Written by Bella | February 5th, 2018

Gagal membayar pinjaman bank untuk ansuran kenderaan jenis Toyota Wish yang menggunakan nama Hana Elite sehingga mengakibatkan Hana diisytiharkan muflis, pelakon Watie Sadali bagaimanapun masih lagi berdegil dan tidak membayar walau satu sen pun hutangnya yang berjumlah RM 112,000 kepada Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.

Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal.

Hana sekali lagi menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi kerana mahu membela haknya. Kedegilan Watie yang enggan membuat bayaran tersebut menyebabkan proses membersihkan nama Hana daripada senarai bankrap terganggu.

Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya.

Terdahulu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak boleh ke luar negara gara-gara Watie gagal membayar bukan sahaja ansuran bulanan malah cukai jalan serta insurans sejak September 2010.

Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan. Untuk permulaan, Watie dikehendaki membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. Keputusan itu dibuat selepas Watie tidak mampu membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 yang diperintahkan mahkamah sama pada 10 Mac 2015.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to Watie Masih Belum Bayar Hutang Walau Satu Sen Pun – Hana Elite

  1. Anonymous says:

    Niat yg baik nk tolong kawan tp akhirnya diri sendiri yg merana.. Tak pasal2 di istihar bankrap.. Dh tahu berhutang tu byr la..tak mampu byr skali gus byr la skit2.. Ishhh..

    41

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      kawan baik lah yg selalu main kan kawan dia sendiri…jngan percaya ngan kawan baik n hati masing2 tk sape yg tau …manusia macm watie ni dia pembohong penipu idop dia tidak akan senang n bahgia..tengok aje skrang watie idop dia senang ke..dia jenis kawan makan kawan..mana kawan yg boleh dia makan ha dia makan lah macm yg terjadi ngan si hana skarang ni..

      12

      0
      • Dilemapekerjagomen says:

        Aku baik mcmana pun aku dah set limit. Berapa hutang aku boleh offer. Jadi penjamin memang aku haramkan termasuk suami dan adik beradik sendiri. Kak Ipar aku minta guna payslip nak apply personal loan( maksud aku apply loan until dia, dia bayar Kat aku)…nama dia ada dlm ctos sebab Ada history x bayar benda ntah. Sendiri boleh fikir talndia mampu bayr hutang ke tak. Sampai sekarang dia x tegur aku…dan aku x kisah.

        67

        0
        • Miss Unibes says:

          Watie, bayar je guna bulu. Habis cerita. Problem betul dia ni dari mula dgn elite. KRU siap ‘tendang’ dia lagi.

          0

          0
    • ratu says:

      Saya pun pernah kena dengan kawan baik sendiri… saya tolong settlekan hutang ah long dia dengan husbandnya dekat 50k…..saya tak minta dia bayar satu sen pun atas dasar kawan dan kesian dengan anak dia …tapi apa yang saya dapat?…last2 dia malukan saya dan hina saya n now kami dah tak bkawan lagi..saya dah fedup bila orang tak hargai apa yg telah kita buat…

      12

      0
  2. Akhirat tu pasti says:

    Org hutang dgn aku 4 rbu da 2 thun haram nk byar.korang x tkut ke pnat2 korang solat tonggang trblik tp x d trima.aku mmg haramkn org yg pnjm duit aku tu.ni aku trhegeh2 mnx igtkn dia tp dia blh mcm wat donno.jgn main dgn hutang beb.x mmpu byar jgn pnjm..mudah kn

    33

    0
    • Anonymous says:

      I pun rasa apa u rasa. Kita yg pemiutang ni pula yg terhegeh2 tagih hutang kita.

      20

      0
    • Anonymous says:

      Sama. Kalau yang berhutang dengan aku bayar balik hutang, boleh travel around the world aku. Aku tak faham la, diaorg ni boleh hidup hari2 and lupakan berhutang dengan orang. Bukan minta bayar selepuk pun, bayar ansur2 pun takpe. Sedap jugak hati. Ini, boleh buat kering. Hutang kena bayar la sengal2 yang berhutang dengan aku tu. Anyway, sebab aku ni orang Islam…aku anggap kalau depa bayar, masih ada rezeki aku… kalau depa tak bayar, depa jawab la sendiri di akhirat nanti. After all, semua kita ni akan mati juga satu hari nanti.

      9

      0
  3. Bank negara says:

    Tebalnya muka ko watie sampai masuk court bagai pon ko tak nak bayar. Kak ya ratu bigo takde pulak nak advise ko suruh mampos…nak jugak tengok sengsara nazak nanti.

