November 4th, 2015

Abang Nara kalau jadi Che Ta, memang tak tidur lena dibuatnya. Iyerlah, apa sahaja yang Che Ta lakukan, semua menjadi perhatian orang ramai dan menjadi topik perbualan. Hadiahkan anak sendiri rantai berlian pun orang cakap menunjuk, pergi bercuti ke luar negara pun dicop berlagak dan macam-macam lagilah. Senang cerita, insan bernama Che Ta ini dicemburui ramai mungkin kerana kejayaannya dalam semua bidang yang diceburi.

che ta

Sewajarnya kita menjadikan kejayaan Che Ta sebagai inspirasi untuk kita terus berusaha gigih agar satu masa nanti dapat mencapai tahapnya. Apa pun, Abang Nara respek dengan Che Ta yang menyatakan dirinya sudah kebal dengan kata-kata orang luar. Kata Che Ta:-

Saya tidak kisah langsung apa orang nak kata mengenai saya. Saya dikelilingi dinding-dinding positif saja. Jadi sesiapa yang mengata saya, apa yang mereka cakap itu akan pantul balik kepada mereka. Sekarang saya langsung tak terkesan dengan kenyataan mereka.

Apa orang nak kata, biarlah. Kita tak tahu sekuat mana kita selagi tidak melalui perkara itu. Sebenarnya saya kuat disebabkan pengalaman yang pernah saya lalui selama ini. Jadi perkara remeh seperti itu sudah tidak jadi masalah buat saya.

Mereka yang mengata saya meraikan sambutan hari lahir anak mesti iri hati. Ini kerana mungkin mereka tidak pernah diraikan ibu bapa mereka.

che ta

Fuh. Pedas sungguh ayat terakhir Che Ta itu. Secara jujur, kalau dah berduit dan ada kemampuan, tak salah rasanya untuk membuat parti hari lahir dan sebagainya sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang kita. Kalau Che Ta pun buat sekadar kecil-kecilan, bila duit dia nak habis? Bagi can lah Che Ta buat ekstravaganza sikit, sesuai dengan statusnya sebagai selebriti. Kita yang peminat ini tak perlulah nak mengata lebih-lebih, sebaliknya tumpang bahagia dengan kegembiraan mereka sekeluarga. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Advertisement
July 15th, 2015

Mak aih. Jangan katakan Che Ta. Abang Nara pun akan sedih kalau dapat baju raya dengan jahitan manik sebegini. Tambah sedih bila dapat tahu Che Ta bayar RM4,000 untuk servis dan kualiti sebegini. Baik jahit sendiri. Pastinya Che Ta paling kecewa kerana baju raya yang diharapkan indah khabar dari rupa. Iyerlah, kalau dah bayar mahal-mahal, mestilah nak hasil yang meletop jugak. Luluh hati Che Ta!!!

che ta

Inilah kata-kata Che Ta meluahkan rasa kecewanya dengan manik yang dijahit:-

Sedeh baju raya kita mcm ni ja depa jait manik… tk padan dgn harga dkt 4 qibu depa caj #gelitgkjaitmanikapamcmni

che ta

Diharap Che Ta ada baju raya spare yang lain. Tak liplap lah kalau pakai baju dengan jahitan manik sebegini. Diharap juga Che Ta dapat kongsikan siapakah tukang jahit ini agar orang lain tidak menjadi mangsa. Kalau bayar RM4,000 dapat macam nie, bayar RM400 entah-entah manik pun tak dapat. Hehehe.

Advertisement
May 21st, 2015

Che Ta. Bila sebut nama Che Ta pasti terbayang betapa cantiknya, betapa elegannya dan betapa jelitanya si empunya badan. Walaupun sudah berusia 40-an, Che Ta tetap kelihatan berseri-seri, mempunyai kulit yang cantik dan badan yang langsing. Jadi apabila Che Ta bercakap tentang penjagaan kecantikan, ia harus diambil berat oleh semua wanita di luar sana. Kalau Che Ta yang dah beranak tiga masih mampu kekal menawan, apa pula alasan wanita-wanita di luar sana?

che ta langsing

Bercakap ketika majlis perlantikan dirinya sebagai duta produk Rysya, Che Ta sempat membuat lawak tentang sikap sesetengah wanita yang tidak pandai menjaga kecantikan. Umur 30 tapi gigi dah tak ada. Hehehe. Kata Che Ta:-

Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik. Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada.

