Written by AbangNara | June 15th, 2010

faizal tahir mati syahid

Kagum kami dengan kesungguhan Faizal Tahir dalam usaha membantu rakyat Palestine yang kini masih dibelenggu dengan kekejaman Israel. Sanggup mati syahid. Memang susah nak dapat manusia, lagi-lagi artis yang sanggup berkorban sebegini.

[note]Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,[/note]

Tahniah kami ucapkan kepada Faizal Tahir. Kami kagum dan terharu dengan niat anda. Walaupun tak dapat buat betul-betul, at least niat tue dah ada. Banyak dapat pahala tue. Semoga semakin ramai artis Malaysia yang mencontohi sikap Faizal Tahir nie.

Oh ye sebelum terlupa Faizal Tahir adalah duta kempen Bebaskan Bumi Palestin yang dianjurkan oleh TV3. Ini pun dah cukup bukti yang Faizal Tahir bukanlah orang cakap tak serupa bikin. Ada usaha untuk membantu rakyat-rakyat Palestin.

Tahniah buat Faizal Tahir. Dan kita pun marilah buat apa yang termampu. Kalau boleh boikot, boikotlah. Kalau tak boleh pun, cukuplah dengan sekadar membenci kekejaman Israel di hati kecil kita.

Written by AbangNara | November 18th, 2009

faizal tahir

Faizal Tahir nie suka sungguh buat peminat-peminat dia terharu. Ini baru betul sayangkan peminat. Sanggup menahan kesakitan, derita dan luka di tubuh badan demi mahu menghiburkan hati-hati peminat dia. Memang kami respek lu la bro. Bukan senang nak cari artis macam nie. Selalu artis lain wat derk jer kat fan dia. Siap kengkadang dah janji nak wat show pastue tak datang plak. Artis-artis lain sila jadikan Faizal Tahir sebagai contoh seorang artis popular yang tak lupakan diri.

Kalau korang nak baca cerita penuh dia, sila baca artikel ini sepenuhnya. Sumber dari Mstar.

P.S: Seronoknya tengok RedMummy dapat sponsor buat template baru dia. Cantik dan kemas gitu. Kalaulah kami pandai dah lama kami cantikkan lagi BeautifulNara nie. Sayangnya kami nie tak la sepandai mana. Tak ada ke insan yang berhati mulia nak sponsor template BeautifulNara?

 
Written by AbangNara | July 17th, 2009

faizal tahir

Nak ketawa pon ada, nak kesian pun ada jugak baca kisah Faizal Tahir yang terbaru ni.   Faizal Tahir patutnya semalam naik flight pegi Jakarta sempena Anugerah Planet Muzik 2009 (APM),   tapi kena tahan kat imigresen sebab nama dia blacklisted.  Rupanya dia tak bayar hutang PTPTN .

Berapa ribu tu tak dapat la pulak kami pastikan, yang kompem memang dia terkandas lah sorang-sorang kat LCCT. orang lain yang patut pergi macam Ayu, Aizat dan Dafi semuanya selamat  sampai ke Jakarta udah dong.

Adoilah, kalau bayar skit2 kan boleh langsai . Sonang aja bang Faizal oi….duit dari  show tu bayarlah 10% ke PTPTN, tah tah 2 kali show dah boleh abis terus.

Haaa…. sekarang siapa yang malu?

Written by AbangNara | March 29th, 2009

Dulu kami dah letakkan gambar terkini Faizal Tahir dengan imej berambut pendeknya. Kali ini kami nak memuaskan lagi hati die hard fans Faizal Tahir dengan pose istimewa dari Faizal Tahir dengan rambut terbarunya.

Dengar khabarnya single terbaru dari Faizal Tahir yang bertajuk “Bercinta” mendapat sambutan hangat macam goreng pisang panas. Nanti kalau ada kesempatan kami akan cari MP3 lagu “Bercinta” untuk anda semua download.

Layan lagi gambar terbaru Faizal Tahir dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sekali tengok gambar Faizal Tahir dengan rambut pendeknya ini macam Takuya Kimura pun ada jugak.