Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Manohara Bakal Derhaka Dalam Masa 14 Hari

Manohara oh Manohara. Memang panas betul kisah Manohara Odelia Pinot nie. Terbaru semalam Manohara diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk membayar RM1.2 juta sekaligus dalam masa 30 hari.

Advertisement

Selain itu Manohara juga perlu balik taat kepada suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra jika tidak mahu digelar isteri derhaka.

Pandangan kami, Manohara sebenarnya memang tak amik kisah atau dalam erti kata lain dia memang buat “derk” jer dengan kes mahkamah nie. Buktinya semalam masa kes perbicaraan tak ada langsung wakil Manohara. Batang hidung Manohara memang dah compem tak nampak dah. Peguam dia pun tak datang jugak. Apa kes nya nie?

Rasanya dia pun tak tahu kot yang dia tengah ada kes kat mahkamah. Maklumlah orang tengah syok jadi artis kat Indonesia tue. Sibuk shooting ke sana ke mari. Compem tak ada masa nak amik tau pasal kes dia yang satu nie.

Cuma satu kami tertanya-tanya. Katakanlah memang Manohara tak balik rujuk dalam masa 14 hari, apa tindakan yang boleh diambil oleh mahkamah. Sebab sekarang nie Manohara tue tengah lepak kat Indonesia. Boleh ke keputusan mahkamah Malaysia digunakan di Indonesia tue? Ada sesiapa yang tau?

Yang penting bagi kami, kesimpulan daripada cerita Manohara nie ialah orang Indonesia yang macam Manohara nie sememangnya tak mengenang budi. Orang bagi madu dibalasnya racun. Panas hati kami!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama