November 20th, 2013

Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya?

tiz zaqyah dan kekasih

Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-

Jika jodoh panjang, saya akan berkahwin dengannya. Siapa yang tak mahu berkahwin, naluri wanita untuk berkahwin itu tetap ada.

Namun, saya percaya jodoh itu ketentuan ALLAH SWT dan DIA sudah menentukan hala tuju perhubungan ini.

Memang tak dinafikan, saya seronok lihat semua rakan artis dah berkahwin dan punyai anak, tapi mungkin belum tiba masanya lagi.

tiz zaqyah dan kekasih

Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan.

tiz zaqyah dan kekasih

Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih

July 5th, 2013

Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara,  Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia.

tiz zaqyah

Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Abang Nara agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Serius cool!!

tiz zaqyah

Abang Nara tak mampu nak buat macam Tiz sebab takut air akibat trauma lemas suatu ketika dahulu. Lagi beberapa keping gambar Tiz Zaqyah, kekasih dan rakan-rakannya bercuti di Pulau Perhentian dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

tiz zayqahP.S: Dengan Ronasutra, masalah kulit muka yang sering menghantui anda pasti akan hilang. Malah anda boleh kelihatan cantik berseri dan yakin bergaya. Pasti ramai yang akan mengkagumi penampilan anda selepas menggunakan Ronasutra. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Ronasutra atau www.ronasutra.com.

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

January 3rd, 2013

Membaca komen salah seorang pembaca BeautifulNara yang bernama “Selitone”, barulah Abang Nara terperasan yang memang sudah agak lama diri ini tidak berkongsi perkembangan si cantik manis Tizz Zaqyah.

tiz

Sejak putus cinta dengan Remy Ishak pada tahun 2012, tiada lagi kontroversi yang melanda diri Tiz. Kali terakhir Abang Nara membaca temuramah Tiz bersama Harian Metro, khabarnya hati Tiz sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka. Siapakah jejaka itu? Tiz lebih gemar untuk merahsiakannya.

Saya masih Tiz Zaqyah yang sama. Bagi saya, soal cinta biar saya simpan sendiri dan andai orang tahu, ia bukan daripada mulut saya. Saya perasan, peminat kini mula faham prinsip saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka kerana dapat menerima pendirian saya yang lebih memperkatakan soal karier berbanding cerita peribadi.

tiz

Tak apalah buat masa ini tak tahu siapa kekasih Tiz Zaqyah. Nanti dah nak kahwin kita pasti akan tahu juga kan? Apa pun kepada Tiz, semoga tahun 2013 membawakan sinar yang lebih terang berbanding tahun 2012. 5 lagi gambar terbaru Tiz Zaqyah yang dikongsi menerusi Instagramnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

tiz
tiz
tiz
tiz
tiz

September 13th, 2012

Memang sesuai sangat perlantikan Tiz Zaqyah sebagai Duta MAY ini. Abang Nara pun daripada dulu lagi pelik kenapa Tiz tak disambar oleh mana-mana pihak untuk dijadikan duta produk mereka. Bagi Abang Nara, Tiz ada personanya yang tersendiri yang menyebabkan orang menyukainya.

tiz zaqyah duta may

Jutaan tahniah kepada Tiz Zaqyah atas perlantikan ini. Semoga akan dimurahkan lagi rezeki selepas ini. Jadi pelakon dah, jadi penyanyi dah, jadi duta produk pun dah. Lepas ini kita tunggu Tiz jadi isteri orang pulak. Hehehe. Tahniah Tiz!!!

P.S: Gambar sekitar majlis pelancaran iPhone 5.