    #masihtunggufamilyhutangpuluhribubilanakbayar

    20

    0
  4. Alanice says:

    Npe ye klau nk pnjm duit kne pnjm dr kwn? Klau dgn fmly or sdare xnk plak pnjm

    2

    0
    • greenfingers says:

      Sb sedara dh tahu dia jenis liat byr utang, serik dh la nk pinjamkan diorg2 ni duit. Akhirnya kwn yg innocent yg percayakan kwn BAIK, bgla pinjam n jadi penjamin. Byk kes dh penjamin yg dianiya. Bapak sedara aku pon kesian sb gunakan nama dia buat loan kete utk adik dia. Last2 dia plak susah sb nama dh blacklisted. Yg adik dia pulak kunun xleh byr bulanan kete sb kunun susah. Xkesian ke kat abg ko, ni satu sen pon ko xbyr, tp kete ko pki. Xphmla aku ngan org yg berhutang tp xnk byr tu, korang ni mmg tak gunala.

      6

      0
    • Teka je says:

      Kalo pnjm kwn,rse2 xnk byr leh buang kwn..kalo pnjm kt fmly,kalo xnk byr xkn nk buang fmly kn..agknye tula yg dorg pk

      3

      0
  5. Ros says:

    Baguslah, aku pun dah xde kawan dalam hidup. Berkawan dengan Allah je. Manusia semua not worth it.

    10

    1
  6. Kipas Lipas says:

    aku baru 2 bln langsai hutang ptptn aku selama 11 tahun. total hutang rm22,700. tu x termasuk bunga n terbuat ujrah. ujrah konon, padahal mcm refinance je aku rasa. mmg beban kalau pikir pasal hutang ni. wati ni kalau x silap pakai porshe cayenne tu. x beragak. jual je la kete tu buat bayar hutang.

    7

    0
  7. Anonymous says:

    Aku benci orang yang berhutang dan x bayar. Minta Mahkamah Tinggi mufliskan Watie. Jual semua harta dia untuk bayar balik Hana. Semak!

    22

    0
  8. Anonymous says:

    tu kalau kawan yg pinjam. aku ni adik beradik yg pinjam. buat pakai masa nak kawin. tak bagi kang kata tak kenang jasa, tak nak tolong la. tp last, aku yg merana. bukan mintak banyak. bayar je bulan2 even sikit pun. kalau rm15k ni dorg pinjam kat bank pastu tak bayar berbulan2 pastu siap bunga lagi agak2 apa dorg kena

    12

    0
  9. nak tau says:

    abang nara kenapa masih tah up stori nelopak kene bash berbakul2 sebab promote supplement utk baby..abang nara bias la..nk up stori nelopak yang elok2 shj yer…mesti abang nara takut nti orang bash nelopak kan.

    1

    5
  10. melati says:

    Jgn Kata kwn2 , adk beradik pun ader kes camgini..!!! ni semua pasal ‘ Biar Papa asal bergaya”…..hmmmm

    3

    0
  11. wekkkkkkk says:

    Byr jelah setakat mampu, asalkn byr..lama2 habisllah. Ini 1 sen pun x bergerak mcm mana. Selagi sihat, kerja dn byr.
    Hati kalau dh “x ada hati mau byr”..maka ambil tindakan lagi lah pada si penghutang tu.
    Hati batu, liat nk byr.

    4

    0
  12. mak cute says:

    dia nk byr pakai apa..job pun dah sendu…laki dia pun 2×5 job sendu…lain la laki dato kaya raya…leh setel hutang…cam fiza elite…cari laki pilot kaya..senang hidup…tumpang senang…dulu meroyan cc x byor

    2

    1
    • wekkkkkkk says:

      oh jobs dh sendu, tapi masih sihatkan, kerja ada di mana2, tak kn rezeki ada di dlm bidang lakonan je. Apa org kaya je ke yg boleh settel hutang, org kaya pun cari duit, bagai nk gila cari duit, nk langsaikan segala invoice2 dn gaji2 yg tungu oleh customer atau pekerja.
      Alasan job dlm lakonan x ada,alasan x leh pakai……

      4

      0
    • Anonymous says:

      watie mn pernah sendu…ada ja muka dia keluar tv…cuma dia ni mmg jenis x nak bayar

      3

      1
  13. benci orang hipokrit says:

    Hana, tak perlu la tunggu lama-lama. Takde adab betul si watie ni. At least bila dah ada perintah mahkamah tu kau tunjukkan la effort kau nak bayar hutang tu, bincangla bayaran secara ansura ke, jual la kereta ke atau apa-apa harta yang kau ada, ni buat senyap je.

    Hana, tak payah tunggu. Sila teruskan dengan tindakan kebankrapan terhadap Watie ni. Biar lepas ni Jabatan Insolvensi yang tolong uruskan harta dan pendapatan dia sampai settle hutang dia kat kau.

    #dasarkawantakkenangbudi

    8

    1
  14. Anonymous says:

    kesian hana ni… kalo di kira2 dari 2013 tak g UK skrg dah 2018 means dah 5thn tak dpt jupe anak… sedih wooo kwn punye pasal tak dpt jupe anak… fail balik jer lah kasi watie ni bankrupt trus baru tau padan muka

    5

    0