March 19th, 2018

Penyanyi dari Sabah yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah Zainuddin, 29, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan senolong penerbit di Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan, 36, setelah sembilan tahun bercinta.

Mustain telah membuat kejutan melamar Nonny di set penggambaran drama Melankolia pada 25 Januari lepas sejak bercinta mulai 1 Disember 2009.

Majlis pernikahan mereka berlangsung semalam diikuti majlis resepsi perkahwinan di mana Nonny mengenakan gaun warna biru firus dan Mustain mengenakan sut.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tahniah diucapkan buat Nonny dan Mustain, akhirnya bersatu setelah bercinta lama. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke jannah. – beautifulnara.com

Kredit gambar: @weds.byjjhp

February 12th, 2018

Usahawan yang juga tampil dengan Datuk Seri Aliff Syukri dalam lagu duet Ábang Nak tegur’, Nur Sajat, yang terpalit beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini telah hadir ke malam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) malam tadi. Apa yang menarik, Sajat melalui Instagram mendakwa tidak sangka namanya menjadi jeritan di seluruh dewan oleh penonton yang teruja dengan kehadirannya.

Sajat menulis:

Sajat dah lama tak pergi event macam ini,walaupun di kecam hebat pelbagai kontervesi bulan lepas,tetapi malam tadi…sajat rasa macam tak percaya,satu dewan menjerit2 panggil name sajat… tq uols semua… sajat hargai anda semua.. haters dan fans sajat.. i love tou.. muahhh?????? #Repost @hangatmalaysia ??? Paling mencuri perhatian di AJL32, lambaian Miss World dari @nursajat02 . Well she nailed it guys!! #nursajat #janganmengata #ajl32

A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on


Sajat mengenakan gaun berkilau dari Viva La Gia manakala solekannya ialah hasil tangan Gie Ismail.

Sememangnya gaun Sjaat nampak sesuai sekali dikenakan untuk tubuhnya yang tinggi lampai itu. Boleh dikatakan kehadiran Sajat menyerikan majlis malam tadi. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

January 5th, 2018

Penyanyi Indah Ruhaila, 30, sah bergelar isteri kepada Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz pada pada 24 Disember lepas. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka dilangsungkan secara tertutup, tanpa menjemput pihak media untuk menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Untuk pengetahuan anda, kisah cinta Indah dan Shariff seperti drama Korea Oh My Venus, kerana perkenalan Indah dan Shariff pada mulanya ialah menggunakan khidmat pemuda 36 tahun itu sebagai jurulatih peribadinya di gimnasium milik Shariff.

Mereka bercinta tidak lama sebelum membuat keputusan melangsungkan pernikahan.

Ikuti gambar-gambar bulan madu Indah dan Shariff di Belanda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nampak romantik sekali pasangan ini. Tahniah diucapkan kepada Indah dan Shariff semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

December 29th, 2015

Kalau semalam kami telah mengongsi gambar-gambar majlis pernikahan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 iaitu Zaim Helmi Zaini dengan isteri, Nur Damia Mohamed Nasir, kali ini apa kata kita lihat gambar-gambar dari majlis resepsi yang berlangsung pada malam 25 Disember, juga di De Palma, Ampang.


 photo NAZ_8065.jpg

Khabarnya, Zaim melamar Damia selepas tempoh perkenalan yang singkat disebabkan pernah kecewa dalam percintaan sebelum ini. Antara tetamu majlis ialah sanak saudara sebelah Zaim dari Brunei dan sanak saudara Damia dari Kelantan dan Indonesia. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Gambar-gambar ini ialah hasil buah tangan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 31 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo NAZ_7952.jpg
 photo DSC_0481.jpg
 photo DSC_0471.jpg
 photo DSC_0374.jpg
 photo DSC_0357.jpg
 photo DSC_0345.jpg
 photo DSC_0330.jpg
 photo DSC_0328.jpg
 photo DSC_0316.jpg
 photo DSC_0293.jpg
 photo DSC_0258.jpg
 photo DSC_0223.jpg
 photo DSC_0202.jpg
 photo DSC_0177.jpg
 photo DSC_0168.jpg
 photo DSC_0156.jpg
 photo DSC_0149.jpg
 photo DSC_0135.jpg
 photo DSC_0130.jpg
 photo DSC_0126.jpg
 photo DSC_0117.jpg
 photo DSC_0110.jpg
 photo DSC_0088.jpg
 photo DSC_0085.jpg
 photo DSC_0079.jpg
 photo DSC_0077.jpg
 photo DSC_0068.jpg
 photo DSC_0064.jpg
 photo DSC_0052.jpg
 photo DSC_0050.jpg
 photo DSC_0044.jpg