Written by AbangNara | September 11th, 2013

Episod percintaan yang gagal dengan Asmidar Jaafar tidak menghalang Fizo Omar untuk mencari cinta sejati untuk dirinya. Dalam diam, rupa-rupanya Fizo sudah menemui pengganti dan mengakui bakal bertunang tidak lama lagi. Nampaknya banyaklah hati gadis-gadis di luar sana yang remuk dengan perkhabaran ini.

fizo omar

Enggan mendedahan identiti pencuri hatinya, bakal tunang Fizo Omar hanya baru dikenali dan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu orang tua. Kata Fizo kepada Berita Harian:-

Dia masih solo dan muda daripada saya, dia juga bukan isteri atau tunang orang. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.

Bagaimanapun saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih, bimbang ia tak jadi. Saya kena jaga hati pihak sebelah sana juga, takut kenyataan saya keluarkan nanti menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.

Saya juga tak kata nak bertunang bulan depan, cuma kalau dapat buat lagi cepat, lagi bagus. Siapa gerang orang itu, biarlah rahsia.

fizo

Restu dah dapat, hati dah terpaut, apa tunggu lagi kan? Tahniah kepada Fizo Omar atas keputusan untuk melangkah satu kaki ke alam perkahwinan. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Tak sabar rasanya nak melihat wanita manakah yang berjaya mencuri hati Fizo. Mesti sama cantik sama padan. Tak gitu?

P.S: MUGEN untuk Honda Jazz memang cantik!!!

39 responses to Fizo Omar Akui Bakal Bertunang, Bercinta Selepas Kahwin

  1. Nora says:

    Mana bapa mawar ye? Mak dia ibu tunggal kah?

  2. […] Fizo Omar Akui Bakal Bertunang, Bercinta Selepas Kahwin (38) […]