October 28th, 2013

Sebentar tadi telah pun berlangsung majlis pengumuman majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Untuk anda yang tidak tahu, Mawar ialah anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda. Mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada 10 November ini di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang.

gambar majlis kahwin fizo omar dan mawar

Sementara itu majlis pertunangan akan berlangsung sehari sebelum majlis pernikahan. Untuk peminat Fizo Omar, anda boleh menonton secara langsung majlis pernikahan pasangan ini menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fizo dan Mawar atas berita gembira ini. Selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan. Tahniah!!!

P.S: Pelancaran Fareeda Aisya. Paten terbaru dari Fareeda. Berkualiti tinggi, corak terkini dan warna-warna yang menarik. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Layari Facebook Fareeda Nyata Jelita utk maklumat lanjut.

 

Comments are closed.