapat, Watie happy dn enjoy sana-sini, maka lupa hutang pada bank. Dia senyap je. Tapi bila x byr, maka Bank akan cari Hana dn nama Hana blacklistlah.
      Mcm ni ke kawan yg di tolong.

      3

      1
      • melati says:

        Tak kira lah , pakai nama saper.?? Kete tu tetap Bank Tuntut si Penama Kereta tu… Bank takder buat Perjanjian ” Ko guna nama dia ko yg tanggung kalau tk Bayar ” itu lah maksud saya..hmmm

        1

        3
        • wekkkkkkk says:

          Jdi bila semua urusan Hana x boleh sette trmasuk nk keluar negara, maka Hana telah menyaman Watie.
          Dh betullah apa yg kamu faham tu Melati. Kalau smbung byr pun, itu antara pihak ke 2 dn ke 3. Bank x mau campur. Bank hanya nk bayaran je. Bank x akan benarkan tukar nama kepada “‘peyambung byr” selagi baki ada dlm bank atas nama pemilik. Kalau dh habis tu lain citer.
          (Pihak 1- bank, pihak 2 owner)
          Apa2 pun rasanya..mana banksss x akan benarkan tukar nama kepada penyambung bayaran jika masih ada hutang atas nama pemilik.
          Dan sgt bahaya…walaupun pada sedara/kenalan.

          1

          0
        • wekkkkkkk says:

          ( aku penah tanya owner used car dn aku penah tanya bank.)

          Kalau hutang dh habis, nama kita dlm bank dh x ada. Buat lah sesuka hati lpas tu.

          0

          1
        • Anonymous says:

          Wekkkkkkk aku cdgkn kau tanding ADUN ada potensi..pilih party apa kaw. mana kau suka..aku sokong

          2

          1
        • wekkkkkkk says:

          ala..mana aku taip ko lah tagline bangkang…so aku OK.
          btw…Sila jwbkn persoalan adik yg tagline: bulan depan spm..good luck!.time 4.13pm..sian dia..mgkn ada soalan kuar spm nnti pasal hutang kereta…

          please

          0

          0
    • BudakNoschool says:

      Tulah Melati ko bengap sbb hobi ko suka kutuk Neelofa. Aku ingatkan ko cerdik bodoh rupanya. IQ ko bkn setanding budak U. Ko kelas tadika Kemas jek

      0

      1
  18. bulan depan spm.. good luck! says:

    jap ada keraguan di sini.. kenapa bank kata watie tak layak buat pinjaman bank?? produk watie ni selalu masuk tv okayy, ada masyukkk..

    hana adnan tu mana ada masuk tv.. hana berlakon drama apa , dia cari duit dari mana, macam mana bank boleh kata hana ada pendapatan mencukupi untuk layak buat pinjaman bank???

    1

    2
    • wekkkkkkk says:

      u budak spm ke..no wonder..malas wekkkkkk nk terangkan walaupun soalan bukan di tujukan pada wekkkkkkk..

      kihkihkihkkih..maaf dik..kak terlampau free.
      maybe next person..help u..

      0

      0
    • akak bank says:

      Dik..kalau org byk harta tapi xde duit cash kat bank pun boleh dik..buat pinjaman bank ni..contoh ada nama hakmilik tanah/rumah..harta yg ada nilai gadaian atas nama pinjaman bercagar(tanah /rumah,)sebagai bank guarantee..hrp adik faham dgn jelas..

      3

      0
      • wekkkkkkk says:

        btul tu..ada gk org terangkn.
        Tapi kalau ada tnh/geran sendiri nyer..pun boleh menjamin anak dalam penjara…betulkan.
        Bagi lah geran tu pada yg minta. Itu slh satu cagaran jugak, sbb anak x guna…ssh kn ibubapa, tapi ibubapa sggup jamin dng geran kasi kuar.

        1

        0
    • Mangkukcorell says:

      Hahaha. Klu nak buat loan bank mahukan slip gaji sbg gets to dan kwsp @ u ada cash yg cukup utk byr bank. Si Watie ni berlakon gaji x menentu. Payslip xda. Camana nak buat loan. Study dik oii

      3

      0
  19. mishal says:

    kes ni (loan) tahun 2010 dek non.. mase tu watie takde poduk poduk dia sendiri, watie masih lg berlakon drame jer. tapi hana dpt buat loan mungkin dia ada fixed deposit yg byk mase tu mungkin ratusan ribu. sebb tu bank luluskan loan hana mase tu (2010).

    Bab watie dikelaskan sebagai penghutang kpd hana (untuk loan kereta tu) mungkin hana ada bukti bertulis atau lain-lain bukti yang boleh mengaitkan si watie yg menyebabkan hana muflis (tak byr hutang loan bank) tu. sekian.

    faham kan ringkas.

    2

    0
  20. Mak Jemah says:

    Watie kena byr RM102k pd Jab. Insolvensi pastu kena byr lagi RM2500 stp bulan gantirugi RM700k pd Hana. Apa malang nasib ko ni Watie. Tulah dulu ko amik mudah hal loan dgn bank sbb mentang2 bkn nama ko. Ko biarkan kawan ko sampai muflis. Sampai disekat ke luar negara utk jumpa anak2 dia. Ko bayangkan klu sehari x jumpa anak apa ko rasa? Ko memang hati kering Watie. Ko amik kesempatan atas kebaikan si Hana. Pengajaran dri kesah ini:
    Jangan percaya kawan bulat2
    Hutang ttp hutang. Ada ke bank kat dunia ni bg pinjam free? Otak mana otak? Jadilah bertimpa hutang ko. Interest ttp berjalan ye tiap2 bln

    6

    0
  21. insanbiasa says:

    semoga allah permudahkan urusan watie dan hana…ujian allah agar kita jgn lalai…masa susa kita ingat allah…masa senang kita lupa allah yg tdk pernah lupakan ciptaannya…ya allah permudahkan setiap kesusahan kami…hamba mu yg lemah…sesngguhnya tiada yg lebih berkuasa selainmu ya allah…

    3

    0

Leave a Comment

Optional