Boleh… Macam kita, dalam usia 40-an, kita boleh lahirkan baby lagi, dapat jadi duta produk pil makanan tambahan, produk pelangsingan dan produk kecantikan. Jadi tak ada masalah untuk wanita berusaha untuk mencantikkan diri biarpun umur sudah masuk 40. Janganlah pula, umur masuk 40 saja, terus tak mahu cuci muka. Nanti apabila tak elok, suami jugak yang lari

Sebenarnya tak susah pun nak jaga kecantikan. Kalau nak cantik, guna saja produk penjagaan kulit. Kalau nak langsing, makan ubat pelangsingan. Kalau nak segar dan bertenaga, ambil pil makanan tambahan.

che ta langsingBetul juga kata Che Ta tue. Dunia sekarang dah bertambah maju. Macam-macam produk ada dijual di pasaran. Last-last bergantung pada kemahuan kita juga. Nak cantik atau tidak. Namun kenalah pastikan produk yang kita makan mendapat kelulusan KKM. Jangan main balun je. Nanti takut ada side effect pula. Kepada kaum Hawa, marilah berusaha untuk tetap kelihatan anggun seperti Che Ta. Fighting!!! Sumber ManggaOnline.

che ta langsing P.S: Ha, jangan fokus penjagaan luaran je sampai terlupa nak jaga kecantikan dalaman. Miss V anda tue pun harus diberi perhatian sepenuhnya. Hilangkan segala masalah yang boleh melanda miss V dengan menggunakan Manja Sireh Hygenic Wash. Bersih, suci dan diperbuat secara semulajadi. Ribuan pengguna dah berpuas hati. Tak caya? Baca testimonial di Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ.

Advertisement
March 26th, 2015

Alhamdulillah. Makin murah nampaknya rezeki Rozita Che Wan semenjak berhijab ini. Terbaru, isteri kepada Zain Saidin ini telah menerima kontrak daripada sebuah syarikat tekstil bernilai RM1 juta. Jumlah tersebut bukanlah wang tunai sepenuhnya, sebaliknya termasuk beberapa produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada Che Ta.  Apa-apa pun, nilai tersebut amat besar dan membanggakan. Bukan calang-calang orang boleh dapat tawaran sehebat ini.
che ta Kalau sebelum ini Abang Nara selalu mendengar keluhan selebriti yang berhijrah menutup aurat tidak mendapat sebarang tawaran lakonan dan promosi produk, ternyata Che Ta membuktikan kualiti mengatasi penampilan. Kalau memang berpengaruh, dedikasi dan mempunyai kualiti kerja yang awesome, syarikat-syarikat tidak akan ragu-ragu untuk menawarkan sejumlah nilai yang besar kepada mana-mana selebriti berhijab. Kata Che Ta:-

Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam wang tunai. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai menyamai nilai itu. Kontrak itu membabitkan 3 jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya kena mempromosikan kempen fabrik daripada jenama itu selama 3 bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Tapi saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. Nanti orang dengar angka itu, tak pasal-pasal saya kena cari pula.

Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan rezeki anak saya. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab. Sudah tentu pada mulanya saya terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa sama teruja sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk dapat kontrak sebesar ini.

che ta

Kalau Che Ta dah buktikan, maknanya selebriti-selebriti lain pun kenalah bekerja keras. Jadikanlah Che Ta sebagai contoh. Abang Nara percaya ramai selebriti di luar sana ‘takut’ untuk berhijab kerana takut tak dapat ‘job’. Percayalah rezeki itu datangnya dari Allah dan bukan dari manusia. Kalau kita ikut suruhanNya, pasti Dia akan permudahkan jalan. Tak gitu?

P.S: Lelaki ini lukis potret dengan mata sahaja

Advertisement