October 28th, 2013

Sebentar tadi telah pun berlangsung majlis pengumuman majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Untuk anda yang tidak tahu, Mawar ialah anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda. Mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada 10 November ini di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang.

gambar majlis kahwin fizo omar dan mawar

Sementara itu majlis pertunangan akan berlangsung sehari sebelum majlis pernikahan. Untuk peminat Fizo Omar, anda boleh menonton secara langsung majlis pernikahan pasangan ini menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fizo dan Mawar atas berita gembira ini. Selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan. Tahniah!!!

P.S: Pelancaran Fareeda Aisya. Paten terbaru dari Fareeda. Berkualiti tinggi, corak terkini dan warna-warna yang menarik. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Layari Facebook Fareeda Nyata Jelita utk maklumat lanjut.

 

September 12th, 2013

Fuh~~ Menarik sungguh informasi yang Abang Nara baca di Forum Cari ini. Tidak dapat dipastikan lagi kebenarannya, tetapi khabarnya bakal tunang Fizo Omar ialah model tudung Fareeda yang popular di seantero Malaysia. Gadis tersebut bernama Mawar dan baru berusia 23 tahun.

fareeda

Kalau betullah Mawar ini ialah bakal tunang Fizo, memang pandai Fizo cari orangnya. Dahlah cantik, muda, pandai business dan paling penting menutup aurat. Memang kena dengan ciri-ciri yang Fizo Omar cari selama ini. Nampak gayanya selepas ini makin seronoklah Fizo berbusiness sebab bakal isteri sekepala.

fareeda

Namun begitu, informasi ini masih tidak dapat disahkan kebenarannya. Masih di dalam fasa tekaan. Kalau betul, memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Kalau tak betul, ada can la lelaki di luar sana mengorat si Mawar nie. Hehehe.

P.S: Nissan X-TRAIL serba baharu diperkenalkan

September 11th, 2013

Episod percintaan yang gagal dengan Asmidar Jaafar tidak menghalang Fizo Omar untuk mencari cinta sejati untuk dirinya. Dalam diam, rupa-rupanya Fizo sudah menemui pengganti dan mengakui bakal bertunang tidak lama lagi. Nampaknya banyaklah hati gadis-gadis di luar sana yang remuk dengan perkhabaran ini.

fizo omar

Enggan mendedahan identiti pencuri hatinya, bakal tunang Fizo Omar hanya baru dikenali dan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu orang tua. Kata Fizo kepada Berita Harian:-

Dia masih solo dan muda daripada saya, dia juga bukan isteri atau tunang orang. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.

Bagaimanapun saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih, bimbang ia tak jadi. Saya kena jaga hati pihak sebelah sana juga, takut kenyataan saya keluarkan nanti menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.

Saya juga tak kata nak bertunang bulan depan, cuma kalau dapat buat lagi cepat, lagi bagus. Siapa gerang orang itu, biarlah rahsia.

fizo

Restu dah dapat, hati dah terpaut, apa tunggu lagi kan? Tahniah kepada Fizo Omar atas keputusan untuk melangkah satu kaki ke alam perkahwinan. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Tak sabar rasanya nak melihat wanita manakah yang berjaya mencuri hati Fizo. Mesti sama cantik sama padan. Tak gitu?

P.S: MUGEN untuk Honda Jazz memang cantik!!!