July 8th, 2013

Susah menjadi orang “hot” seperti Tasha Shilla ini. Selain menjadi rebutan jejaka-jejaka di luar sana, kisah-kisah mengarut memang seringkali dikaitkan dengan dirinya. Kompang tak berbunyi, bungga manggar tak dipasang, tup-tup terdengar khabar angin menyatakan Tasha Shilla sudah berkahwin.
tasha shillaYang menariknya, lelaki yang dikatakan sudah berkahwin dengan Tasha Shilla ini bukanlah Mahali Jasuli atau Datuk J yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Identiti lelaki ini tidaklah pula diketahui. Mungkin lelaki ini sengaja buat cerita kerana kemarukkan Tasha? Terang Tasha Shilla:-

Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu

tasha shilla

Kalau betul gentleman, janganlah sebarkan berita mengarut ini. Pergi jumpa Tasha Shilla depan-depan dan luahkan isi hati anda. Jangan pendam. Kang kena rembat dengan orang lain, hati sendiri juga yang merana. Namun mungkin anda perlu bersabar sedikit kerana Tasha Shilla buat masa ini malas lagi nak bercinta.

Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja

Betul tue. Masa muda-muda tengah bertenaga inilah kena kerja keras untuk kumpul duit. Berlakon mana ada EPF semua. Kena pandai cari duit untuk simpanan masa tua. Jangan sibuk nak bercinta sampai kerja pun jadi tunggang-langgang dibuatnya. Semoga Tasha akan dapat terus fokus dengan kerjanya dan mengelakkan percintaan sehingga benar-benar bersedia kelak.


Comments are closed.

Loading...