December 6th, 2013

Selama ini Abang Nara terdengar khabar angin yang menyatakan gaji Aidil Zafuan selaku pemain bola sepak JDT mencecah RM30,000. Rupa-rupanya hanya RM10,000 sahaja. Tersasar jauh nampaknya khabar angin tersebut. Patutlah Aidil menganggap tuntutan nafkah RM5,392 sebulan daripada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai tidak munasabah.
rita rudainiDi dalam tuntutannya, Rita Rudaini memohon belanja untuk 18 kotak susu, kos lampin pakai buang dan kos makanan untuk 2 orang anak mereka. Memberitahu tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah, Aidil berkata:-

Jumlah kos susu tidak logik kerana anak-anak sudah makan makanan pejal dan permintaan itu di luar perbelanjaan mereka. Kos lampin pakai buang juga saya tidak setuju kerana anak sudah pandai ke tandas terutama yang sulung.

rita dan aidilRita juga turut menuntut kos percutian, alat mainan dan kos sewa rumah sebanyak RM1,500. Selain itu, Rita juga ada memohon kos perubatan sebanyak RM200 setiap bulan. Aidil ternyata tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan ini. Terang Aidil:-

Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah. Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac 2012.

rita rudainiSecara jujur, RM5,392 ini memang masuk akal juga sebenarnya lebih-lebih lagi dengan harga susu formula dan lampin pakai buang yang semakin tinggi harganya. Walaupun anak sudah makan pejal, namun susu tetap harus diberikan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lagipun tuntutan tersebut termasuk bayaran rumah sewa yang bernilai RM1,500. Mungkin Aidil dan Rita boleh berbincang secara baik untuk menetapkan nafkah anak-anak mereka yang tidak membebankan kedua-dua belah pihak.

P.S: Jom dapatkan tudung Fareeda Aisya nie. Pilihan yang pelbagai dan sememangnya berkualiti tinggi. Jom layari FB Fareeda untuk tempahan.


Comments are closed.

Loading...