June 10th, 2010

gambar terbaru manohara

Kat Malaysia kita sibuk-sibuk masuk mahkamah nak suruh Mahohara bayar denda, dia rileks je pergi parti sana sini. Aih. Memang tak ada impak apa-apa kot kat si Manohara nie. Makin happy lagi ada la. Siap leh berpeluk-pelukan lagi ngan lelaki mana ntah. Padahal masih bini orang.

Sila bawak balik minah Manohara nie dan jatuhkan hukuman yang sepatutnya. Nanti makin ramai la orang Indonesia kat luar sana buat tak peduli je kat kita. Dahlah skang nie pun datang Malaysia nie pun dah banyak buat hal. Memang diorang nie dasar tak kenang budi kot?

Lagi gambar terbaru Manohara yang riang-ria berfoya-foya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Ada lagi banyak gambar yang tak dikongsi lagi. Kalau nak lagi sila komen dan bagitau anda nak kami keluarkan gambar tue.

P.S: Time wedding korang nanti, jangan plak amik gambar camnie. Drop your own water face only.

gambar terbaru manohara

gambar terbaru manohara

gambar terbaru manohara

gambar terbaru manohara

gambar terbaru manohara

December 15th, 2009

Manohara oh Manohara. Memang panas betul kisah Manohara Odelia Pinot nie. Terbaru semalam Manohara diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk membayar RM1.2 juta sekaligus dalam masa 30 hari.

Selain itu Manohara juga perlu balik taat kepada suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra jika tidak mahu digelar isteri derhaka.

Pandangan kami, Manohara sebenarnya memang tak amik kisah atau dalam erti kata lain dia memang buat “derk” jer dengan kes mahkamah nie. Buktinya semalam masa kes perbicaraan tak ada langsung wakil Manohara. Batang hidung Manohara memang dah compem tak nampak dah. Peguam dia pun tak datang jugak. Apa kes nya nie?

Rasanya dia pun tak tahu kot yang dia tengah ada kes kat mahkamah. Maklumlah orang tengah syok jadi artis kat Indonesia tue. Sibuk shooting ke sana ke mari. Compem tak ada masa nak amik tau pasal kes dia yang satu nie.

Cuma satu kami tertanya-tanya. Katakanlah memang Manohara tak balik rujuk dalam masa 14 hari, apa tindakan yang boleh diambil oleh mahkamah. Sebab sekarang nie Manohara tue tengah lepak kat Indonesia. Boleh ke keputusan mahkamah Malaysia digunakan di Indonesia tue? Ada sesiapa yang tau?

Yang penting bagi kami, kesimpulan daripada cerita Manohara nie ialah orang Indonesia yang macam Manohara nie sememangnya tak mengenang budi. Orang bagi madu dibalasnya racun. Panas hati kami!!!

November 6th, 2009

manohara kalah

Muahahahaha (gelak gaya Haji Bakhil). Padan muka Manohara. Berani sangat nak menyaman orang, akhirnya kau sendiri yang tersungkur. Mana la kau nak cekau duit nak bayar kat Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Konon macho la saman fitnah orang sampai RM105 juta. Lepas tue seorang demi seorang peguam bela tarik diri. Last-last diri sendiri pun tak datang mahkamah. Agaknya dah tau nak kalah kot.

Mungkin sebab tue Manohara bergiat cergas berlakon dalam sinetron kot. Tengah nak mengumpul duit nak membayar kat suami dia. Tapi tak tau la dia ingat lagi ke tak pasal kes saman nie. Almaklumlah tengah mabuk dalam dunia selebriti Indonesia. Kang tak pasal-pasal dia berpura-pura tak tahu pasal kes saman fitnah nie.

Buat Manohara, padan muka anda. Kami memang anti dengan orang yang over-confidence tak ingat padahal memang terang benderang dia yang bersalah. Buat Temenggung Kelantan tue, lepas nie cari jerlah rakyat Malaysia nak wat bini. Orang Indonesia nie susah dan menyusahkan.

Untuk baca cerita sepenuhnya yang dicedok dari Utusan, sila baca artikel ini selengkapnya.

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.

Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif.

Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.

Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu.

Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.

Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir.

Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu.

Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Mohd. Haaziq turut memberitahu, berapa pun jumlah ganti rugi yang bakal ditaksir oleh mahkamah, ia tidak dapat mengembalikan semula reputasi anak guamnya.

Menurut peguam itu, anak guamnya telah difitnah dengan pelbagai tohmahan seperti merogol dan mencederakan Manohara serta digambarkan seorang yang ganas.

Justeru itu, Mohd. Haaziq menyatakan, defendan sepatutnya hadir ke mahkamah dengan bukti dan keterangan tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian malahan tidak melantik peguam baru.

Selain tuntutan sivil, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 4 Julai lalu terhadap isterinya itu.

Tengku Muhammad Fakhry menuntut agar Manohara kembali taat kepada beliau dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250.

Pada 3 November lalu, peguam syarie, Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie turut menarik diri daripada mewakili Manohara dalam kes syariah tersebut.

Hakim Syarie, Mohd. Yusof Awang menetapkan 8 November dan 20 Disember ini untuk mendengar kedua-dua tuntutan saman Tengku Muhammad Fakhry.

July 22nd, 2009

manohara

Respek habis kami kat mak si Manohara nie. Namanya Daisy Fajarina. Rilek jer dia cakap tak takut kena saman RM105 juta kat Tengku Temenggung. Rasanya mak si Manohara nie ingat 105 juta rupiah kot bukannya 105 juta Ringgit Malaysia.

Untuk yang tak tahu, Tengku Temenggung Kelantan menyaman Manohara dan ibunya sebanyak RM105 juta kerana membuat fitnah kepada dia. Saman tue dah pun difailkan cuma tunggu masa jer kedua-dua pihak naik ke mahkamah.

Tak tahan dengar cakap mak si Manohara nie:-

[note]“Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami [/note]

Sempat lagi pikir nak dapat duit RM105 juta tue kalau dia menang. Orang pikirlah dapat bersihkan nama keluarga ke apa ke. Memang dasar mata duitan kot?

P.S: Kami sebenarnya memang tak suka orang Indonesia kat Malaysia nie. Diorang ingat Malaysia nie diorang punya ker? Naik komuter pakai singlet jer. Pastue tenung kami macam kitorang plak datang menetap kat Malaysia. Ikut hati rasa nak lempang jer.