September 5th, 2017

Putus cinta itu memang sesuatu yang cukup memedihkan. Memang merana satu badan dibuatnya. Fizikal, mental dan emosi semua terganggu. Ada orang lepas seminggu dah boleh pulih daripada putus cinta. Ada orang makan masa bertahun-tahun. Untuk Tasha Shilla, dia mengambil masa 2 tahun untuk berehat daripada dunia lakonan selepas putus cinta. Kini Tasha Shilla kembali aktif dan akan berlakon kembali.

tasha shilla

Selepas 2 tahun merehatkan diri, Tasha Shilla menyedari bahawa dunia lakonan adalah jiwa dan terapi buat dirinya. Kata Tasha Shilla:-

Jujurnya ketika putus cinta emosi saya sangat terganggu. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada lakonan untuk stabilkan emosi. Tawaran lakonan sentiasa ada cuma saya yang menolak kerana ketika itu belum bersedia untuk bekerja.

Saya tidak mahu menjadi orang yang tamak memperjudikan kerjaya dan menyusahkan orang lain kerana sedar dalam tempoh itu memang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap lakonan.

Kerja saya sebagai pelakon membawa karakter orang lain, tetapi emosi sendiri tidak stabil. Bagi saya ia satu keputusan yang tepat dan tidak pernah menyesal kerana yakin rezeki sentiasa ada.

Saya banyak belajar dengan apa yang berlaku dan kekal positif. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bercinta. Soal hati saya tolak ke tepi dulu. Sebelum ini selama tujuh tahun saya bekerja tanpa henti. Selepas berehat selama dua tahun baru saya sedar dunia lakonan merupakan jiwa dan terapi yang membuatkan saya sentiasa gembira.

tasha shilla

Apa yang lebih menarik dengan “comeback”nya kali ini ialah Tasha Shilla tampil dengan imej lebih sopan. Kalau dulu sebut nama Tasha Shilla je dah terbayang seorang gadis yang seksi, kini bersesuaian dengan kematangan umurnya, Tasha lebih menitikberatkan soal penampilan. Kata Tasha:-

Dahulu saya masih muda sentiasa ingin bergaya dengan selesa tanpa memikirkan impaknya. Sekarang pada usia 30 tahun dengan fikiran lebih matang, rasanya saya lebih selesa dengan gaya sopan dan sesuai dengan usia.

Perubahan itu dibuat bukan kerana peminat, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya masih Tasha Shilla dan akan kekal menjadi diri saya sampai bila-bila. Apapun seksi itu bersifat subjektif, kadangkala saya pakai kebaya orang masih kata seksi

tasha shilla

Abang Nara doakan agar nama Tasha Shilla akan kembali meletup selepas berehat sekian lama. Bab lakonan Tasha Shila memang A+. Cuma kebiasannnya kontroversi menutup mata orang ramai daripada melihat kehebatan lakonannya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Good luck and all the best. Sumber Kosmo.

March 1st, 2017

Nama Tasha Shilla satu ketika dahulu seringkali terpalit dengan kontroversi. Namun sejak kebelakangan ini, kita jarang mendengar apa-apa cerita tentang pelakon cantik ini. Senyap betul. Tak ada gosip, tak ada cerita kekasih pakwe Tasha Shilla, tak ada gaduh-gaduh. Nampak gayanya Tasha Shilla sudah berubah dan kini memberikan fokus 100% terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

tasha shilla

Menurut Tasha, hari-hari yang dilaluinya lebih tenang tanpa sebarang publisiti. Hal itu sekali gus membuka ruang buatnya untuk mengatur semula karier seni yang sudah lama senyap. Kata Tasha Shilla:-

Benar, sempena kedatangan tahun baharu, saya berazam untuk memberi fokus terhadap kerjaya sahaja. Saya juga lebih selektif dan hanya memilih karya-karya berkualiti. Berbanding awal kemunculan dahulu, saya lebih prihatin dengan watak dan jalan cerita yang ditawarkan agar ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Apa yang berlaku suatu ketika dahulu biarlah menjadi sejarah. Perkara yang baik dijadikan teladan dan yang buruk, kita tinggalkan. Kini, saya lebih positif dalam meneruskan kehidupan.

tasha shillla

Baguslah kalau Tasha Shilla lebih positif dan mahu lebih selektif dalam memilih watak lakonannya. Kata orang, semakin lama kita hidup, semakin matang diri kita. Jadi diharap tiada lagi kontroversi-kontroversi yang akan melanda Tasha. Fokus kepada kerjaya. Untung-untung dapat berlakon sampai ke Hollywood macam Raja Ilya. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Tasha Shilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Kosmo.

