July 8th, 2013

Susah menjadi orang “hot” seperti Tasha Shilla ini. Selain menjadi rebutan jejaka-jejaka di luar sana, kisah-kisah mengarut memang seringkali dikaitkan dengan dirinya. Kompang tak berbunyi, bungga manggar tak dipasang, tup-tup terdengar khabar angin menyatakan Tasha Shilla sudah berkahwin.
tasha shillaYang menariknya, lelaki yang dikatakan sudah berkahwin dengan Tasha Shilla ini bukanlah Mahali Jasuli atau Datuk J yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Identiti lelaki ini tidaklah pula diketahui. Mungkin lelaki ini sengaja buat cerita kerana kemarukkan Tasha? Terang Tasha Shilla:-

Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu

tasha shilla

Kalau betul gentleman, janganlah sebarkan berita mengarut ini. Pergi jumpa Tasha Shilla depan-depan dan luahkan isi hati anda. Jangan pendam. Kang kena rembat dengan orang lain, hati sendiri juga yang merana. Namun mungkin anda perlu bersabar sedikit kerana Tasha Shilla buat masa ini malas lagi nak bercinta.

Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja

Betul tue. Masa muda-muda tengah bertenaga inilah kena kerja keras untuk kumpul duit. Berlakon mana ada EPF semua. Kena pandai cari duit untuk simpanan masa tua. Jangan sibuk nak bercinta sampai kerja pun jadi tunggang-langgang dibuatnya. Semoga Tasha akan dapat terus fokus dengan kerjanya dan mengelakkan percintaan sehingga benar-benar bersedia kelak.

January 16th, 2013

Agak mengejutkan tetapi itulah kenyataan. Tasha Shilla yang merupakan pemenang kategori Artis Wanita Baru Popular ABPBH2011 langsung tidak berjaya memasuki senarai Top 10 untuk ABPBH edisi 2012. Memang pelik tetapi itulah faktanya.

tasha shilla abpbh2012

Menurut laman web rasmi ABPBH, ketiadaan nama Tasha Shilla dalam Top 10 telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Takkanlah dalam masa setahun peminat-peminat Tasha Shilla telah berkurangan sehingga ke tahap itu? Atau mungkin memang populariti Tasha Shilla jatuh merudum ekoran beberapa kontroversi sepanjang tahun 2012?

tasha shilla abpbh2012

Bagi Abang Nara kalau tak tercalon pun tak apa. Kalau tercalon, itu bonus. Lagipun Abang Nara tengok Tasha Shilla memang banyak keluar drama semenjak dua menjak ini. Lebih baik fokuskan kerjaya daripada mengejar anugerah sebegini. Lagi banyak berlakon, lagi banyaklah sumber pendapatan. Tak ke gitu?

P.S: Kejadian tanah runtuh yang membentuk lubang.

October 29th, 2012

Abang Nara pernah makan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Gombak. Boleh tahan jugaklah rasanya. Tak sangka pula rupa-rupanya “Datuk J” yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik restoran Sekinchan Ikan Bakar.

datuk jamal sekinchan ikan bakar

Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-

Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu.

tasha shilla datuk j

Tak ada sebab rasanya Datuk Jamal untuk membuat hubungan sulit dengan Tasha Shilla. Wifenya pun cun melecun orangnya. Lagipun bak kata si isteri, suaminya sibuk dengan perniagaan dan tak ada masa untuk semua ini. Diharap selepas ini tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk Jamal dan Tasha Shilla terpampang di dada akhbar.

October 25th, 2012

Entah mengapa, nama Tasha Shilla sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang tak sudah-sudah. Paling terbaru ialah gosip tentang kehidupannya ditaja oleh seorang Datuk yang hanya dikenali dengan nama Datuk J. Malah kereta Audi A5 milik Tasha juga dikatakan ditaja oleh Datuk J ini.

tasha shilla

Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak. Abang Nara tersentuh hati apabila Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Sedih kan? Kata Tasha:-

Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.

tasha shilla

Abang Nara rasa ada pihak yang dengki dengan Tasha Shilla. Lagi-lagi bila Tasha memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Itu yang gosip-gosip sebegini disebarkan untuk menjatuhkan Tasha Shilla. Diharap Tasha dapat bersabar dengan dugaan sebegini dan terus menunjukkan mutu lakonan yang hebat untuk menutup mulut orang ramai.