Written by AbangNara | December 11th, 2013

Sama cantik sama padan. Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri memang nampak berseri-seri dan menawan di hari pernikahan mereka. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

gambar pernikahan jovian nina

Lagi 14 keping gambar sekitar majlis pernikahan Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Jovian, Instagram Nina dan PrettyPeektures.

 
Written by AbangNara | December 10th, 2013

Esok Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri bakal dinikahkan di Istana Negara lama. Hari ini dan semalam, bakal pengantin baru ini telah pun mengadakan majlis bersiram, berinai dan khatam Al Quran bersempena perkahwinan mereka. Memang nampak meriah sekali. Lebih-lebih lagi majlis bersiram yang mengikut adat Jawa.

nina ismail sabri

Mesti sejuk Nina kena siram dengan air. Hehehe. Abang Nara yakin Jovian dan Nina sudah tidak sabar lagi untuk menunggu ketibaan hari esok. Semoga segala persiapan telah pun siap dan mengikut apa yang dirancang. Tak sabar Abang Nara nak menunggu detik istimewa mereka berdua.

nina ismail sabri

Beberapa lagi gambar sekitar majlis berinai, bersiram dan khatam Al Quran Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Jovian, Instagram Nina dan Instagram Min PrettyPeektures.

 
Written by AbangNara | December 9th, 2013

Wow!!! Cantik sangat-sangat gambar pra perkahwinan yang diambil oleh bakal pengantin baru kita ini. Seperti Che Ta, Jovian dan Nina juga turut memilih Paris sebagai lokasi penggambaran mereka. Jurugambar yang digunakan tidak lain tidak bukan PrettyPeektures yang cukup terkenal dengan hasil gambar yang awesome.

gambar kahwin jovian nina

Hampir meleleh air mata Abang Nara melihat ke”awesome”an gambar-gambar mereka berdua ini. Untuk anda yang tidak tahu, Jovian dan Nina bakal disatukan sebagai suami isteri pada 11.12.2013 ini (Rabu). Pasti mereka sedang berdebar-debar mengira detik bersejarah yang tinggal 2 hari sahaja lagi.

gambar kahwin jovian nina

Semoga segala persiapan perkahwinan Jovian dan Nina berjalan lancar seperti yang dirancang. Tahniah sekali lagi diucapkan atas ikatan suami isteri yang bakal dijalinkan. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pra perkahwinan Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pretty Peektures.

P.S: Honda Vesel, crossover daripada Honda Jazz