Terima Kontrak Bernilai RM1 Juta, Rozita Che Wan Buktikan Selebriti Berhijab Dipandang Tinggi

Hiburan

Terima Kontrak Bernilai RM1 Juta, Rozita Che Wan Buktikan Selebriti Berhijab Dipandang Tinggi

Alhamdulillah. Makin murah nampaknya rezeki Rozita Che Wan semenjak berhijab ini. Terbaru, isteri kepada Zain Saidin ini telah menerima kontrak daripada sebuah syarikat tekstil bernilai RM1 juta. Jumlah tersebut bukanlah wang tunai sepenuhnya, sebaliknya termasuk beberapa produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada Che Ta.  Apa-apa pun, nilai tersebut amat besar dan membanggakan. Bukan calang-calang orang boleh dapat tawaran sehebat ini.
che ta Kalau sebelum ini Abang Nara selalu mendengar keluhan selebriti yang berhijrah menutup aurat tidak mendapat sebarang tawaran lakonan dan promosi produk, ternyata Che Ta membuktikan kualiti mengatasi penampilan. Kalau memang berpengaruh, dedikasi dan mempunyai kualiti kerja yang awesome, syarikat-syarikat tidak akan ragu-ragu untuk menawarkan sejumlah nilai yang besar kepada mana-mana selebriti berhijab. Kata Che Ta:-

Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam wang tunai. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai menyamai nilai itu. Kontrak itu membabitkan 3 jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya kena mempromosikan kempen fabrik daripada jenama itu selama 3 bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Tapi saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. Nanti orang dengar angka itu, tak pasal-pasal saya kena cari pula.

Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan rezeki anak saya. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab. Sudah tentu pada mulanya saya terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa sama teruja sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk dapat kontrak sebesar ini.

Advertisement

che ta

Kalau Che Ta dah buktikan, maknanya selebriti-selebriti lain pun kenalah bekerja keras. Jadikanlah Che Ta sebagai contoh. Abang Nara percaya ramai selebriti di luar sana ‘takut’ untuk berhijab kerana takut tak dapat ‘job’. Percayalah rezeki itu datangnya dari Allah dan bukan dari manusia. Kalau kita ikut suruhanNya, pasti Dia akan permudahkan jalan. Tak gitu?

P.S: Lelaki ini lukis potret dengan mata sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...