December 6th, 2013

Selama ini Abang Nara terdengar khabar angin yang menyatakan gaji Aidil Zafuan selaku pemain bola sepak JDT mencecah RM30,000. Rupa-rupanya hanya RM10,000 sahaja. Tersasar jauh nampaknya khabar angin tersebut. Patutlah Aidil menganggap tuntutan nafkah RM5,392 sebulan daripada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai tidak munasabah.
rita rudainiDi dalam tuntutannya, Rita Rudaini memohon belanja untuk 18 kotak susu, kos lampin pakai buang dan kos makanan untuk 2 orang anak mereka. Memberitahu tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah, Aidil berkata:-

Jumlah kos susu tidak logik kerana anak-anak sudah makan makanan pejal dan permintaan itu di luar perbelanjaan mereka. Kos lampin pakai buang juga saya tidak setuju kerana anak sudah pandai ke tandas terutama yang sulung.

rita dan aidilRita juga turut menuntut kos percutian, alat mainan dan kos sewa rumah sebanyak RM1,500. Selain itu, Rita juga ada memohon kos perubatan sebanyak RM200 setiap bulan. Aidil ternyata tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan ini. Terang Aidil:-

Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah. Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac 2012.

rita rudainiSecara jujur, RM5,392 ini memang masuk akal juga sebenarnya lebih-lebih lagi dengan harga susu formula dan lampin pakai buang yang semakin tinggi harganya. Walaupun anak sudah makan pejal, namun susu tetap harus diberikan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lagipun tuntutan tersebut termasuk bayaran rumah sewa yang bernilai RM1,500. Mungkin Aidil dan Rita boleh berbincang secara baik untuk menetapkan nafkah anak-anak mereka yang tidak membebankan kedua-dua belah pihak.

P.S: Jom dapatkan tudung Fareeda Aisya nie. Pilihan yang pelbagai dan sememangnya berkualiti tinggi. Jom layari FB Fareeda untuk tempahan.

November 27th, 2012

Di kala peminat bola sepak Malaysia sedang memfokuskan kepada kejohanan Piala AFF Suzuki Cup, Aidil Zafuan hari ini tampil di Mstar Online untuk memberitahu yang dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa.
aidil zafuan

Sedih jugak Abang Nara membaca kata-kata yang dituturkan oleh Aidil Zafuan. Abang Nara faham hati Aidil lagi-lagi semenjak Abang Nara bergelar ayah ini. Kata Aidil:-

Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya. Saya percaya anak-anak tidak tahu apa-apa jika tidak diajar mengenai sesuatu perkara. Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka. Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa.

Untuk makluman, Aidil sangat kecewa apabila mengetahui Rita Rudaini bersama anak-anak kini berada di Australia tanpa pengetahuannya. Apa pun Abang Nara rasa buat masa ini Aidil janganlah fikir sangat mengenai masalah keluarga. Fokuskan terlebih dahulu dalam perlawanan AFF Suzuki Cup. Dah habis nanti barulah selesaikan masalah ini. Tak gitu?

P.S: Supreme championship cat. Comel gila kucing-kucing.

August 2nd, 2012

Walaupun telah dinasihatkan oleh hakim mahkamah untuk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Aidil secara perbincangan, nampaknya Rita enggan berbuat demikian. Bagi Rita, masalah rumah tangganya telah pun dibawa ke mahkamah. Oleh sebab itu tiada keperluan bagi Rita dan Aidil untuk menyelesaikannya secara perbincangan.

rita dan aidil

Kata Rita kepada wartawan Mstar Online:-

Perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu kerana kes kami telah pun dibawa ke mahkamah.

Abang Nara pasti Rita ada sebabnya yang tersendiri (yang hanya diketahui olehnya) untuk tidak cuba berbincang menyelesaikan masalah rumah tangganya. Janganlah kita menghakimi Rita sebagai keras kepala atau sebagainya. Apa pun, Abang Nara pasti ramai peminat Rita Rudaini yang berdoa agar kes mahkamah Rita dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan.