Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sanggup Buat Apa Saja Untuk Hak Seorang Bapa – Aidil Zafuan

Di kala peminat bola sepak Malaysia sedang memfokuskan kepada kejohanan Piala AFF Suzuki Cup, Aidil Zafuan hari ini tampil di Mstar Online untuk memberitahu yang dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa.
aidil zafuan

Sedih jugak Abang Nara membaca kata-kata yang dituturkan oleh Aidil Zafuan. Abang Nara faham hati Aidil lagi-lagi semenjak Abang Nara bergelar ayah ini. Kata Aidil:-

Advertisement

Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya. Saya percaya anak-anak tidak tahu apa-apa jika tidak diajar mengenai sesuatu perkara. Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka. Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa.

Untuk makluman, Aidil sangat kecewa apabila mengetahui Rita Rudaini bersama anak-anak kini berada di Australia tanpa pengetahuannya. Apa pun Abang Nara rasa buat masa ini Aidil janganlah fikir sangat mengenai masalah keluarga. Fokuskan terlebih dahulu dalam perlawanan AFF Suzuki Cup. Dah habis nanti barulah selesaikan masalah ini. Tak gitu?

P.S: Supreme championship cat. Comel gila kucing-kucing.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

232 Comments

  1. bedah jambu

    November 30, 2012 at 11:17 am

    kan bagus aidil fikir kan perkara yg baik2 tentang rita…dia sanggup lalui dugaan demi utk mengembirakan anak2..kami doakn kalian dapt bersatu semula demi masa depan anak2.kalau bersatu semula kan boleh jaga anak2 tu sama2..rita n aidil memang sepadan.belajar dari kesilapan,buang yg keruh ambil yg jernih.jangan dengar kata orang yg suka memporakperanda kan rumahtangga nie

  2. abah baik

    November 29, 2012 at 9:04 pm

    hak bapa???meh sini nak ajar cara nak jadi bapa yang baik…bapa yang baik ialah bapa yang ada AMANAH TANGGUNGJAWAB yang sentiasa berada bersama keluarga, anak2 yang masih kecil memrlukan pehatian yg lebih dr ibubapa..ko ada ke? ko ada ke tengok bgmn anak2 membesar? mlm2 anak merengek..sakit ke dmam..ada ko bwk g klinik ambil ubat? brg2 keperluan hidup ada ko pi cari bagi anak2 makan hari2???keselamatan anak2 ada ko kesah???pembelajaran anak2 ada ko tunjuk ajar??kalu ko kata ko ade semua tu tunjukkanlah!!!jgn dok melalak tentang hak ko pulak..

  3. Anonymous

    November 29, 2012 at 4:07 pm

    aidil bodoh xlayak kot ko tuh…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top