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla

tasha shilla
tasha shilla
tasha shilla
tasha shilla

September 18th, 2015

Lama rasanya Abang Nara tak kongsikan surat terbuka pembaca BeautifulNara untuk mana-mana selebriti. Selalunya surat sebegini adalah luahan hati terhadap artis yang sedang hangat dilanda kontroversi. Kali ini, seorang pembaca yang ingin dirahsiakan namanya telah menghantar luahan yang agak panjang lebar dalam Bahasa Inggeris buat Tasha Shilla. Rasanya tak perlulah diperkenalkan siapa itu Tasha Shilla. Kepopularitian Tasha Shilla memang tak boleh dinafikan lagi.
tasha shilla

Seperti yang kita tahu, sejak kebelakangan ini Tasha Shilla memang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada gambar separuh bogel yang didakwa milik Tasha, kemudian ada tragedi bekas kekasihnya dipukul atas arahan Tasha dan semestinya, pakaian Tasha Shilla yang terlalu seksi sehingga menjolok mata. Sebulan kalau tak ada kontroversi, memang bukan Tasha Shilllalah namanya.

tasha shilla

Kecewa dengan sikap Tasha Shilla, si pembaca BeautifulNara ini telah menulis luahan hati di bawah (maaf tak pandai translate sebab bahasa omputih Abang Nara dah berkarat).

Salam and hi Tasha Sheila,

I won’t say anything related to religions due to your childish act these past few days. Because I believe that one should hate the sin and not the sinner. Firstly, yes I hate what you did dengan memakai pakaian yang pada I too much. You might say your parents are okay with it but wallahualam if other parents are okay seeing their daughter in such manners.

Do you know that 8 out of 10 girls in Malaysia are considered remaja bermasalah sosial? Do you know that 4 out of 10 girls in Malaysia mengandung anak luar nikah? No you did not. Because if you knew, you, as a public personality, won’t set such examples. Because if you knew, you would consider other parents and other girls fate. It is heartbreaking that NGOs and others work so hard to help curb the social illness in our society and yet public personality like you can throw it away just like that.

Again, i believe there is a kindness in your heart. You might be a soft spoken person in real life, you might be a very hard working girl and so on, and anything that i dont know of and thus i dont hate you, but i really hate what you are doing to yourself and especially to others parents and girls out there.

Here is another reason, the one yang I sangat kecewa. For years, women has fight equality and justice in their life. Trying hard to eliminate the sex symbol out of the way. We believe that women need not to show their skins to be desired at. We believe that women should not be the object and victim of fashion.

I am speaking on behalf of women generally and not Islam. But what you did these past few days just show that all our effort are down by the drain memandangkan you potray that you need to be sexy to get something, which i dont know what are you trying to prove. For all we know, Kate Middleton never wore something flashy to get the attention of the world and to secure her a prince for the rest of her life. For all we know, Yuna is building her names out there in a modest way possible and making us all proud.

And so, I hope you help us in helping the society. If you cant do that, just stop becoming the roots of the problems. You can join us empower women and curb social illness or at least you can help us by not giving a bad example to these young girls.

Thank you.

tasha shilla

Abang Nara suka dengan pendekatan pembaca ini yang menggunakan ‘wanita’ sebagai asas kepada tegurannya. Iyerlah kadangkala ramai yang sentap apabila ditarbiyah menggunakan nama agama. Teguran sebegini cukup umum dan tidak mengaitkan sebarang dosa dan pahala, cuma ia melibatkan maruah seorang wanita. Apa kata anda? Adakah anda bersetuju dengan kata-kata si penulis ini? Kongsikan di ruangan komen.

February 11th, 2014

Macam-macam sungguh perkara yang terjadi di Anugerah MeleTOP. Hadir dengan kekasih “Muay Thai”nya, Tasha Shilla didakwa bercumbuan di khalayak ramai. Mereka berdua dikatakan berciuman tanpa mengendahkan orang ramai ketika berlangsungnya majlis ini. Macam tak logik bukan? Takkanlah Tasha Shilla dan kekasihnya tak boleh berfikir untuk melakukan perbuatan sebegitu dengan sebegitu ramai orang memandang.

tasha shilla

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tasha Shilla menerangkan yang dirinya masih waras dan sensitif untuk tidak melakukan perbuatan sumbang sebegitu. Kata Tasha Shilla:-

Takkan saya bercium depan orang dalam majlis macam itu? Saya ini masih waras dan sensitif lagilah untuk buat benda macam itu. Takkanlah di acara macam itu dan depan khalayak pulak saya nak buat begitu?

Cukup-cukuplah (menuduh). Susah kalau orang mulut tempayan memang payah nak tutup, ada saja benda nak ditimbulkan. Saya sentiasa sedar dan peka batas-batas agama dan status sebagai selebriti.

Saya sendiri tak tahu atau perasaan jika bercium dengan Han (dalam majlis) tapi secara logik, takkan nak buat macam itu.

tasha shillaSementara itu Tasha Shilla juga menafikan yang dia sengaja menonjolkan punggung dan buah dadanya dengan memakai “padding”. Nampak gaya memang “original”lah Tasha Shilla punya. Untunglah Han. Hehehe. Dapat awek badan terbaik punya. Hehehe.

P.S: Selfie hilangkan keyakinan diri